Aku sedang bertungkus-lumus mengemas barang yang super-duper-banyak dan gedabak. Oh yeah, aku bukan buang tebiat kemas barang pelbagai ni. Tapi sebab aku akan pindah ke kolej kediaman yang baru esok. Hohoho. Penat wei, mencik mencik mencik. *gedik gile. Loya bila taip macam tu. haha
Aku harap kolej baru nanti baik seadanya. Sedih gile nak tinggal kolej 17, sebab dah 2 tahun kot stay sini. Aku dah serasi dengan keadaan kat sini, tapi bukan rezeki aku la nak stay lama kat kolej ni. Bak kata senior aku, kalau aku tak pindah sekarang, tahun depan aku kena tendang keluar jugak. Sebab kolej aku sekarang untuk student fakulti perubatan dan sains kesihatan sahaja. Aku kan dah bertukar arah, makanya aku kena keluar membawa diri ini, mengenang untung nasib sendiri, pilu melanda hati... haa, sudah sudah. Nak buat drama air mata pulak ko fatihah. Diam diam.
Dan kepada ahli rumah A-4-12, selamat tinggal. Terima kasih kerana menerima aku seadanya sejak hari pertama kita berjumpa. Walaupun pada detik pertama aku membayangkan kita akan menjadi sekeluarga selama 5 tahun, tapi keadaan tidak mengizinkannya. Ini satu ketentuan yang kita kena hadapi bersama.
Terima kasih kerana sejak dari 1st year membantu aku menyesuaikan diri seadanya, terima kasih. Walaupun aku ni kadang-kadang kepala angin telinga berasap, tapi dalam hati ada taman *tiba2.
Kepada ama, ecah, najwa, elida, nad dan zati, ini bukanlah pengakhiran kepada persahabatan kita. Sila genggam rapat persahabatan ini selagi nafas belum terhenti.
Dan khasnya kepada cik rumate, faiqah, terima kasih for everything. Tak terluah ucapan terima kasih aku, atas apa yang kau dah buat untuk aku. Terima kasih sebab menangis dan ketawa bersama. Kau antara rumate yang terbaik pernah aku ada. Terima kasih sahabat.
Kepada ex-coursemate sekalian, this is it. Bila dah pindah kolej ni, memang amat tipislah peluang untuk terserempak dengan korang kat mana2. I am sorry for everything, jika aku pernah menyakiti hati kalian dengan tidak sengaja. Aku hanya manusia biasa. Aku doakan korang semua berjaya menjadi doktor yang terbaik satu hari nanti, supaya bila aku sakit dapat free medical treatment. Haha, takdelah.
All the best guys! |
Setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan, sedangkan yang hidup pun akan mati.
Aku berhijrah untuk kesenangan di kemudian hari, sila doakan aku. Dan aku akan rindukan korang.* kesat air mata
Semangat aku buat ucapan panjang berjela, bendanya pindah kolej je pun. Bukan pindah universiti. Haha.
5 Orang Macho komen:
as salam..
bertukar arah macam mana tu?
tukar kos ke sampai kena pindah?
huhu
haha..aah, tukar kos. dari medic ke matematik.. x)
sabar ye dik.. life goes on kan? ... eh ada ke anak2 buah (guinea pig) yg tertinggal? depa setuju tak pindah sama?
Gud luck teha... jgn lupa akak dsini...
abdooss
guinea pig tak leh nak bwk lagi. mintak tolong mak jagakan dulu. x(
kak ina
off course tiha tak lupa.. x)
Post a Comment