Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, October 7, 2012

Breathless

Nervousssss!!!!

Aku kena buat sushi roti untuk dijual malam ni, untuk subjek keusahawanan. Sorang-sorang. Demmit, aku cuak gila kalau tak jadi. Macam mana kalau tak laku?

Hahaha. Memang low confident level betul la kau fatihah. Stress aku macam ni. Aku kena buat sushi ni sorang2, sebab partner aku ada hal. Wahai partner, cepatlah balik tolong partner mu di sini yang comel! Eh lari tajuk pulak.

Barang-barang yang bakal diproses menjadi sushi.


Antara masalah aku yang paling besar  adalah fear of rejection. Sebagai contoh, kalau aku suka seseorang, aku lebih rela pendam sampai lebam, daripada aku luahkan apa yang aku rasa. Yes, i know it is not a healthy lifestyle!Tapi habit ni susah gila nak kikis. Aku takut nak mencuba sesuatu yang baru, unless aku terpaksa atau ada kawan temankan. *sigh sigh sigh

Minggu depan ada 2 test, dan assignment makin bertambah dari hari ke hari. Walaupun hari ni hari ahad, dada aku sesak bagaikan weekdays biasa yang sangat busy.

Ke sesak nafas ni berikutan JPA tak masuk lagi? Hohoho.


Wednesday, October 3, 2012

Duit oh duit

10.30 pagi, bersebelahan CIMB Bank kampus UPM. Hati sepanas cuaca mentari, setelah kepenatan asyik melihat baki akaun masih di takuk yang lama. Money is not everything, but everything need money. Dan duit JPA tak masuk lagi.

Aku: Assalamualaikum.

JPA: Waalaikummussalam. Ya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?

Aku: Saya Nurul Fatihah, pelajar UPM dalam kos bacelor sains matematik. Kenapa JPA still tak masukkan  duit ke akaun saya, sebab kawan-kawan saya yang lain semua dah dapat duit masing-masing.

JPA: Sebentar ya adik, boleh bagi number 1C?

Aku: 900109..... *sambil kaki kuis-kuis rumput

JPA: Nurul Fatihah..oh, adik ni yang tukar kos tu eh?

Aku: Aah, tapi saya dah dapat official letter kata scholarship JPA saya dapat diteruskan untuk kos baru ni.

Bunyi ketukan papan keyboard.

JPA: Ok, JPA adik memang dapat disambung. Nama adik tercicir untuk semester baru ni.

Aku: Tercicir?* sambil tahan nafas.

JPA: Pegawai yang key in data untuk proses ni tengah bercuti. Mungkin minggu depan baru boleh setel.

Aku: Ooohhhhh....

JPA: Mungkin dalam masa 2 minggu baru duit masuk ke akaun adik.

Aku: erk*sambil melepaskan nafas yang ditahan tadi. Kalau macam tu takpelah. Terima Kasih.

JPA: Nanti kami akan hubungi adik untuk maklumat lanjut.

Aku. Ok.

Telefon dimatikan. Handset dipandang sepi. Rumput yang dikuis tadi agaknya sudah mati. Demmit, mana aku nak cekau duit untuk hidup 2 minggu lagi?


Monday, September 10, 2012

Normal

Assalamualaikum.

Semester baru, azam baru, semangat baru dan kasut baru. eh?

Pejam celik pejam celik, dah habis cuti 2 bulan. Lesen kereta dalam tangan, tetapi lesen motor sangkut. Haha. Sadis. Doakan lah aku lulus untuk ulangan test motor ni. 

Jadual sem ni boleh tahan. Hampir semua kelas waktu pagi. Hari ke-2 start kuliah, aku dah rindu adrina. Waa, rindu nak peluk budak kecik tuh. Rindu nak dengar dia nangis. Haha, bukan aku patut rindu kat family ke? Takpelah, dia mcm anak angkat mak aku jugak. Consider family lah tu.






 Untuk mengubati kerinduan, aku terpaksa membeli bedak baby dan cologne baby yg adrina pakai. ;p




Parah ni, tapi aku memang suka barang baby pun. Kih kih kih.


So, how's life treating you? Aku dah buat antara keputusan yang paling besar dalam hidup. Moga Allah tetapkan hati, dan permudahkan segala. Amin.