Blogroll

Saturday, February 26, 2011

Camping?rupanya seindah percutian...PART 3(akhir)


Assalamualaikum...

Hai hei hoi. Memang dah bersawang blog aku ni. siap reput2 lagi...MySpace

Ni pun aku curi masa jap nak habiskan entry ke pulau pangkor. Tak larat aku nak peram lama2. Nanti dah tak feel. Sekarang pun dah kurang semangatnya.

Tapi sebelum tu,aku bagi amaran entry ni sangat banyak gambar ok. Kalau tak larat nak tgk, sila abaikan. Aku tak kecik hati lah. Tiada paksaan.MySpace

Baiklah, hari tu aku stop kat air berkocak dari dasar lautan kan? Haaaa.. Sebenarnya ada org lempar batu ke dalam laut tu. Sebab tu jadi berkocak. Kah kah kah. Ok tak seram.MySpace

Malam tu memang tak de aktiviti pape, tapi kami diingatkan encik fasi supaya bangun awal esok pagi untuk aktiviti jungle trekking dan melawat pekan pangkor. Malam tu memang aku tido nyenyak la, sebab penat main air. Ulat bulu pun tak dapat mengganggu konsentrasi aku tido..MySpace

Sabtu

Lepas sarapan, dalam jam 9 pagi kami gerak masuk hutan. Sebenarnya tak de lah jungle trekking sgt, Sebab masuk hutan tu kejap je. Hutan tu agak berbukit2. Tak sempat nak tangkap gambar pun, sebab tgk-tgk, eh, dah sampai kampung? MySpace


Tadaa...dah sampai. Tak sempat penat pun lagi.

Sebenarnya jungle trekking ni aktiviti sampingan nak pekan pangkor je. Aktiviti utama adalah membeli-belah di pekan pangkor! Yeaayy!


Sambung jalan2, dan singgah di kota belanda di teluk gedung.

Tinggalan kota belanda. Yang 4 orang ni bukan kota belanda tinggalkan okeh!


Meriam kat tgh tu, nampak tak?


Si Aya yang kusyuk lagi tawaduk membaca sejarah tinggalan kota belanda.




Perjalanan diteruskan ke pekan pangkor. Aku jeles kat penduduk kat sini sebab rumah tepi laut je.MySpace




Eh, hai encik sotong atas batu!!

Dah sampai. Fuh.


Encik fasi berkata:
"Kamu semua diberi masa sehingga pukul 1 untuk berjalan-jalan disini. Jam 1 nanti sila berkumpul di tepi masjid untuk makan dan solat zuhur. Selepas itu kita akan bertolak balik ke teluk segadas dan bla bla.."

Kami berkata:
"Hip hip hooray! Dunia ini kami punya! Jangan sia-siakan peluang ini kawan2 semua!"

Okeh aku tipu. Takdelah kitaorang cakap camtu. Macam kanak2 ribena je gayanya.



Ini adalah jeti ke lumut.
Err, aku lupa la nama jeti ni.


Setelah setengah jam berjalan di pekan pangkor tu, aku and the geng decide nak sewa van ke teluk nipah. Kat sini teksi adalah van yang berwarna pink! Huhu...comel2.

Kitaorang memang membuat agenda sendiri. Kat teluk nipah ni banyak gerai melayu, dan barang dia lagi murah dari pekan pangkor.


Dah penat jalan2 dan shopping, masa untuk makan!
Macam best pulak pekena abc dan laici kang sambil dihembus angin laut.. Mahsyuk!!


Nyum nyum nyum.


Tak pandang kiri kanan atas depan belakang dah...





Kat teluk nipahni jugak banyak aktiviti air. Tetapi disebabkan bajet yang tdk mencukupi dan tidak membawa baju tambahan bersama, maka hasrat untuk bermain air terpaksa dilupakan. MySpace


Jam 12.45, kami bertolak ke pekan pangkor semula. Selepas makan tengahari dan solat zuhur, kami kembali ke tapak perkhemahan.

Petang, kira-kira pukul 4 encik fasi memanggil kami untuk sesi taklimat aktiviti rappelling. Masa mula2 aku bersemangat, sebab aku memang tak tahu ape kejadahnya rappelling tu. Tapi, setelah mendengar taklimat, aku mula cuak. Baiklah, menggigil adalah perkataan paling tepat. Serius.


Macam ni lah rupa rappelling tu dan jangan ketawakan drawing aku.

Aku adalah seorang yang takut pada ketinggian. Site untuk rappeling tu tingginya kira 80 kaki, dan aku tak pernah lagi buat kerja ni. Tak pernah.

Maybe ini masa untuk mencuba.

Maybe tidak.
MySpace

Aarrghh...aku dengan muka yang pucat berbincang dari hati ke hati dengan encik fasi. Cewah, tak boleh blah dari hati ke hati. Takdelah, encik fasi dah pesan, kalau gayat tak digalakkan turut serta.

Fuh, nasib baik. Korang leh kata aku pengecut, tapi aku memang tak berani. Pengecut lah dalam erti kata yang lainnya. Yelah, buatnya tengah turun tu aku pengsan ke, terkencing ke, tak ke haru.

MySpace

Makanya, aku hanya tengok dari bawah dan tangkap gambar.


Jadilah. Maybe lain kali aku boleh cuba, tetapi dari ketinggian yang lebih rendah la.
Hehe..

Habis je aktiviti rappelling dalam jam 6 petang, aku sambung snorkelling. Haaa, yang ni aku berani.*bangga.;p

Malamnya pula sambung dengan aktiviti barbeque. Aku lupa nak tangkap gambar sebab terlalu asyik menikmati makanan sambil menepis ulat bulu sana-sini..(-_-')

Ahad

Aktiviti rappelling disambung bagi sesiapa yang belum sempat join petang semalam. Hmm, aku pulak sambung snorkelling lagi.

Lepas tu sambung termenung tepi pantai sampai tengahhari.



Habis je solat zuhur, kami mendengar taklimat yang terakhir. Agak sedih la jugak sebab kena balik UPM. Gembira sebab dapat berpisah dengan ulat bulu.


Okeh, itulah kisahnya perjalanan aku ke sana. Serius, aku rasa macam bercamping sangat sebab sangat santai. Macam cuti je layaknya. Huhu..

Sebenarnya banyak lagi aku nak cite, tapi masa tak mengizinkan ni. Pro exam aku bakal menjengah lagi 2 minggu, dan exam ni bakal menentukan aku layak ke 3rd year atau tak. Wish me all the best!


Thanks for reading...tabiklah sebab korang berjaya membaca sampai ke akhir sentence ni...ngeee.

Daa~~

4 Orang Macho komen:

Peeka Syuhada said...

envy !!! x sampai pangkor lg.. =p

Pha Is said...

ok la tu... ko fobia ketinggian, aku fobia jarum... adil kan...? hehehehe

Fatihah said...

Shafika Syuhada Rosli

haha..nanti ade masa pergi lah. Best!!!;p

Fatihah said...

pha is

ooooooo...ko takut jarum rupanya. hehe. adil adil.