Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, December 31, 2012

Cemas

Breath in, breath out.......

Breath in, breath out.......

Breath out, breath in...erk?


Eh rileklah exam next year..kan? Hahahaha.

Ok tak lawak.




Sunday, December 30, 2012

Histeria

Assalamualaikum. Waa, lagi 3 hari nak exam!!!!!!!!!*perempuan gila histeria.



Eh ni muka histeria ke muka raksasa? 
(-_-')


FYI, inilah studi week paling main2 pernah aku lalui. Kenapa semangat studi aku luntur bagaikan baju biru yang mak aku terendam dengan clorox! Why penyakit M berleluasa menguasai diri ini, lantas 2 hari lepas di habiskan dengan melayan movie? Apa dosa nota-nota dan tutorial disentuh sambil tengok Merlin? Damn u fatihah. Result nak dekan, effort macam belacan. Eh, apa salah belacan pulak. Jangan babitkan belacan dalam hal ni. 

Ok, first perenggan telah dihabiskan dengan merapu pasal penyesalan yang tiada kesudahan.  Eh pembaca blog ni apa khabar?.......*bunyi cengkerik.
Oh, takde pembaca rupanya. Hehe. Well, biasalah aku memang suka buat drama sorang2. Lepas ni sambung studi balik. Kot.

2 hari lagi nak masuk 2013. Dah 3 tahun usia blog ni rupanya. Follower genap 400. Hehe. Aku ucapkan terima kasih la kepada insan-insan bertuah yang follow blog aku ni. Terima kasih byk2 kerana bersusah payah tekan button follow tu. Aku dah la pemalas nak follow balik. Kih kih.

Anyway, hari khamis ni start first paper. Korang doakan lah supaya aku istiqamah studi. Lama sangat dah aku jadi student, semangat studi tu makin nipis dikikis masa. eceh, alasan ye fatihah.

Gud luck semua yang amik exam next week! :0*risau 


Bye!


Monday, December 10, 2012

Kelam kabut.

Assalamualaikum.

Hai guys!!!!Waa excitednya minah ni kan. :DD

Esok cuti sempena keputeraan Sultan Selangor! Sape kat sini dok Selangor sep sikit. Haha. Sebenarnya aku excited sebab sabtu dan ahad lepas aku tak dapat berehat, ada program Bakti Siswa(BAKSIS) kat Sekinchan. Which I have a lot of fun there!

BAKSIS ni satu kos yang wajib untuk pelajar UPM dimana pelajar kena belajar cara-cara untuk handle sesuatu program dengan komuniti. Kumpulan BAKSIS aku bergabung dengan 2 kumpulan BAKSIS lain, anjurkan program anak angkat yang bertempat di Kampung Batu 23, Sungai Nibong, Selangor.



Sinopsis program*eceh ada sinopsis pelbagai. Paham2lah aku malas nak taip.

  • Kat kampung ni ada pantai, sawah dan kelapa sawit. Awesome kan?
  • Orang kampung 99% orang jawa. Aku siap belajar bahasa jawa lagi.
  • Pergh, keluarga angkat aku sangat superb. Aku dapat makan durian dengan sebanyak-banyak kat sana.
  • Berjaya derma darah untuk program kesihatan. First time derma darah kat matrikulasi dulu.
  • Sepanjang program, meriah gila dengan makanan. Berat aku naik 2 kg. T_T
Aku sampai UPM jam 12 tengah malam semalam. Dan, sepatutnya hari ni ada quiz Differential Equation. Tapi aku tak sempat studi pape sebab sampai kolej, terus melemparkan diri atas katil. 

Bangun pagi dah pukul 9, which aku dah termiss kelas Asas Keusahawanan. :'((( Horror gila aku pagi ni, kelam kabut macam kucing nak beranak. Sms lecturer mintak maaf sebab tak datang kelas. Dah la kelas terakhir untuk semester ni. Nasib baik lecturer baik gila, cakap 

''takpe u datang je jumpa saya ptg ni sign attendance untuk hari ni'' 
Aku: *legaaa...:')


Masuk kelas DE pukul 10, dengan perasaan cuak gila nak amik quiz dalam keadaan tak bersedia. Tetiba lecturer cakap

''Quiz tangguh hari rabu ni''

Waa, rasa nak berjoget kat situ jugak. Hahahaha. I am the lucky one. Alhamdulillah. Kalau tak aku memang hantar kertas jawapan kosong je. :')

Dan again, ESOK CUTI!!! Marilah studi dengan bersungguh-sungguh.

