Blogroll

Monday, October 3, 2011

Bahagia.


Assalamualaikum.

Aku tak boleh makan benda keras sekarang. Sebab sakit gigi. Tetiba rasa macam baby pulak sebab kena telan benda lembut je. Sadis. Bila nikmat makan kena tarik sebentar, betapa insafnya aku rasakan. Sob sob. Roti adalah pengganti terbaik a.k.a my new best friend!

Dah 3 minggu, aku sangat suka kan life baru aku sekarang. Seriously aku asyik bertanya kepada diri sendiri, kenapa aku tak tukar kos dari awal lagi? Oh, diri sendiri jugak yang menjawap, ini adalah satu ketentuan. Aku suka dengan subjek yang aku belajar, walaupun masih terlalu awal. sebab ada senior aku kata math ni makin susah dan susah dan susah..... well, standard la, mana ada benda senang dalam hidup ni. Tapi aku pegang satu je, kalau aku dah minat, even lautan api aku sanggup renangi.

Bila compare masa jadi medical student dulu, satu perbezaan ketara adalah dari segi masa. OMG, serius terasa masa lapang yang gilang-gemilang. Haha. Takdelah, maksud aku kelas aku tak banyak. Kalau dulu kelas 8 pagi - 5 ptg, sekarang paling lambat pun kelas aku habis pukul 2. Kecuali hari khamis sebab aku ada amali fizik, makanya kelas aku habis jam 5. Oh bahagia nya rasa. Haha.

Kita sebagai manusia ni hanya mampu merancang, tapi Allah S.W.T juga yang menentukan. Memang, aku dah ditakdirkan jadi student medic dulu selama 2 tahun, dan aku tak pernah menyesal. Cuma ralat dengan kemungkinan kena bayar duit JPA balik la kan. Huhu. Tapi kita lupakan dulu pasal tu. 

Mungkin ada orang kata aku manusia yang gagal, tapi peduli apa dengan cakap orang kan? Aku yang nak tempuh hidup aku, Impossible jika aku nak dengar setiap cakap orang di muka bumi Allah ni. Aku kena dengar kata hati aku sendiri, sebab aku yang akan tanggung segala akibat setiap tindakan aku. Tapi bukan lah bermaksud kita kena jadi keras hati pulak. Tak nak dengar pandangan orang langsung. What i try to say is kita boleh dengar segala pandangan dan nasihat orang lain, tapi bila bab nak buat keputusan atau pilihan tu, kita kena decide sendiri. Bukan orang lain yang tolong decide kan untuk kita. Ukur baju kat badan sendiri la beb, tak kan kat tiang elektrik pulak kot. Haha. 

Nasihat aku la kepada adik2 yang akan masuk universiti satu hari nanti, sila fikirkan sedalam yang boleh bidang apa yang kita minat, dan peluang pekerjaan untuk kos yang kita nak ambil tu. Sebab, keputusan tu akan pengaruhi adik2 sekalian for the rest of your life.

Kalau tak sependapat dengan ibubapa, slow talk dengan diorang elok. Sebagai manusia yang membesarkan kita, niat diorang hanyalah nak yang terbaik untuk kita. Tapi kadang2 diorang pun manusia biasa, tak lepas dari kesilapan. Aku yakin dengan cara komunikasi yang betul, parents ni akan faham. Sebagai contoh, waktu aku nak tukar kos dulu, memang gile2 slow talk dengan abah aku. Siap buat perbentangan lagi positif dan negatif tindakan yang akan aku ambil. Haha, pembentangan tu menipu la kan. Tapi alhamdulillah, abah aku sangat open minded. Beliau faham arah aku ke mana. 

Nak jadi doktor menuntut pengorbanan yang bukan sedikit tahu. Banyak. Kau tak kan paham jika kau tak pernah masuk kos tu. Aku pernah rasa, dan jujur la aku cakap aku tak mampu. Sebab nya mudah je, aku tak minat, dan aku benci menghafal benda yang aku tak paham. Haha.

Eh terpanjang pulak bebelan aku. 

Bye.









6 Orang Macho komen:

Nurul said...

gagal atau takk bukan org lain yg tentukan.walau sistem cakap atau masyarakat ckp gagal, hati kita juga yg lagi tau dr mulut2 dorang.

keep up your spirit tihaaa!!!!

syukrihasshan said...

gagal sekrang x beerti gagal selamanya..keep your work hard..n the success will come after this..

Fatihah Mustapa said...

idati

thanks weh.. xD

syukri

thanks a lot. x)

republic of CENDOL said...

wow....
bez nyew dengar life ko skang....
im really jelous k....
amat tepat sekali pe ko kate.....
coz pe ko wat skang actually will b for the rest of ur life.....
moge ko bertambah gemilang di dunia yg baru ini

abdooss said...

Dik,
Glad to hear you are very positive now , compared to a few months ago!

:)

Fatihah Mustapa said...

abdooss

haha.. i am glad to. thanks for support! x)