Blogroll

Thursday, November 24, 2011

Forever alone.

Assalamualaikum.

Nampaknya, blog ini hanya diupdate seminggu sekali. Tuan punya blog ni bizi mengalahkan tuan perdana menteri, ke hulu ke hilir membawa kalkulator bersama, konon-konon mahu mengira calculus dan proving algebra, tapi end up tidur dalam sejam dua waktu tengahari, dan bangun mengesat mata sambil berpura-pura, eh aku kat mana ni? 10 saat kemudian baru tersedar yang tertidur lepas solat zuhur kat surau library UPM yang tercinta. Bagus betul budak ni. Tempat solat dijadikan tempat tido..(T_T)

Sekarang ni, dengan bangganya aku memegang title FOREVER ALONE. Yeaa, kau tak salah baca. Memang aku sorang2 ke hulu ke hilir. Pergi ke kelas sorang2, makan sorang2, studi sorang, tak paham proving algebra tu pun sorang2. Tak tahu kelas cancel pun sorang2. 



Aku bukan freak sampai tak de kawan langsung, tapi setakat kawan kat kelas dan kat bilik tu adalah. Aku takde kawan baik macam aku kat medic dulu. 

Aku takde kawan untuk di mintak tolong ketika aku dalam kesusahan tanpa segan-silu. 

Aku takde kawan yang dimana aku boleh tunjuk perangai gila-gila dan tak senonoh aku. 

Aku takde kawan yang mana akan pujuk aku bila markah aku down, sambil kata"rilek la, markah kita sama je" dan sambil tu dia akan sorokkan markah dia yang tinggi tu.

Aku takde kawan yang mana aku boleh cakap, ''oit, hensem sial mamat pakai baju biru tu"

Tak ade.

Buat masa sekarang.

Kau tahu apa aku buat?

Punyalah desperate aku nak berkawan, sampai lecturer fizik aku yang sempoi tu aku jadikan kawan sembang sambil bertanyakan soalan fizik yang susah. Takpun jumpa lecturer calculus/algebra, untuk selesaikan sendiri konsep algebra yang aku tak paham waktu kuliah. Bagus gak takde kawan baik ni. at least rajin sikit kaki ni menjejak pejabat lecturer. Ahh, memang aku perasan seorang diri di sini lecturer aku adalah kawan aku. Haha. Dan semua lecturer aku perempuan. Jadi kau tak payah nak buat konspirasi disitu. 

Ade orang suggest, kenapa tak cari pakwe fatihah? Eh eh kau nak mampus? Aku dah cukup masalah sekarang. Flow studi aku dah cukup baik, kenapa nak rosakkan? Aku bukan jenis yang mampu studi sambil bercinta ni. Runsing.

Kalau dada ni rasa nak meletup, aku akan call ex-rumate aku kat medic dulu, buat-buat tanya yuka sihat ke tak.*yuka si hamster rumate aku yang jagakan sekarang. Ego.Benda sebenarnya aku rindu gile nak dengar celoteh budak faiqah tu. Haha. :')

Dan, aku akan call mak aku hampir setiap malam untuk pastikan aku akan bercakap sekurang-kurangnya 100 patah perkataan sehari. 

Dan semestinya, sebagai muslim kepada Allah aku adukan rasa hati ini. Bila aku rasa macam tak leh nak hidup sorang2, aku teringat kat video matluthfi, 




"tapi aku tak boleh hidup sorang macam ni.."

"memangla x boleh, selagi kau tak bergantung dengan DIA YANG TAK MATI...''



Serius sentap kena batang hidung aku, sebab kadang-kadang memang aku mengeluh gak dengan hidup sendirian ni.

 Dan aku ni bukan baik sangat, amal pun tak banyak mana. Dosa kau jangan cakaplah, gerun aku nak hitung. :'(

Tapi hasrat nak berubah ke arah yang lebih baik tu memang sentiasa ada. Dan aku cuba setiap hari untuk membaiki diri.

Always. 


Sekarang aku nak kata, cukuplah Allah sebagai pelindung susah dan senang aku. Aku takkan merungut lagi. 


5 Orang Macho komen:

Pha Is said...

aq skrg sedang cuba bayangkan diri ko seperti mana aku telah bayangkan keadaan hidup ko masa ko kat matrix dulu.... (budak skema 24 study) hehehehe....

ala, rilex la... tak perlu semakkan hidup kita dgn something yg tak diperlukan... you are not forever alone, it just shows that you are strong enough to live and enjoy life without having to depend on others....

lagipon, bak kata kawan aku dalam status fesbuknya yg aku baru je baca tadi lantas aku pon mengkopi dan paste-kan di sini :

Sometimes when I go to Queensbay alone to watch movies and have a meal, people say I am a loner and don't want to socialize.
Don't you people realize that sometimes, a person might just want to enjoy life by themselves, without having anyone around, not even their best friends at certain times? :)

so. chill.....(n_n)

p/s : pnjang pulak komen aku kali ni... hehehe

Fatihah Mustapa said...

kau tahu aku senyum sampai ke telinga baca komen ko ni..haha. thanks faiz. :)

aku memang tengah belajar survive dengan hidup aku sekarang.

Pha Is said...

sama2...

i know you can... and YES YOU CAN.... hehehe

syukrihasshan said...

rilek...biasa la tu..cabaran dunia mmg mcm nih..

Anonymous said...

Tiha, kuatkan semangat! Allah sayaaaaaangg sangat kat ko, sbb tu Dia uji ;) jgn cakap diri forever alone sbb Allah itu always by our side :) - Diana Suhaimi :)