Final lagi 3 minggu. *gulp 

Sunday, December 2, 2012

Hidung berlari?


It is official.


My nose are running right now. Must catch it!














Ok ok ok. Not funny at all. The truth condition is like this.

Waa. Sangat mencabar runny nose ni apabila kau perlu menyiapkan assignment yang menggunung dalam masa yang sama.

isk isk isk

Saturday, December 1, 2012

Sweet Dream.

Semalam aku bermimpi aku curi-curi bela anak kucing kat kolej kediaman aku ni. Aku rescue kucing ni dari monster yang aku tak ingat dalam mimpi tu. Tapi serius monster tu menakutkan!


Anak kucing tu sebijik macam ni. Aku siap main, tidor dan mandikan beliau dalam mimpi tu.

Then, bila bangun pagi ni aku kecewa gila! Sebab aku ingatkan betul-betul aku bela anak kucing.Tapi mimpi semata-mata. Waaaaaa. :'( Aku tak nak bangun dari mimpi tu boleh?

Dan sekarang aku tak sihat, macam nak demam. Adakah ini akibat kekecewaan yang tragis? Hahaha. Dramatik betul.Tapi serius aku tak sihat.

Dan assignment berlambak-lambak.*sigh


Thursday, November 29, 2012

Nomnomnomnom


 Model: Ucop Ventimiglia dan Chubby Cruise



Gerakan perlahan chubby dan ucop bila nampak rumput yang aku petik/cabut. Serbu!!! Kata mereka berdua.

Seluar penuh dengan cat. Ni masa cat rumah waktu cuti midsem lepas. Chubby makin chubby kan? :D

nomnomnom

nomnomnomnom

nomnomnom
*hahaha dah tak tahu nak letak caption apa. 

Bibir chubby cekci! 


And lastly, entry di taip dengan memakai shawl terbaru dan terhangat di pasaran. Sila dapatkan segera.

Muahahaha. kantoi katil penyidai loker berselerak!
 Macam mana nak jadi bini orang nih. (-_-')


Random gila entry nih. Dari budak 2 ekor tu nomnomnom ke bilik aku yang serabut. ;p

Bye.






Monday, November 26, 2012

Susu kotak yang hilang.

Assalamualaikum.

Hai hei hoi.

Hehe. 

Setelah beberapa hari beremuk rendam, hari ini aku rejoice! Haip, bukan rejoice syampo tu. Rejoice di sini bererti aku bergembira riang ria seperti burung terbang di awangan. I feel like i want to dance. Cewah.

Pencetus perasaan gembira ini berikutan markah test 2 Diffferential Equation(DE) yang sangat memberangsangkan! Hehe. Rasa berbaloi gila mengorbankan cuti midsem aku selama 3 hari semata-mata untuk studi DE dan statistik minggu lepas. :DDDDDD

U feel my excitement? *wink




Walaubagaimanapun, kegembiraan ini dibunuh apabila susu kotak yang aku baru beli petang tadi hilang lesap tanpa khabar berita. Weh, tak kelakar!

susu kotak yang besar pulak tu! kalau kecik aku tak la ralat sangat.

Macam ni ceritanya.

Pagi tadi selepas kelas DE, aku beli susu kotak ni dengan niat untuk di makan waktu breakfast bersama dengan fitness cereal aku yang masih berbaki separuh. Di bilik, kira-kira pukul 5 pm aku simpan susu ni frezer bertempat di pantry. Dah siap label dengan nama, no bilik dan tarikh pembelian. Nak di jadikan cerita, malam ni susu tu dah hilang! Aku tak buka lagi weh! Sakit pulak hati kita ni.

Fyi, ni bukan kes kecurian pertama kat floor aku ni. Dah banyak kali dah. Aku tak berani la nak tuduh sesiapa, tapi kepada yang amik tu, 

AKU TAK HALALKAN SELAGI KAU TAK MINTA MAAF KAT AKU!

Serius, makanan curi ni jadi darah daging kot. Tak takut ke balasan Allah?*sigh

Emo pulak malam-malam buta ni. Aku sedih tak leh breakfast dengan fitness cereal esok. :( Macam mana nak hadapi hari mendatang tanpa sarapan yang berkhasiat? Waaa...

Hahaha. Rasa lawak pulak. Dah la, aku nak tido. Mungkin esok redha la kot rasa marah+sedih ni.

