Assalamualaikum.
Walawei, berabuk dah blog aku ni. Kesian dia terabai. Sorry sayang, mama so busy..*gediks.
Korang tahu, aku admit la...my time management memang caca merba sekarang. Serius tak terurus. Dah nak masuk 3rd year sem depan pun, kadang-kadang aku perasan macam baru daftar kat UPM ni, masih ingat minggu orientasi..cehhh,alasan!!!!!
Okeh, sebelum menyimpang jauh, baik aku bawak korang kembali ke jalan yang benar.
Kan entry lepas aku ada letak gambar tepi pantai cun baik punya?Korang dapat teka tak kat mana?
Ape? Tak tengok lagi?Cuba scroll ke bawah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaa!!!
Okeh,dah tengok?Cantik kan?Bagus.
Kat mana aku tadi?
Oh ya, dapat teka tak? Haaa...pandai pun. Pulau Pangkor. Alah, aku tahu sesetengah yang dapat teka tu sebab dah tengok gambar2 kat fb aku..kih kih kih...
Kisah bermula apabila kawan aku ajak join camping under BTN, yang bertempat kat Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam. Agak kelam kabut gak masa nak pergi sebab kitaorang ade miscommunication sikit dengan pihak pengurusan. Tapi alhamdulillah, dugaan dan cabaran berjaya diatasi, and......Pulau Pangkor, here I come!!!
Excited la wei...walaupun aku orang Bidor, dan pelabuhan Lumut hanya kira-kira 1 jam je dari tempat aku, tetapi aku tak pernah berpeluang lagi nak menjejakkan kaki ke sana. Teluk Batik pun tak sampai lagi. So, korang kena maafkan perasaan excited aku yang berlebihan ni. Tambahan pulak, kitaorang hanya perlu bayar RM15 sahaja for everything. Menarik bukan? Masa nak pergi tu, aku memang blurr pasal camp ni. Dalam kepala aku hanya terbayang keseronokan nak pergi Pulau Pangkor sahaja. Yang lain tolak tepi.
Makanya, 10 Feb tu bermulalah perjalanan bersejarah aku ke sana.....Eh, hanya 5 orang peserta sahaja dari UPM. Rupa-rupanya dah sampai sana baru aku tahu MSU pun join sekali.Aku tak tahu pulak kena join venture dengan uni lain. Kan aku dah kata, aku dah abaikan benda lain. Masa tu aku rasa macam nak gi bercuti je.hik hik.
Kitaorang bertolak dari UPM jam 11.45 malam. Sampai teluk batik kira-kira 7 pagi, serentak dengan student dari MSU.
Fuh, aku lama tak tengok laut. Keluar je dari bas, saujana mata melihat lautan terbentang. Aku try sedut udara bersungguh-sungguh kat sana. Cuba menghirup udara masin macam dalam novel selalu sebut...tapi sama je rasa dia. Ceh....buku tu tipu.
.
muka excited yang dicover sebaik mungkin...ngee, malu siot belakang tu ada budak MSU.Karang diorang kata aku jakun pulak. Aku bawak nama UPM ni...
Korang bayangkan,
MSU=45 peserta
UPM=5 peserta...sahaja.
Okeh, jam 8 ketua fasi dari BTN pun sampai. Fuh, mati-mati aku ingat fasi ni student yang join sekali camp ni. Sekali, fasi daaa.... Awet muda siot! Comel lote je muka fasi ni. Nama encik fasi ni Encik Saiful Adri. First taklimat tu, aku ingat beliau ni agak garang. Rupa-rupanya Encik fasi ni boleh dibawa berbincang..hehe. Best2x!!!
Gambar yang ditangkap curi2 masa taklimat sebab ingat encik fasi garang.
Masa taklimat tu baru la aku tahu yang camp ni sebenarnya UKM yang anjur, tetapi disebabkan student UKM sendiri tengah minggu exam, makanya diorang sendiri yang tak dapat join. Kesian tuan badan yang penat buat kertas kerja semua sendiri tak dapat join.*geleng kepala
Jam 10 pagi, kitaorang gerak ke Pulau Pangkor naik bot biru. Kitaorang naik dari teluk batik sebab Teluk Segadas yang jadi camping site lebih dekat dari situ.
selamat datang ke teluk segadas!
Habis je sesi kagum dan terpesona, maka kitaorg pun start membina penempatan di sini. Maksud aku, buat khemah.
eh, khemah diorang dah siap..mana khemah kami???
Oh disini rupanya....Berjaya!!!!
Hooray!!!Khemah siap dibina. Malaysia boleh.
Hek eleh, bina khemah je pun budak ni.Nampak sangat memang jarang sangat join camp ni.
Selepas tu......bersambung.
0 Orang Macho komen:
Post a Comment