Blogroll

Wednesday, February 9, 2011

Memohon Doa.

Assalamualaikum.

Hai hei hoi.

Sihat tak korang? Aku harap sihat belaka la semua yang baca, terbaca, tersinggah, stalker atau sesiapalah yang melawat blog aku ni.Ceh, perasan betul ko fatihah!;p


Korang tahu, aku dulu jahil sikit pasal isu keselamatan jalan raya ni, sebab aku fikir benda macam ni tak akan jadi kat aku atau orang sekeliling aku. Aku rasa konon-konon aku berada di zon selamat. Aku just baca isu ni kat paper, komen sambil geleng-geleng kepala bila setiap hari ada news pasal kemalangan jalan raya. Aku seakan lupa yang benda macam ni boleh jadi kat sape-sape je. SESIAPA SAHAJA.

Berikut adalah life experience aku pasal isu ni, yang berlaku kepada manusia yang dekat di hati aku.

1) The first experience aku pasal isu ni, apabila abah aku sendiri accident pada tahun 1996. Waktu ni family kitaorang tinggal kat rumah tokwan belah mak aku. Abah aku kerja sebagai guard di salah sebuah kilang di butterworth. Abah aku balik 2/3 hari sekali, sebab jauh tempat keje dari rumah tok wan aku. Aku tak berapa ingat butiran pasal kemalangan tu, sebab aku pun kecik lagi kot. Yang aku ingat, pada suatu hari tu abah aku balik dengan tangan berbalut dan calar-balar di tangan dan kaki. Aku siap tanya mak aku lagi;

Mak mak, kenapa dengan abah? Abah nak main balut-balut tangan ke? Akak pun nak balut tangan jugak lah! Macam seronok je.

Begitulah pertanyaan seorang anak yang innocent serta cute kepada mamanya.

Then mak aku explain perkara sebenar, yang abah aku accident motor. Alhamdulillah, kecederaan tak teruk. So tak jadilah aku main balut-balut tangan. Kecewa.

2)Waktu ni aku dah habis matrik, dan masa tu aku tunggu surat tawaran masuk universiti. Suatu hari tu, aku terbaca mengenai ex-classmate matrik sem 1, di harian metro.. Arwah kemalangan, dan meninggal di tempat kejadian. Kereta yang kakak arwah pandu terbabas dan masuk sungai. Kakak arwah sempat keluar menyelamatkan diri, tetapi kawan aku ni tak sempat keluar dari kereta, dan lemas. Beberapa hari sebelum kemalangan berlaku, arwah sempat sms dengan aku bertanya khabar. Sangat sedih korang tahu kerana aku dapat tahu hanya melalui surat khabar. Sungguh susah aku nak percaya waktu tu. Macam mimpi. Aku tak berpeluang pergi ziarah sebab arwah dikebumikan di Pahang, dan aku di Perak. Semoga kamu dicucuri rahmat, sahabat..:'(

3) Berlaku kepada Along aku sendiri. Ianya pada tahun lepas, motor yang Along aku bawak berlanggar dengan kereta, di Puncak Alam dalam perjalanan ke tempat kerja. Ralatnya kerana kereta yang Along aku langgar membuat U turn secara mengejut, dan Along aku dari belakang tak sempat nak brek then terlangar belakang kereta terbabit. Along aku tercampak dari motor, dan patah kaki kiri. Kawan along aku cakap waktu tu kaki Along aku ni memang terpusing ke belakang, dan terkulai terus. Along aku dihantar ke PKUM, dan terpaksa dimasukkan besi untuk menyokong along aku supaya boleh berjalan semula. Alhamdulillah, sekarang Along aku dah boleh berjalan sedikit, tetapi masih kena pakai topang.

**************

Kepada pemandu-pemandu sekalian, silalah memandu dengan cermat. Biar lambat, asal selamat. One of my dear housemate aku, berada di ICU sekarang sebab terbabas kerana bawak motor laju. Aku tahu ni semua qada dan qadar. Yes, kalau benda nak jadi, no one can escape. Kalau masuk lubang cacing pun benda tu jadi jugak. Oleh itu, di atas kesedihan dan kerisauan yang aku alami sekarang membuatkan aku rasa nak pesan kat korang semua utamakan lah keselamatan. Aku ulang,

BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT. PLEASE PLEASE PLEASE.

Take it seriously, sebab nanti bila dah kena kat family or kawan baik korang sendiri, masa tu korang akan paham apa yang aku rasa.:'(


Doakan housemate aku selamat. :'(









2 Orang Macho komen:

BuDaK cOmOt said...

hmMM....aku pernah langgar bontot lori kat KL....masa tu aku praktikal kat National Science Center....aku bawak keta daro JB g KL tanpa lesen...

huh!~

Pha Is said...

aq dh dua kali xcident moto.... alhamdulillah, x de pape.... tapi still rsa nk upgrade moto spaya lebih "power"... hehehe