Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, February 25, 2015

Miracle do happen!!!


Wah....lebih kurang sebulan je lagi, genap la setahun aku tak update blog! Bahaha. Eh sekarang ni macam trend tau, kita update blog setahun sekali je. Jimat masa. ;p Pandai la ko fatih, cover diri sendiri. Even password nuffnang aku pun dah lupa. :/

Entah...dalam setahun lepas, kegilaan nak blog tu dah makin jadi hambar kot. Lepas tu kewujudan instagram menjadikan aku makin malas. Malas tu kata kunci utama. Instagram tu dah jadi macam blog mini aku. Hihi. Alah bukan aku sorang, banyak je blogger lain jadi macam ni kot. Blogger yang femes lagi tu. Tapi aku tabik la dengan beberapa orang kenalan yang still gigih dan maintain mengupdate blog ni. Serius kagum.

Tapi sejak nak masuk fasa mak orang ni (eh?), aku jadi gila stalker blog Namee Roslan. Tak tau la kenapa. Lepas dah hampir habis godek blog dia, baru teringat eh rupanya aku pun ada blog sendiri. Ha ha. Lawak hambar.

So setahun... setahun yang memberi impak besar dalam hidup. Sad news, my gary dah takde..


aaaaa..rasa nak nangis tengok gambar ni  T_T

 Mak kata gary merajuk sebab aku dah kawin.  Dia demam, pastu mati. Kat riba aku.. Kita jumpa lagi kat sana gary.. :')









And yeeeessssss...aku dah kawin. :3. Haha tetiba je kan. Dah pregnant 7months++ pun. Gempak tak tak update blog hampir setahun tetiba dah kawin pastu nak beranak. Hahaha.





Akad nikah 18/7/2014
Reception 23/8/2014
Sebenarnya tak plan pun nak nikah tahun lepas... walaupun mulut ni pung pang pung pang manakah jodohku (haha sadissss), tapi aku pikir atleast biarlah habis study dulu. Tapi dah jodoh, Allah kata kun fayakun, maka jadilah. Siapalah aku nak menolak jodoh yang mendatang. Ececece. Ayat.. Tampar nak? haha.


Sebulan lebih lepas nikah, kami (baca aku dan suami hikhik) dapat khabar pregnant. Eh aku la pregnant, takkan hubby pulak. Alhamdulillah. Rezeki. Bunting pelamin kot kata orang tua2. Haha. Even masa reception aku pun, sebenarnya dah bertiga tapi masa ni tak tau lagi. Ye dalam senyap rupanya baby nak makan lauk kenduri sekali dengan ibu dan walid dia. ;p

Sekarang menghitung hari nak bersalin. grrrrrr. Seram sejuk panas peluh gigil semua ada. Semua version bersalin yang best dan agak tak best aku dah dengar. Tulah padan muka sape suruh gigih baca pengalaman bersalin orang lain? Hahaha. Moga dipermudahkan. Tolong la doa sekali eh..



Maybe pasni update pulak pas dah anak sepuluh pulak kot. MUAHAHAHA. mulut kau fatihah.

Ok bye. :)

Monday, March 31, 2014

Gary mary.

Sebenarnya, aku tak consider langsung pun nak bela kucing kat kolej. Antara sebab utama, aku nak bawak chubby dan ucop datang teman aku kat sini. Rindu budak2 dua ekor tu. Oh ye aku dapat stay single room semester ni. :3

Tapi pertemuan aku dengan gary merubah segala-galanya. Eceh, macam cerita pertemuan sepasang kekasih je. Hahaha.

Cerita bermula apabila aku pulang dari kelas suatu hari, dalam jam 1 petang macam tu. Waktu nak bukak pintu, aku perasan ada sangkar kat sebelah bilik aku. Ada seekor anak kucing kelihatan macam lemah, dan kesian gila kat dalam sangkar tu. Atas sangkar tu ada sign ditulis dalam kertas A4, bertulisan tangan, UNTUK ADOPTION. Siap dengan nombor telefon lagi. Aku duduk berteleku kat depan sangkar tu, dalam setengah jam kot. Fikir pro dan kontra nak bela kucing ni. Kesian sangat. :( Mata dia sakit. Lepas tu dia mengiau2 mintak keluar.

Aku tawakal, bukak pintu sangkar tu then aku amik anak kucing tu masuk bilik. Aku agak2 umur dia dalam 2 bulan kot. Aku amik kapas cuci mata dia. Tapi selang beberapa jam lepas tu ada balik taik mata dia. Agak teruk la sakit mata dia sebab bengkak sebelah. Huhuhu.

tengok mata dia, nak bukak pun tak leh. Jadi kecik je.


Bila dah masuk bilik aku, anak kucing yang macam tak berdaya tadi mula terlompat2 dan mata dia kembali bersinar. Haha. Owh taktik ye nak bagi aku kesian tadi. Hihi. Tak kisahlah. Aku call owner lama dia, cakap nak adopt, then terus owner lama dia datang bilik aku. Rupanya kami berjiran je. Muahaha.

Owner lama dia, Nadz bagi tau yang dia rescue anak kucing ni dari kolam. Anak kucing ni ada defect sikit, dia jadi menggeletar bila dia nak makan atau jalan. Siap terbalik lagi kalau dia tak leh control. Tapi overall dia sihat je, aktif sangat2.

Nadz bagi lebihan makanan kucing yang dia ada kat aku,sambil bagi tau puas dia cari orang yang boleh jaga sebab dia tengah praktikal, takde masa nak jenguk kucing ni.  Aku dengan JPA yang tak masuk lagi(sampai skrg tak masuk lgi wei!) bertawakal je nak bela dia. Aku kesian. Takpela aku bagi makan setakat mana yg aku mampu. Tapi alhamdulilah, setakat ni takde lagi la budak kecik ni kebuluran.

Aku bagi nama Gary. Reason? Entahlah sebab pengaruh spongebob kuat kot dalam diri, Hahahaha.


setelah tiga minggu

Mata dia dah makin sembuh, hooray! Haha. Tiap2 malam tido atas katil dengan aku. Mengada sangat tau awak gary, amik port kat katil tengah2 punya. Kesudahnya bila aku nak tido, kena kuis2 dia ketepi. Hahaha.

Doala jodoh aku dengan gary ni panjang hendaknya. Amin.

Gary selfie.



Okeh, jumpa lagi. Tata!

Monday, March 24, 2014

Comeback.

Last update blog ni adalah bertarikh 19 September 2013. Pergh, setengah tahun aku menyepi. Nasib baik password email aku ingat lagi, maka terlahirlah entry ni.

In my own defense, reason tak update blog setelah sekian lama kerana laptop aku meletup! Yup, meletup. Muahaha. Bukan meletup kebabom tu, cuma bateri laptop aku yg keluar air, lalu merosakkan motherboard. sob sob. Maka berakhir sudah riwayat laptop aku setelah hampir 5 tahun berbakti. :') I will miss you encik lappy.

Tapi yang patah tumbuh hilang berganti. Setelah satu semester aku takde lappy, buat assignment pun menempek muka kat library(ya gigih i know) maka sekarang laptop baru woot woot.



Marilah sama bersyukur akhirnya blog ini berjaya diupdate. Phew. Tapi masalahnya ada lagi ke readers? *urut dagu
Banyak cerita aku nak taip, tapi memandangkan aku ada test electromagnetism esok, maka aku berhenti kat sini dulu. Next entry aku cerita pasal budak nih,

Gary in the house!




Tata.