Assalamualaikum....phew..lama siot nak tunggu sambungan part two..kih kih.
Baiklah, mari kita sambung cerita..
Selepas itu, Encik fasi(seronok panggil encik fasi je...;p) bagi taklimat sekali lagi mengenai aktiviti yang bakal kitaorang buat sepanjang percutian ini..eh, silap. sepanjang camp ini.
1st day/Jumaat- Water confident, berkayak, snorkeling
2nd day/Sabtu- Jungle trekking, melawat pekan Pangkor, rapelling, barbeque.
3rd day/Ahad- Sambung rappelling.
Best kan? :) Yang aku list ni adalah main aktiviti yang akan kami buat.
Walaubagaimanapun aktiviti kami ni ikut qadak dan qadar jugak la. Maksud aku, ikut cuaca dan kesesuaian. Sebab Encik fasi pesan kalau hujan maybe aktiviti kami akan diubah.
Then, encik fasi menerangkan 1st aktiviti kami. Ice breaking? Aaah, aku pun ingat akan ada ice breaking, kena divide dalam group apa kebendanya. Ala, macam standard camp la kan. Waktu aku pergi camp sekolah dulu macam tulah. Bosan.
Sekali, encik fasi mengejutkan kami. Beliau menyuruh kami cari coral yang dah mati kat dalam laut, bukan tepi laut. Dan kami kena rasa sendiri sama ada air laut tu betul-betul masin atau tak.
Eh?
Yes, yes, yes.....sebab aku malas...kah kah kah.
Tapi serius ke kena rasa air laut betul-betul ni?
Serius?
Baiklah. Maka aku and tpeserta yang lain start masuk ke dalam air...Phew, best gila! Aku dah la jakun lama tak mandi laut. Encik fasi tu suruh cari coral,aku mandi terus...ngeee.
Alang basah tu, biar basah habis kan? Hik hik hik..
Then, aku rasa betul2 air laut tu. Ceh, masin siot. Kawan-kawan aku gelak sebab diorang kata encik fasi tu bergurau jelah. Yang aku pergi rasa betul2 tu sape suruh?
:(
Kena tipulah ni...eh, naif lah aku ni...cis cis cis.
Takpe, at least aku dah buktikan sendiri air laut tu masin. Ianya TERBUKTI kawan-kawan!
Aktiviti kedua kami adalah water confident. AktivitI ini memerlukan kami memakai safety jaket dan baring dalam air. Yeayy!!!
Aku yang baring dengan bersungguh-sungguh. Eh, tak nampak muka la!!!
:0
Sekarang dah nampak muka..lega.:)
Habis je aktiviti water confident, kami diberi masa untuk solat zuhur, makan tghhari dan berehat-rehat sementara menunggu aktiviti petang, iaitu berkayak.
Selepas solat zuhur, aku sambung berjalan-jalan di pesisiran pantai. Aku discover kat teluk segadas ni banyak gila ulat buli..eh, ulat bulu.(-_-')
Ulat bulu yang suka membuli.
Reason aku kata ulat bulu ni membuli sebab everytime kita orang kat sana memang kena alert gila-gila dengan ulat bulu ni. Sebab kalau korang leka je, ulat ni tiba-tiba berada atas kepala korang, kat tangan atau kaki..Ulat bulu kalau kena barehand memang sakit+gatal.
Tapi hidup kena diteruskan. Maka, aku redha je pasal ulat bulu sampai aku pun dah lali.
Aktiviti kayak delayed sebab kayak yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba. Maka, aku dan kawan-kawan aku jalan-jalan lagi, dan duduk tepi pantai sambil termenung jauh ke laut...hahaha, macam orang putus cinta je layaknya..;p
Sedang kami termenung, tiba-tiba datang seorang fasi upm, Iqbal, menyapa kami. Beliau membawa satu bekas yang mengandungi gamat hidup.
Wah, first time aku tengok gamat hidup ni!
Gamat. Hidup lagi tau gamat ni. Yang kat bawah tu coral.
Beliau mengeluarkan qamat tersebut dan memberi peluang kami memegangnya. Cuak gak la aku, geli doh..Tapi aku cuba memberanikan diri, sebab fasi tu kata gamat ni tak mengigit.
Tangan aku ni. Ni bahagian atas gamat.
Bahagian bawah gamat. Yang muncung2 tu mulut dia.
Coral.
Coral ni hidup lagi, sebab still ade kaler. Kalau coral mati akan jadi kaler putih.
Nah gambar aku yang memegang gamat.
Sila percaya sekarang yang aku betul-betul memegang gamat.
POYO
Dalam sesi memegang gamat tu, tiba-tiba bot yang membawa kayak-kayak pun sampai. Yeay, kayak time!!!!
Nak kayak kaler biru!!!!hehe
Sebelum naik kayak kena bergambar dulu.
Aku terpaksa membuat gaya tabik, untuk cover kesilauan yang melampau.
Stylo kan?
;p
Malangnya, gambar aku naik kayak takde. Cis cis cis. Tak sempat nak amik. Sedih la cam ni. Betul aku naik kayak. Baik korang percaya.
Habis je berkayak, kami sambung dengan aktiviti snorkeling. Ini adalah first time aku buat benda alah ni. Agak cuak gak la. Bila pakai google tu, aku sering kali terlupa nak bernafas ikut mulut. Bila bernafas ikut hidung, air akan masuk dalam google tu. Situasi ni membuat aku panik!!
Hehe...dramatik pulak. Tapi lepas seketika, aku dapat menyesuaikan diri...yeayy!! Best dapat snorkeling sebab dapat tengok coral dan ikan kaler-kaler. Betul, aku tak tipu. :)
Tapi sebenarnya jauh di dasar hati cuak, takut kalau-kalau tengah snorkeling tu ade ikan paus datang..haha. Jauh gila aku pikir.
Bila malam, kami diberi rehat lagi. Aku apa lagi, lepas je makan malam, menyambung aktiviti termenung tepi laut, sambil mendengar desiran ombak, dan bayu laut yang menyapa pipi.;p
Cuma kali ini gelap la, dan nampak kapal-kapal lalu. Teringat encik kapal.
Tiba-tiba, tengah termenunng tu, aku ternampak sesuatu berkocak dari dasar lautan...........
Alamak,bersambung lagi. Nanti free aku sambung cerita balik.
Aku nak pergi mandi, Daa..:)
3 Orang Macho komen:
akhirnya berjaya jugak hupdate noo...anda sungguh cekal...hahahahhaa
hahaha...cekal?
i like..;p
sesuatu yg berkocak dalam lautan??? ko nk kata ader elien keluar kew? hahahaha
Post a Comment