Saturday, November 24, 2012

Lara

Pen di tekan rapat kepada kertas usang di depan mata,
Lagu rancak memekak jiwa menjadi lara.

Hati berkata, kenapa dia?
Dia yang di puja tak pernah tahu bisikan jiwa.
Kadang kala pendusta benar belaka
Ayat dijamah menikam rasa.

Mulut bisu, lidah kelu
Sering aku di situ mengeluh, memberontak, dan diam akhirnya.
Kau, yang sering memberi rasa,
Akhirnya pergi tanpa kata-kata.

Aku, berdiri di sini memegang janji yang makin di mamah usia.





Perfect

Hey, Dad, look at me
Think back, and talk to me
Did I grow up according to plan?
And do you think I'm wasting my time
Doing things I want to do?
But it hurts when you disapproved all along
And now I try hard to make it
I just want to make you proud
I'm never gonna be good enough for
You can't pretend that I'm alright
And you can't change me

'Cause we lost it all
Nothin' lasts forever
I'm sorry I can't be perfect
Now it's just too late
And we can't go back
I'm sorry I can't be perfect

I try not to think
About the pain I feel inside
Did you know you used to be my hero?
All the days you spent with me
Now seem so far away
And it feels like you don't care any more
And now I try hard to make it
I just want to make you proud
I'm never gonna be good enough for you 
I can't stand another fight
And nothing's all right

'Cause we lost it all
And nothin' lasts forever
I'm sorry I can't be perfect
Now it's just too late
And we can't go back
I'm sorry I can't be perfect

Nothing's gonna change the things that you said
And nothing's gonna make this right again
Please don't turn your back
I can't believe it's hard just to talk to you
But you don't understand

p/s- Oh ya, my parents is awesome. Cuma aku tak tahu kenapa lagu ni berdengung dalam kepala beberapa hari ni. :/ Maybe sebab aku rasa aku susah nak penuhi expectation semua orang terhadap aku. Bengong la kau fatihah, kenapa nak touching lebih-lebih ni. Waa. :'( Dah la, nak berselubung dengan selimut dan pura-pura aku tak wujud.

Thursday, November 22, 2012

Zaman dulu kala.

Masa godek-godek hardisk tadi terjumpa gambar ni. Nak amik sedabak aku letak.


Monolog dalaman: Weh sape perempuan ni? Sape nih sape nih?

Oh, aku rupanya. Gambar waktu 2009.


Kenapa lain gila? (-_-)
Tetiba rasa diri dah tua.

Fine.

XOXO, F. Publish
*terpengaruh dengan cerita istanbul aku datang. haha ;p



Wednesday, November 21, 2012

Mathness!

This is fun!










Haha..klaka lah. Gambar last ni kena betul. 

Friday, November 16, 2012

Hitam menawan.

Kulit aku dah makin tan, akibat berjemur di bawah terik mentari selama beberapa hari untuk mengecat rumah sambil merisaukan test 2 selepas naik cuti.

Maka aku terbeli produk berikut dengan harapan kulit kembali cerah. Cet. 
Ni namanya sudah terhantuk baru tengadah.



Sepatutnya apply sunblock sebelum cat rumah tu, bukan selepas. Dah gelap macam ni baru kelam kabut cari sunblock. Haha. 'Bijak' la kau ni fatihah.

Takpela, hitam tu kan manis.*pujuk hati sendiri.

Anyway, aku dah ada kat UPM ni. Semangat balik awal semata2 nak studi untuk test hari selasa dan rabu ni. Terpaksa korbankan cuti berbaki 2 hari. Sedih betul. Kalau kat rumah memang eden tak studilah. 

 Cepatlah rumate kesayangan balik! Bosan dok kat bilik sorang2. Nasib baik ada student sabah sarawak yang tak balik stay kat floor ni. 

Fatihah, jangan kau buang tebiat teringat cerita hantu time begini. Bye.

