Blogroll

Thursday, September 29, 2011

Alat atau sahabat?


Si A tengah menghadapi masalah. Kawan nya si B yang tidak tahu apa2 terpaksa menahan rasa disebabkan si A ni sering kali melampiaskan marahnya kepada beliau. Si B memujuk hati supaya bersabar, kerana memahami si A melakukan secara tidak sengaja. Kalau Si A di dalam keadaan stabil, baiknya mengalahkan malaikat. Tapi, sekiranya Si A di dalam keadaan tertekan, si B  tersalah cakap pun muncungnya sudah sedepa. Jangan di kacau, atau ibarat jangan mengoncang sarang tebuan sekiranya si A ini di dalam keadaan marah.

Si B asyik makan hati, tapi memegang ikatan persahabatan dengan si A ini amat mencabar kesabarannya. Di mana hak nya sebagai seorang kawan, jika sering kali asyik dijadikan tempat melepaskan kemarahan? Adakah si B ini hanya alat, atau sahabat?

Aaaargh, penat aku menaip si A si B. Damm.

Fine. Aku tak tahu pun siapa si A dan si B. Lu pikirlah sendiri. Meminjam trademark Nabil. Sebenarnya aku cukup pantang, kalau ada orang melepaskan kemarahan ke tempat yang salah. Kalau kau marah kat orang lain, kenapa manusia yang innocent ini menjadi tempat melepaskan kemarahan kau ? Mana hak aku sebagai seorang kawan ? Aku paham, kalau kau meluahkan. Tapi jangan lah jadikan aku alat, sebagai pelampias marah kau. Aku yang tak tahu apa-apa ni,  kenapa aku pulak yang kena.  Dan manusia di sekeliling kau yang tak salah apa2 kena menahan rasa disebabkan ketidakpastian kau membezakan kawan atau pun alat.

People make mistake. Tapi kalau dah kerap sangat tu cari pasal namanya. Kalau kau sarang tebuan, aku ni sarang burung helang. Eh ade ke pepatah macam tu? Haha.

Tapi rupanya aku pun sama je. Menjadikan blog ni sebagai tempat melepaskan perasaan tidak puas hati aku. Kesian korang yang terbaca.

Bye.

Related Posts:

  • GUINEA PIG idaman kalbu.Bila dah kenal guinea pig ni, kerja aku bila boring bukak you tube sambil layan video guinea pig yang comel2!Antara video yang aku tengok:Cara nak man… Read More
  • couple islamik^_^Ni note yang aku jumpa kat fb. Rasa menarik pulak nak share dgn korang. Aku copy paste sebijik je untuk korang.****Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Sa… Read More
  • Kerja sekolah yang bombastik!;pKepada para guru mahupun bakal guru di luar sana, sila siapkan diri anda menghadapi homework yang kreatif ini!!hahahaha...cis.Pandai ko expand kan.Hah… Read More
  • Aku menyesal kawin...Assalamualaikum!!!!*semangatJap jap. sebelum korang salah faham dengan amat dahsyat baek korang baca entry ni bagi habis dulu.***********231040.9.3_u … Read More
  • Ni yang nak marah ni.Perkara-perkara yang sering membuatkan kepala aku berasap dan hati bengkak!!!Bila someone jumpa aku marah2 kenapa aku tak pernah jawap call atau reply… Read More

2 Orang Macho komen:

muezz@blaz said...

huhu xpe kak,,, Si B tu perlu bersabar, haha

actly si A tu mgkn xsedar, dy xkan sedar selagi takde org yg sedarkan dy,,,huhu
sbb ap yg sy pham, dy akn melepskn kmarahan dy kt org len gak kn?
bukan hny si A kan? huhu

i like sarang helang,,,haha

syukrihasshan said...

jiwa bercelaru di dalam dunia..hohohoh