Blogroll

Monday, February 11, 2013

Housewive!

Assalamualaikum!

Cuti berbaki lagi seminggu. To be honest, cuti sem ni adalah cuti yang paling complicated.

Anyway, mak aku takde selama seminggu. Selama seminggu ni aku jadi surirumah sepenuh masa. Kemas rumah, sidai dan lipat baju, dan dan dan, MEMASAK! Haha, terpaksa guna capslock sebab aku jarang gila memasak kat rumah. Sebab selalunya waktu cuti, aku amik part kemas rumah je. Kadang2 sidai atau lipat baju. Bab memasak nih memang ketinggalan. :(

Tapi, bila mak takde nih, kami kena survive. Yelah, takkan nak makan roti dan maggi tiap2 hari? Sebal perut weh. Lagipun aku kesian kat abah aku, beliau kena makan nasik jugak. Tak leh nak terima makanan lain sangat.

So, kegiatan aku apabila bangun pagi adalah memerah otak nak masak apa hari nih. Google resepi yang simple. Budak baru belajar lah katakan.  Lepas tu kelam kabut call mak aku, betul tak resepi yang aku google nih. Kih kih. Tulah, masa mak ada kau tak nak cedok ilmu banyak2 fatihah. Bila mak takde, kau rasakan!


Lauk hari ni. Simple gila kan, plus pemalas. Haha, jadilah asalkan boleh makan. Ayam masak merah, sambal tempoyak, dan ikan pekasam.

Sepanjang mak takde nih, masakan aku yang paling succes adalah ayam masak tempoyak. Licin weh! Seronok je tengok diorang makan. Begini rupanya perasaan seorang chef. *drama 

Tambahan, aku kena ganti tugas mak aku jaga anak2 cikgu yang mak aku asuh selama 3 hari. 4 orang toddlers! Pengsan aku. Kena mandikan, bagi makan, cuci berak semua. o_0 Hahaha. But i am manage to handle all these things.*proud.



Paling suka budak nih! Manja gila. Setiap kali aku masak, dia pun sibuk sekali nak tolong. Kalau aku tengah makan, dia nak siasat apa yang aku makan, dan tolong rasa. Nasib baik comel.

Aku rasa dan kurus sikit nih. Mak cepatlah balik. Saya rindu dan penat. fuh fuh fuh. 

Penat gila rupanya jadi surirumah tangga sepenuh masa ni. *insaf, Memang respect la kepada mak dan semua surirumah tangga kat luar sana!!!




5 Orang Macho komen:

pha is said...

pergh.. bagus2.. hahaha..

aku pagi tadi sama la. mak x de, pi dapur tengok, x tau nk masak apa. yg aku nmpka ada jagung. mula2 igt nk bakar, tapi rasa pelik plak sarap dengan jagung bakar. then, aku igt nk rebus je, tapi last2 aku buat cucur.. hahaha..

Fatihah Mustapa said...

Kan.....kita kena jadi kreatif waktu mcm ni. Sedap tak cucur jagung ko? Hehe. Aku jakun, setiap kali masak aku paksa semua org rasa nk pastikan sedap. Haha

Cik Momo said...

sama la macam kita. cuti cuti ni training jd suri rumah je. haha. belajar memasak yg paling utama. tp kita lg suka jadi surirumah dr bekerjaya. haha. pelik kan?


btw,singgah blog kita jugak ye :)
http://kupukupuchomel.blogspot.com/2013/02/mula-berniaga.html

pha is said...

x tau la nk kata sedap or tak.. yg makan aku ngan adik laki aku jer.. aku kalau lapar, semua sedap. adik aku tu, semua bnda dia makan, semua bnda dia kata sedap.. heheh

ladyship said...

same la, cuti2 ni sape lg yg kne masak klau bukan kite..