Tuesday, November 6, 2012

Segmen : 6 perkara tentang aku

Walah, dah siap assignment kemahiran berfikir yang mengambil masa aku dari sabtu lepas sampai jam 1. 47 pagi tadi. phew.. Aku terpaksa tangguhkan revision subject differential equation, algebra linear yang ku sayang, dan statistic&probability semata-mata untuk assignment kemahiran berfikir nih. Dr Shima, tolong lah bagi full mark kat saya berikutan menjadi part time zombie selama beberapa hari nih. *buat mata kucing. haha

Mata dah layu, tangan dah longlai. Tapi aku nak menaip jugak setelah genap sebulan blog tak update. (-_-)

Oh ya, sebenarnya saje nak jawab tag pha is, setelah aku menyemak kat wall dia mengadu tak idea nak update blog. Well, sebenarnya idea tu ade je 24 jam sehari, tapi kuncinya di sini adalah KEMALASAN nak menaip yang sangat melampau.



Sebelum merepek diteruskan dengan lebih lanjut, nah 6 perkara pasal aku. Err, more kepada 6 perkara yang terbaru pasal aku kot. Kih kih.


  • Manusia yang baru kenal aku akan kata aku pendiam, skema, serius, bla bla... tapi diorang akan rasa tertipu dan bertukar persepsi 180 darjah setelah kenal aku dengan lebih rapat. Haha, aku tak salah wei. Aku tak leh halang apa orang nak fikir pasal aku. Aku pulak suka buat muka ketat kat orang yang aku baru kenal, yelah tak kan tetiba nak mesra alam pulak kan. Rasa macam misteri bila buat macam tu. KAH KAH. Tak tak, aku mengarut je. Bukan misteri, tapi aku takut nak mesra alam sangat, sebab aku akan tengok dulu orang tu macam mana before aku decide nak rapat or open mind dengan dia. 
  • Oh yaa, seminggu ni aku jadi OBSES kira kalori makanan yang aku makan. Seronok weh, tambahan aku suka kira-kira ni. Mathematics is my soul you know. Hehe. Anyway,  aku jadi concern sebab aku nak turunkan lagi berat ke 45 kg, my weight goal. Which is a long journey to go. Aku dengan semangatnya dah beli ebook Kevin Zahri dan dah khatam baca 3394483 kali dalam masa seminggu. Ye, time buat assignment kemahiran berfikir aku curi-curi baca ebook Panduan Kurangkan 5kg dalam masa 5 minggu. Haha, dan semangatnya aku ajar orang sekeliling aku kira kalori makanan diorang sekali. :p
  • Err, apa lagi eh? Aku tak sabar nak balik rumah sabtu ni, sempena cuti midsem seminggu! Tengah counting sambil campak barang dalam beg balik kampung. Tapi hari ni baru hari rabu. Cepatlah jadi hari sabtu :(
  • Mak aku cakap, walaupun aku nampak keras dan agak kasar dari luar, tapi sebenarnya aku mempunyai hati yang sangat lembut dan senang dipujuk. Ye, jangan risau, aku pun geli macam korang jjugak dengar statement dari mulut mak aku. Tapi apa yang mak cakap tak leh bangkang kan, nanti jadi anak derhaka. So kita accept je lah statement ni, ok? (-_-')
  • Baru-baru ni aku masuk gua tempurung. BEST GILA WEH! Eh, aku patut buat satu entry pasal tu. Tulis kat sini kang jadi karangan cecah lantai pulak.
  • Last but not least, dalam masa sebulan ni aku perasan aku kerap sangat sakit kepala. Sakit yang macam berdenyut-denyut macam nak pecah lantas aku akan baring sambil tekup kepala dengan bantal. Dan akan end up bangun mintak panadol kat rumate. Bila sakit, aku tak leh studi langsung. :'( Bila cerita kat facebook, kena tegur dengan member sebab kerap amik panadol. Tapi nak buat macam mana, bila makan panadol tu baru aku boleh tido. Kalau boleh hilang dengan hantuk kepala kat dinding, dah lama aku buat. Tapi aku tak berani, aku hantuk kat tilam je. Haha. Waa, malasnya nak jumpa doktor. Eh, jangan-jangan aku kena migrain kot? Pha is sila jawap. 
Nak tag sape ni? Nak tag adik syafiqah dia tengah exam SPM. Tak baik kacau dia. Hehe. Ah, sape2 yang terbaca ni dan rajin, andalah orang bertuah di tag oleh saya! Bangga tak? ;)

Mak, dah pukul 2.25 pagi!!! Esok kelas kul 8 pagi. Matilah eden. Chow.

Sunday, October 7, 2012

Kejayaan adalah milikku! Ok over pulak minah ni.

YEEEHAAA!!!!!!


