Blogroll

Saturday, February 25, 2012

Super duper ceria dan bahagia.

Assalamualaikum.

Setelah seminggu kelas bermula, semangat belajar makin membara. Huahuahua. Kau buang tebiat ke apa fatihah ayat skema sangat ni? (-_-')

Well, aku sedang dalam proses menyesuaikan diri dengan rutin baru. Dan ya, I love it! Kadang-kadang terfikir kenapa dari awal aku tak amik math? Tapi lepas tu aku tersedar sendiri yang semua ni kan dan ketentuan dari Nya.. Kan? Kalau aku tak amik medic dulu, aku tak berpeluang kenal dengan batch medic yang super awesome itu! Hehe..Ayat membodek nih. ;p.

The awesome people.


Sebenarnya kegirangan hari ini disebabkan duit scholarship JPA dah masuk. Maka misteri terbongkar sebab apa mood aku ceria macam kanak-kanak ribena ni.

Dan semalam waktu aku pergi merambu-ramba bersama ex-housemate ke Mines, akhirnya aku berjaya membeli produk muka yang aku idamkan sejak sekian lama. Aku memang target tunggu duit masuk je, then terus nak beli benda ni.


Hado Labo

Produk muka Hada Labo ni mahal gila siot. Dan aku memang guna lotion muka ni dengan amat berjimat-cermat sekali. Target aku supaya produk ni tahan selama 4 bulan. Dan aku ada baca review dari bloggers lain yang guna produk ni kata satu botol tu boleh tahan sampai 4-6 bulan. Sebab tu aku pejam mata beli jugak, walaupun harga dia RM40+ tapi boleh tahan lama. Maka berbaloi la kan? Hehe*pujuk hati sendiri sebab first time beli produk muka mahal macam ni.








Oh ya..aku nak mintak pendapat korang ni. Aku bercadang nak hantar entry Gadis Itu ni untuk pertandingan penulisan kreatif kat kolej kediaman aku. Korang rasa sesuai tak?  Ada perenggan dalam sajak tu yang boleh aku baiki?
Boleh bagi pendapat korang kat entry ni atau terus ke entry Gadis Itu. I really appreciate it!

Kalau menang boleh kongsi hadiah sama-sama. Ecece. Berangan betul kau fatihah! ;p

Have a great weekend everyone!

Till then.. Bye. <3

10 Orang Macho komen:

Bidadari Besi said...

Akakk pandai buat sajak ea? Jealousnyee ><

Miss Guinea said...

haha..akak tak la pandai sangat. baru nak cuba2.
adik pun try la, akak baca blog adik, entry adik boleh tahan tau. mana tahu ada bakat terpendam ke..:)

Bidadari Besi said...

Eh, aka ade baca ke entry adek? Harhar. Bahasa tunggang langgang kodd. Sangatlah tidak menarik ye? Hm, pernah jugak cuba. Tapi mesti berduet dengan kawan. Kalau tak, tak menjadi. Heehe.

Miss Guinea said...

akak baca la..siap komen lagi.:) tapi komen akak mostly masuk spam. akak pun tak tahu kenapa. cuba adik check.

Bidadari Besi said...

Hoh? akak tak pernah komen lah kak :)

Miss Guinea said...

eh, latest entry adik "the beginning' tu akak ada komen. cuba adik check kat comment approval, yang bahagian spam punya.

Bidadari Besi said...

nak tengok macam mane? takde pun.

Bidadari Besi said...

Harhar. Dah jumpe ^^

Miss Guinea said...

huhu... akak punya profile ni ada prob sikit. sebab tu komen akak suka masuk spam. :(

Bidadari Besi said...

kalau akak tak cakap, memang adek taktahu pasal spam ni semua. heehe