Blogroll

Wednesday, November 30, 2011

Demam Mengejut.

Aku tengah demam. Bukan demam biasa, ini adalah demam akibat tersuka.

Aku pernah cerita sebelum ni yang aku tak layan sangat drama melayu ni. Tapi sekarang aku terpaksa telan kata2 aku balik. Telan dengan mata berkaca-kaca. Sebab aku dah jatuh cinta dengan satu cerita ni. CINTA ELYSA. Aku jatuh hati dengan watak Aril dalam drama ni. Waaargh, maafkan saya Maru, kerana cinta saya beralih arah.



Jangan sedih maru, kita tetap akan jadi kawan sampai bila-bila...

Haha, muntah si maru baca entry aku ni. Eh, maru tu kucing, mana boleh membaca, pandai.*tepuk dahi sendiri

Masa balik rumah baru-baru ni,

Along: Akak, along ade download cerita Cinta Elysa. Nak tak?


Aku: Huh, akak tak layan la drama melayu ni. 


Along: Ok. Bajet betul minah ni. 

Then, entah macam mana petang tadi aku ade bukak satu laman web ni, link kepada cerita elysa ni kat youtube. Aku pun klik je la link tu, sekali tertengok cerita tu, jatuh hati kat Johan Asari. Waa, mencik mencik. Aku rasa tak pernah ade crush lagi kat pelakon lelaki melayu, ni kira first time la. Selama ni crush kat kucing je. Hahaha. Awkward. Ok, kau memang buang tebiat fatihah.



Kat tv drama ni dah nak habis tayang kan? Aku baru nak tengok..(-_-') Sekarang nak cakap SAYA MENYESAL GILA KERANA TAK AMIK CERITA NI KAT ALONG SAYA MASA BALIK HARI TU, MENYESAL MENYESAL MENYESALLLL!!!!

Dah meroyan sendiri nampaknya.



botak juvana
('',)



Sekarang dah sampai episod 6, sambil membuat tutor calculus. Multitasking!*sarkastik.

Rasa nak menangis pun ade, kenapa you tube slow sangat.




6 Orang Macho komen:

Pha Is said...

cinta elysa??? oh pehleeesss... hahahahaha

Fatihah Mustapa said...

shadap u.. haha. ;p

BidadariBesi [SYAA] said...

bhaaha! sentap tak nyahh? :D kak, cerita tu memang mantop! lagi-2 watak Aril :D dia penyayang, tapi dia tak tunjuk sangat :D

Fatihah Mustapa said...

sentap sangat. haha.
Best gila cerita tu, meroyan nak tunggu next episod, sebab kat sini tak leh nak tengok tv.
Dah jatuh cinta kat Aril.. ;p

syukrihasshan said...

sentap ko jah...jiwa-jiwa plak skrg..hahahahha

Fatihah Mustapa said...

hahaha..aah la, aku tak main la jiwa2 ni. tapi untuk cerita ni hati aku cair la.. ;p