Wah, 2 entry dalam masa satu hari?*clap clap clap

Aku pun tak percaya. Ngeh ngeh ngeh. Ok, buruk gila gelak macam tu. Sebenarnya nak update pasal sushi yang aku buat tadi. 

Ehem. Sila lihat hasilnya. Tadaaaaaaaaaaaa!!!!




Comel tak comel tak?


Aku buat dari jam 5 sampai maghrib tahu. Sampai dah teleng2 sakit leher sambil apply yoko-yoko.*sigh
Aku rasa ada la improvement dari first sushi roti yang aku buat kat rumah dulu. Yang ni lagi kawai. Hahaha. Ye la, nak jual kot, nak mampus buat cincai2. Macam mana nak laku ye dak?

Dan dengan bangga nya aku mengatakan sushi itu habis dijual! Licin! :')

Saya mengucapkan sekalung penghargaan kepada kedua ibu bapa yang banyak menyokong saya selama ini, kepada pha is dan adik syafiqa yang selalu datang blog ni. *eh, dah macam ucapan menang anugerah je. ;p

Mungkin aku patut buat part time jual sushi roti ni, ye la dengan keadaan biasiswa JPA yang tak masuk-masuk lagi ni kan. Boleh menjana pendapatan tambahan. Bijak! Hahaha. Masuk bakul angkat sendiri.


Sekarang, marilah buat revision untuk test 1 differential equation, dan probability&statistic dengan riang dan 
ria.





*yawn...
Maybe esok. Tengok note pun dah macam sushi roti yang bakal digulung.(-_-')


Good Night!
:D



Breathless

Nervousssss!!!!

Aku kena buat sushi roti untuk dijual malam ni, untuk subjek keusahawanan. Sorang-sorang. Demmit, aku cuak gila kalau tak jadi. Macam mana kalau tak laku?

Hahaha. Memang low confident level betul la kau fatihah. Stress aku macam ni. Aku kena buat sushi ni sorang2, sebab partner aku ada hal. Wahai partner, cepatlah balik tolong partner mu di sini yang comel! Eh lari tajuk pulak.

Barang-barang yang bakal diproses menjadi sushi.


Antara masalah aku yang paling besar  adalah fear of rejection. Sebagai contoh, kalau aku suka seseorang, aku lebih rela pendam sampai lebam, daripada aku luahkan apa yang aku rasa. Yes, i know it is not a healthy lifestyle!Tapi habit ni susah gila nak kikis. Aku takut nak mencuba sesuatu yang baru, unless aku terpaksa atau ada kawan temankan. *sigh sigh sigh

Minggu depan ada 2 test, dan assignment makin bertambah dari hari ke hari. Walaupun hari ni hari ahad, dada aku sesak bagaikan weekdays biasa yang sangat busy.

Ke sesak nafas ni berikutan JPA tak masuk lagi? Hohoho.


Wednesday, October 3, 2012

Duit oh duit

10.30 pagi, bersebelahan CIMB Bank kampus UPM. Hati sepanas cuaca mentari, setelah kepenatan asyik melihat baki akaun masih di takuk yang lama. Money is not everything, but everything need money. Dan duit JPA tak masuk lagi.

Aku: Assalamualaikum.

JPA: Waalaikummussalam. Ya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?

Aku: Saya Nurul Fatihah, pelajar UPM dalam kos bacelor sains matematik. Kenapa JPA still tak masukkan  duit ke akaun saya, sebab kawan-kawan saya yang lain semua dah dapat duit masing-masing.

JPA: Sebentar ya adik, boleh bagi number 1C?

Aku: 900109..... *sambil kaki kuis-kuis rumput

JPA: Nurul Fatihah..oh, adik ni yang tukar kos tu eh?

Aku: Aah, tapi saya dah dapat official letter kata scholarship JPA saya dapat diteruskan untuk kos baru ni.

Bunyi ketukan papan keyboard.

JPA: Ok, JPA adik memang dapat disambung. Nama adik tercicir untuk semester baru ni.

Aku: Tercicir?* sambil tahan nafas.

JPA: Pegawai yang key in data untuk proses ni tengah bercuti. Mungkin minggu depan baru boleh setel.

Aku: Ooohhhhh....

JPA: Mungkin dalam masa 2 minggu baru duit masuk ke akaun adik.

Aku: erk*sambil melepaskan nafas yang ditahan tadi. Kalau macam tu takpelah. Terima Kasih.

JPA: Nanti kami akan hubungi adik untuk maklumat lanjut.

Aku. Ok.

