Semalam di Mines,
Aku: Faiqah, aku nak beli kasut. Kasut yang aku pakai ke kelas tiap-tiap hari tu dah berlubang tapak dia.
Faiqah: Hah, ganas betul ko. Haha.
Aku: Teehe... orang macho memang macam ni.
Faiqah: (-_-').
Masuk ke kedai kasut yang pertama.
Aku: Wah, kasut ni cantik
Faiqah: Tihah! Tu kasut untuk lelaki!
Aku: So?
Faiqah: If you notice, kau tu perempuan.
Aku: Tapi kasut ni smart.
Faiqah: Jom kita jalan dulu..mana tahu ada yang lagi cantik.*sambil tarik tangan aku.
Kedai kasut ke-2.
Aku: Wah, faiqah faiqah kalau kasut ni?
Faiqah: Tihah....
Aku: Apa?
Faiqah: Kasut macam ni ko tak minat ke?*sambil tunjuk kasut yang agak girly.
Aku: Eii, tak nak lah. Perempuan sangat.
Faiqah: Haha, wei kau tu perempuan lah! Masalah betul budak ni.
Aku: Ala... tak macho la pakai kasut perempuan tu.
Faiqah: Suka hati ko lah. *malas nak layan.
Hahaha. Mesti faiqah fed up nak layan aku. Well, aku tak la macho pun, perasan je lebih ni. Dalam hati ada taman, kuat menangis pulak tu. Tapi sesetengah perkara tu kita kena jadi diri sendiri. As long apa yang kita buat tu tak langgar batas agama, it should be ok.
Jangan takut nak expressi diri, sebab setiap individu adalah berbeza. Perbezaan itu mewarnai kehidupan, bukan memisahkan sesama insan.
Eh kenapa dah melalut macam nak jadi motivator pulak? Haha, random betul aku ni. Haish.
Esok Isnin. Argh tak suka!