Blogroll

Saturday, October 29, 2011

Realiti Hidup.

Aku tahu benda ni agak awal untuk dibincangkan, tapi aku nak cakap jugak.

Baru-baru ni mak aku bising pasal aku lambat lagi nak kahwin. Eh tak, maksud aku lambat lagi nak habis belajar. Yelah, aku kan baru tukar program, so aku kena jadi 1st year balik. 

21 tahun~ 1st year. 

Aku tahu agak lambat dari orang lain. Tapi jujurnya aku tak kisah langsung pasal umur ni, selagi ade minat nak belajar, umur ngak ade masalah dong. 

Then, masa mak aku dok bising-bising tu, mak aku tanya

Mak aku: Akak, kamu ni lambat lagi nak keje. Nanti lepas grad cari keje, lepas tu kahwin ye.

Aku : Eh eh eh.. apa pulak. Akak nak sambung master dulu.

Mak aku: Habis tu bila kamu nak kahwin? Asyik nak belajar je? Bila pulak nak antar mak pergi haji?

Dah la pakwe pun tak de.

Aku: Nanti akak cukup duit, akak pakatlah dengan along dan adik2 yang lain hantar mak pergi haji. Pasal pakwe tu, akak malas la. . Kalau ade jodoh nanti ade la.  

Mak aku: Yelah tu. Kena la cari dari sekarang. Kamu ni jual mahal sangat... bla bla bla... Mak nak habis ijazah nanti kamu keje la dulu. Kahwin dulu. Ada anak dulu...  bla bla.. Belajar tu kemudian.

Aku: .......

Adoi. Boleh bernanah telinga aku bila bonda tercinta aku ni mula berpidato peringkat kebangsaan. Aku sebagai pembangkang tak boleh bangkang melebih2 sangat. Nanti di kata anak derhaka.

Aku tak tau la mak orang lain macam mana, tapi aku pasti sangat mak aku memang tak kisah kalau aku ade someone dalam hidup aku sekarang. Huh. 

Sebenarnya ni bukan 1st time tau mak aku bising pasal benda alah ni. Sebelum ni pernah je aku buat entry pasal ni. 

Cumanya, bila mak aku macam keberatan nak bagi aku sambung belajar after grad nanti, aku dah mula susah hati. 

Aku tau, family aku bukannya orang senang. 

Aku tau, aku harapan parents aku nak ubah nasib keluarga. 

Aku tau, sedikit sebanyak sebenarnya mak aku terkilan sebab aku tukar kos. 

Aku tau, mak aku risau anaknya sorang ni takde orang yang nak.



Life is complicated.. Reality is sucks!Eh mengeluh pulak kau fatihah! Pangg sedass... 

Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, tapi Allah juga tahu apa yang terbaik untuk kita.

Impian aku nak sambung belajar sampai peringkat PhD. Ini bukan bangga diri, ini bukan harapan kosong dari orang lain, tapi ini satu impian dari hati nurani.

Tapi, aku rasa kalau ikutkan realiti hidup aku sekarang, maybe aku tak dapat pegang Phd tu dalam 10  tahun terdekat. Ada kepentingan lain yang lebih utama. Yang lebih menuntut tanggungjawab aku.

Makanya, dari sekarang aku kena berusaha lebih gigih lagi untuk masa hadapan. Aku tak tahu apa masa depan janjikan untuk aku, but aku tahu apa yang aku nak dalam hidup ni.




Mak, akak harap sangat mak ubah fikiran 3-4 tahun dari sekarang.
Gaya mak ni macam nak paksa akak kahwin je after dah habis degree nanti.  Ha ha*gelak tak ikhlas. Macam la mak aku baca blog ni. :(



Damm, entry serius. Bye.

8 Orang Macho komen:

fuuyooh said...

hihi.. kawin pon..kalau bercerai pon tak gune.. cari lah yg setia ea.. :)

Miss Guinea said...

haha... kalau boleh nak satu je dalam hidup. hanya satu. x)
thanks anyway. xD

muezz@blaz said...

hehe biase la, mak spe yg xgembira bile ank dah kawen,,,,

nnt mgkn akak pun camtu gak ckap kt anak sndri,,,,hahaha

si kuat semangat said...

cube ko bg contoh kat mak ko...aku punyer kes...aku lagggggggggggggggggggggggggi lambat dari ko...aku dip weh....

pha is said...

sama la.. mak aku pon pesan macam tu jugak... tapi bukan kat aku, kat adik perempuan aku.... aku ni langsung dia tak sentuh pasai kawen, macam saja nak suruh aku kawen lambat je... hehehehe....

republic of CENDOL said...

rilek la kawan...
insyalah nanti de mase ko akan dapat sumer impian n cite2 ko 2...
about kawen juz follow what GOD has decide for u....
tp kene usaha gak even jodoh kat tgn tuhan....
cayok2...

Miss Guinea said...

miza

ko lain sikit... mak aku memang nak aku kerje dan kahwin cepat wei.. huhu.

pha is

aku rasa anak perempuan memang kena la.. hahaha

saufiq

aku susah hati je. sebab mak aku mcm memaksa sikit.. haha. thanks. x)

Idati Malek said...

perempuan yg baik utk lelaki yg baik.

klo bukan kat dunia yg ini, ada di dunia yg sana.

chill.

i know ur a nice girl