Telefon dimatikan. Handset dipandang sepi. Rumput yang dikuis tadi agaknya sudah mati. Demmit, mana aku nak cekau duit untuk hidup 2 minggu lagi?


Monday, September 10, 2012

Normal

Assalamualaikum.

Semester baru, azam baru, semangat baru dan kasut baru. eh?

Pejam celik pejam celik, dah habis cuti 2 bulan. Lesen kereta dalam tangan, tetapi lesen motor sangkut. Haha. Sadis. Doakan lah aku lulus untuk ulangan test motor ni. 

Jadual sem ni boleh tahan. Hampir semua kelas waktu pagi. Hari ke-2 start kuliah, aku dah rindu adrina. Waa, rindu nak peluk budak kecik tuh. Rindu nak dengar dia nangis. Haha, bukan aku patut rindu kat family ke? Takpelah, dia mcm anak angkat mak aku jugak. Consider family lah tu.






 Untuk mengubati kerinduan, aku terpaksa membeli bedak baby dan cologne baby yg adrina pakai. ;p




Parah ni, tapi aku memang suka barang baby pun. Kih kih kih.


So, how's life treating you? Aku dah buat antara keputusan yang paling besar dalam hidup. Moga Allah tetapkan hati, dan permudahkan segala. Amin.

Tuesday, August 21, 2012

Tranformasi

Assalamualaikum. 

SELAMAT HARI RAYA!!!*capslock menunjukkan aku menjerit sekuat hati. 

Tak tak, aku bukan semangat sebenarnya. Raya tahun ni aku tension. Amboi kau fatihah first perenggan pun dah berterus terang dengan setulus hati.

Anyway. aku minta maaf banyak-banyak, seandainya sepanjang aku berblogging ni bahasa aku kesat, atau sape-sape yang baca terasa dengan kekesatan bahasa aku. Eh, ada ke perkataan kekesatan?

Raya tahun ni aku beraya kat Kedah, dan aku menaip entry ni secara lintas langsung dari Lunas, Kedah.
Internet kat  sini laju gila b**i. Haip haip, bukan ke baru mintak maaf tadi? Muahaha. Aku minta maaf sekali lagi. 

Kita cuba lagi sekali.

Internet kat sini laju sangat. Sepantas aku berlari ke dapur apabila mak panggil untuk makan nasik. Bila dah laju sangat, aku pun tak tahu nak buat apa. Asyik refresh page 9gag je. (-_-')

Selepas zuhur tadi, aku dengan bosan menggodek-godek gambar-gambar lama. Terpegun melihat kelabuhan pipi  dan kebulatan diri sendiri, lalu disertai oleh ketawa berdekah-dekah si yana. Yana gelak lawan tokey. Memang melampau betul budak tu. Siap kau kejap lagi.

Apa, korang pun nak tengok?*perasan 

Tengoklah. Tapi janji jangan gelak. Janji tau.*geli pulak taip macam tu.


Yang paling kanan. (o_o)


Yang paling belakang. *tepuk dahi
Eh, dah janji tak gelak kan?



Lengan kalau goreng sodap ni*kata mak aku


Baiklah. Gelak lah sepuas hati. Aku bagi can ni.
HAHAHAHAHAHA*tekan perutHAHAHAHA*guling-gulingHAHAHAHAHA*ketuk kepala yana sebab gelak lebih sangatHAHAHAHAHAH*minum air.


Dah2, nanti orang kata korang gila gelak sorang-sorang depan laptop.


Sekarang, aku nak tunjuk gambar ni pulak.




Nak gelak lagi tak? ;p

Sunday, August 12, 2012

Overdose penyakit 'M'

Aku dah sampai ke tahap menjadi seorang ignorant yang terlampau. Malas tengok tv, malas nak bukak facebook, malas nak update blog, malas nak belek handset, sampai berhari-hari handset off. Lambat baca sms yang masuk, maka aku malas nak reply. Malas nak check result exam yang dah keluar. Kau boleh bilang berapa perkataan malas dalam entry ni.

Nasib baik puasa rajin. ;p

Bercuti dengan bersungguh-sungguh nampaknya, sampai aku dah terputus hubungan dengan dunia luar, macam dok kat hutan belantara mana ntah.

Aku nak berhenti taip ni. Malas. Bye.

Sunday, July 29, 2012

Busy adalah satu alasan.

