Blogroll

Sunday, February 5, 2012

Syukur.

Salam.

Aku kat jitra sekarang. Petang tadi ikut sepupu aku ronda-ronda jitra, hati ini teringat sangat zaman matrikulasi dulu. Once upon a time, aku pernah belajar kat Kolej Martikulasi Kedah, KMK. Dan juga merupakan matrikulasi yang terbaik kat Malaysia. Amboi pandai-pandai je aku bagi statement begitu. Haha. Rasa hati ni membuak-buak je nak melawat ke sana, tapi tak de orang nak bawak. :/

Oh ya, result exam aku dah keluar. Syukur alhamdulillah sangat-sangat, walaupun tak capai target nak semua A. BI dan calculus aku A-. Aku tak terkejut langsung apatah lagi terkejut beruk pasal calculus tu, sebab masa exam tu memang aku tak dapat nak buat satu soalan, yang membuatkan 10 markah terbang secara percuma. Yaa, percuma kau tahu!
Then carry mark untuk calculus aku memang agak rendah nak dibandingkan dengan carry mark subjek yang lain. Itu pun nasib baik tak dapat B. Bersyukurlah fatihah, bersyukur.

Maka untuk ini peringatan untuk diri sendiri, bahawasanya aku kena berusaha gigih lagi untuk subjek advance calculus sem depan.

Dan paper BI aku tu...no komen. Serius no komen. Eh macam retis pulak.

Yang kelakarnya bila bercakap pasal isu result exam ni, bila aku bagi tahu mak aku. Mak aku sebelum ni, walaupun agak redha bila bertukar kos, sekali-sekala beliau akan meninggalkan kata-kata yang berbisa jugak untuk anaknya yang comel ini. Seperti;

Tulah, dulu elok-elok amik kos doktor pergi gatal tukar kos pulak. 

Haha, aku tahu kadang-kadang mak aku hanya terlepas cakap. Yelah, seorang mak hanya nak yang terbaik untuk anaknya. Aku paham.

Tapi bila aku bagi tahu result aku tadi, mak aku dengan drastiknya berkata

Laa....kenapa dulu pergi gatal amik medic?

Pulak? Aku dah gelak guling-guling. Adoi, macam-macam la mak aku ni. :')

Bye.






4 Orang Macho komen:

pha is said...

dah agak dah... tahniah....
(tetiba sedih mengenangkan diri ini.. sob2..)

Miss Guinea said...

Terima kasih..ala faiz, jangan lah macam tu. Kalau kos heavy macam farmasi dan medic ni, kalau dah lulus tu bersamaan dengan 4 flat tau tak.
Aku pernah rasa perasaan tu.

Aku doakan ko berjaya grad dan menjadi ahli farmasi yang berjaya.

Positive mind will produce positive result. ;)

.........cP~ said...

Ex KMK? Changlun ke? Tahun bila?

Miss Guinea said...

aah..tahun 2008/2009. Sama ke kita?