Assalamualaikum. Walaupun dah seminggu melangkah ke bulan ramadhan, aku tetap juga nak cakap selamat menyambut ramadhan. Malas gila nak bukak lappy sekarang, Hehe.

Post ni ditaip dengan keadaan seperti berikut.




Bila dah balik upm nanti mesti aku rindu gila kat budak sekor ni.

Alamak, baby dah nangis. Chow.

Sunday, July 8, 2012

Time cuti pun kena belajar jugak



Tengah belajar memandu..ngeh ngeh


Action je lebih ni.. benda baru lepas ujian undang-undang. Dapat 50/50 beb, am I awesome or what?
Hahaha. Sengal.

Tak tahulah kenapa aku takde semangat langsung nak amik lesen ni. Agaknya dah biasa orang bawakkan kesana ke mari kot. Dah jadi manja aku ni. (-_-')

Go go go, fatihah! 
Kalau lulus nanti boleh bawak mak jalan-jalan. 
Itupun kalau beliau berani naik dengan aku lah. *sigh

Thursday, July 5, 2012

Si comel yang cute.

Pada suatu pagi yang hening.... terdengar tangisan seorang bayi yang comel.

Hahaha, tak boleh blah intro. Aku jadi pembantu babysitter sepanjang cuti ni. Mak aku kan jaga beberapa anak cikgu kat rumah ni, maka setiap pagi akan gamat dengan 4 orang budak hyperaktif ini sampai aku pun pening. Aish, aku tak berapa suka budak yang aktif sangat. Rimas. Tapi, baby adrina yang mak aku jaga ni aku suka. Sebab tu aku asyik belek si comel ni je. Haha, pilih kasih betul. Takdelah, yang lain pun aku tolong jagakan time mak aku busy, tapi baby sorang ni buat hati aku melting. Ecece.  Ah, layan je lah aku merepek ni.

Baby adrina ni aktif sungguh, dan sangat rapat dengan mak aku. Setiap hari pagi aku akan dimulai dengan pipi dia akan menjadi mangsa cubitan dan ciuman dari aku, sampai dia pun rimas. Haha, nasiblah kau adrina, sape suruh comel sangat. Bila aku cuba tangkap gambar, ya rabbi susah gila sebab beliau hyper sangat. Baru 5 bulan umur dia, comel macam marshmellow. Korang boleh kira berapa perkataan comel yang aku dah taip. Serius dia comel. Ok, stop fatihah. Nah gambar.


Adrina, pandang sini, pandang sini. *cubaan gagal.


Sayang, pandang depan. (-_-')

Hei, bukan pegang kamera!

Lah, tengok susah betul nak tangkap gambar muka dia.

Well said.



Akhirnya...tapi kenapa tak senyum adrina? Terkejut dengan flash agaknya.




Beberapa minit kemudian...dia dah penat layan karenah aku. Hahaha



Haha, sebenarnya aku tak tahu nak update apa. Rutin harian macam nilah, except weekend.

Bye.





Thursday, June 28, 2012

After exam

Tak sempat nak update blog sebab kena jadi babysitter sekarang. 


Haha, alasan baguih betul.

Tapi serius, aku bersilat dengan budak2 kat rumah ni waktu pagi. Petang keletihan lantas tertido. Line internet pulak lembab macam siput babi baru belajar mengesot. Eh?

Apa pun, aku tengah menikmati cuti 2 bulan setengah ni sepenuhnya.

Nak amik lesen kereta. Any tips? Dah 22 tahun baru nak amik lesen, ye tak yah cakap aku memang lembab. Kah kah kah. Nervous sebenarnya oii. 

Bye.



Thursday, June 21, 2012

Meluat.

Sangat kelakar bila  jumpa manusia yang sangat childish, cerewet, mengada-ngade sampai even benda yang remeh temeh pun nak dikisahkan. Maybe comel bagi sesetengah orang, tapi pada aku sangat annoying. Serius. Sabar jelah wahai hati. Nasib tak baiklah kau buat perangai time aku tengah stress begini, memang cari pasal. Time of the month combine with I have exam tomorrow, sangat 'menyeronokkan'. Dan kau pulak hadir menduga hati. Damn betul.


Monday, June 18, 2012

Perkongsian ilmu.

Sebagai manusia, ilmu yang kau dapat hari ini kau kena kongsi dengan manusia lain. Ilmu yang bermanfaatlah, jangan pulak kau kongsi ilmu nak merompak bank, itu cari pasal namanya.

Ok, berbicara pasal perkongsian ilmu ni, skop dia sangat luas. Meh dengar tips daripada budak yang tak berapa nak 4 flat ni.

Jangan sesekali kedekut untuk berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat yang lain, terutama sekali bila waktu exam menghampiri mengcengkam jiwa lantas tertekan meronta-ronta. Amboi drama. (-_-') 
Sebab, teori mengatakan bila kau ajar orang lain pasal ilmu yang kau tahu, ilmu tu tak hilang ye wahai rakan-rakan sekalian, tetapi semakin melekat dalam otak. Bahasa mudahnya,. ajar orang lain adalah salah satu cara untuk buat kau lagi cepat ingat. But maybe tak praktikal bagi sesetengah orang. 

But, jangan lah sesekali kedekut ilmu nak mengajar kawan-kawan lain kurang paham. Bantu-membantu tu kan amalan mulia. Lepas ni adik-adik sekalian pakat-pakat cari geng buat studi group, dan amik part terangkan kepada kawan-kawan lain subjek yang korang paham. Trust me, discussion help a lot! Sambil belajar. dapat pulak eratkan silaturrahim. Cewah.

Eh, tapi waktu medic dulu tak pula daku praktikkan benda ni. Ngeh ngeh. 

Paper last hari jumaat nih. Lepas tu nak kawin. Eh tak lepas tu nak amik lesen. Apa ni lari tajuk. Bye. ;)

Sunday, June 17, 2012

Cara buat cheese cake paling mudah dalam dunia!


Assalamualaikum. Kita kembali ke rancangan masak-masak bersama chef yang paling kurang ilmu masaknya (dear future husband dun worry saya dalam proses menambah ilmu di kepala hehe) plus pemalas, mahu berkongsi ilmu bagaimana caranya membuat cheese cake semudah ABC.

1. Ok step pertama, klik link ni. PEEKABOO CHOICES.

2. Order tepung instant cheese cake yang berharga RM25(400 g)

3. Tunggu tepung instant tu sampai depan beranda rumah.

4. Pergi kedai, beli susu segar dan biskut marie.

5. Balik rumah, ajak adik-beradik atau mak buat cake secara jemaah di dapur. Sambil buat cake, boleh bergosip. Tak lah bosan sangat. Hahaha. 

6. Hancurkan biskut marie. Cairkan marjerin dalam kuali, then masukkan biskut marie yang dihancurkan tadi. Masukkan dalam bekas yang nak letak cake, then simpan dalam peti ais selama setengah jam. Kalau tak nak buat layer pun tak pe, abaikan step ni. 

7. Campur susu segar 250 ml dengan tepung instant cheese cake tu, mixer sampai gebu. Nak guna tangan pun boleh kot. 

8. Tuang adunan cake atas lapisan biskut yang dah keras.. Simpan dalam peti ais selama 3 jam. 

9.  Masa menunggu 3 jam tu boleh diisikan dengan aktiviti bermanfaat, seperti mengemas rumah, kacau mak tengah menjahit baju customer, ataupun terlentang di depan tv seperti bayi. Oh comelnya! (-_-') Anak sapelah yang tak semenggah ni.

10.  Selepas 2 jam pertama, lari-lari ke peti ais, keluarkan cake tersebut dan letak topping. Aku guna topping jem blueberry, dan rembat buah anggur yang ada dalam peti ais. Gunakan kretiviti anda sebaiknya!

11.  Masukkan balik dalam peti ais selama sejam. 

12.  Selepas satu jam menunggu, keluarkan cake dan makan. Sambil puji diri sendiri 'Pandai gila aku buat cake ni'. Hahhahaha. Jangan lupa jamu bakal mentua anda untuk meningkat reputasi. Kah kah kah. Sengal.







Ya Allah, bersepai layer biskut tu. Sape punya keje nie?


Selamat mencuba! :D

************

Serius sedap macam cheese cake kat Secret Recipe. Tapi topping aku tak cantik sangat, aku maafkan diri sendiri sebab 1st time buat kan. Hahaha. Ni gambar yang aku amik dari owner page yang jual tepung instant cheese cake ni, memang gojes la beliau buat.






Yang ni layer dan topping dengan biskut oreo! Pergh meleleh air liur babe.
Aku nak try yang ni pulak kat rumah nanti. ^^




Akhir kata, benda ni memang mengganggu diet aku. Haha.

Bye.