Assalamualaikum.
Sesiapa yang kenal aku, tau la yang aku ni sangat sangat sangat suka kan haiwan. Tapi ikut jenis haiwan gak la kan, kalau ular, harimau dan buaya tu dah out of the list.
Aku tak berapa suka haiwan exotic.
Kali ni aku nak list pet yang aku ada buat masa sekarang. Masa hadapan tak tau la pulak kan.Harapnya bertambah la. ;p
1) Kura-kura
Inilah haiwan first yang aku bela masa kat UPM ni. Sepasang kura-kura yang bernama momoko dan kulen. Sebenarnya kura-kura ni aku beli secara share dengan rumate aku di mid valley. Yang jantan, kulen adalah aku punya. Kulen ni tak kuat makan macam si betina, momoko. Disebab beliau kecik sikit dari momoko, kulen ni selalu di buli. Kesian kulen. Kadang2 aku akan memberi amaran keras kepada momoko jangan membuli kulen, Dan rumate aku akan marah aku balik sebab mengancam momoko kesayangan beliau. Begitulah life cycle kami. Haha. Sengal.
2) Hamster
yuka dulu |
yuka sekarang. bulat. |
aktiviti kegemaran yuka pada masa lapang. takde kerja budak ni.haha |
Pet yang ke-2 adalah yuka. Yuka ni adalah hadiah besday aku oleh housemates, disertakan dengan pakej sangkar sekali.Yuka ni masa first dapat kecik je, sekarang dah bulat, perut pun dah 3 lapis. Yuka ni akan makan je apa yang aku bagi, dia tak memilih. Kadang2 kalau dia bad mood, sedap je dia gigit jari aku. Haha..tetapi dia sangat adorable dan suka tidur terlentang. Comel sangat. Sayang yuka.
3) Guinea Pig.
Asalnya, aku start tahu pasal guinea pig kat blog Silampuneon. Then, tergerak hati aku nak beli gp ni as birthday present untuk adik bongsu aku. After sebulan kat dia, mak aku dah bising sebab adik aku ni malas sikit dan tak reti nak jaga. Salah aku jugak la, sebab bagi hadiah tak sesuai untuk dia. Aku beli hamster lain untuk adik aku, gp tu aku amik balik. Kiranya aku la yang bela.
Gp first nama kiki, jenis short haired, american guinea pig. Umur dalam 3 bulan. Aku beli kiki ni kat Sahril Banting. Gp kat beliau cantik dan murah. Kalau berminat gi la usha. Aku sayang sangat kiki sebab dia sangat jinak. Kalau pegang dia, dia akan jilat tangan aku. Kalau dia lapar, dia akan pergi depan cage dan berbunyi2. Aku suka dengar suara kiki, sebab aku rasa comel. Kiki pun tak memilih sangat sayur2, dia akan makan hampir semua sayur yang aku bagi. Kalau lepas dia main2 kat lantai, tak cukup tanah dia lari, then dia akan patah balik masuk sangkar dia. Pandai kan? Haha.. Kiki sangat suka kalau aku bawak dia outside untuk makan rumput.
Gp ke-2 aku adalah ucop, jenis abbysinian gp. Ucop ni aku beli kat midvalley, berumur hampir 2 bulan sekarang. Ucop ni senyap sikit, dan pemalu. Ucop ni suka tidur atas riba aku, sambil aku study, atau baca buku. Si ucop ni sangatlah kuat makan, tapi agak memilih sayur2 yang aku bagi. Ucop ni kalau lepas dari sangkar, dia tak nak dah kembali ke jalan yang benar. Maksud aku, dia tak nak dah masuk sangkar dia balik. Dia akan masuk bawah katil aku atau katil rumate, dan menyorok kat situ. Ade sekali tu, dia menyorok dalam beg balik kampung aku, kelam kabut aku mencari. Nakal sungguh budak ni..haha.
kiki posing maut
Gp aku ke-3 adalah chubby. Chubby ni jenis sheltie gp, seperti yang aku cerita dalam entry aku sebelum ni. Chubby ni masih menyesuaikan diri dengan new environment. Budak ni pun kuat makan. Huhu.
Ni pet ke-4 aku..hahaha. okeh tipu.
Ni kat tempat juat rabbit kat convo fair tahun lepas. Sangat comel la rabbit ni, tapi nak bela macam melampau la pulak kan. Nanti jadi zoo pulak bilik aku. Fuh. Tapi satu hari nanti aku nak bela gak arnab ni. Tak tahu la bila satu hari nanti tu. Haha, bajet kalau dah jadi doktor nanti, ko ade masa ke dengan pet semua ni fatihah??
Aku suka sangat bela haiwan ni, sebab aku rasa macam melatih diri aku bertanggungjawab. Yelah, kalau dah decide nak ada pet ni, kena lah take full responsibility. Jangan separuh jalan je. Ni pun makhluk Allah, kena jaga and treat mereka elok2. Kena sayang sepenuh hati. Kena spare duit untuk makanan dan medical fees in case kalau mereka sakit. Kena alert dengan kesihatan dan behaviour haiwan yang korang bela.
Bela haiwan bagi aku macam satu terapi, latihan untuk aku. Dan aku boleh rasa aku ade bond yang kuat dengan pet aku, sebab aku dah anggap pet aku ni macam kawan dan anak aku sendiri.. x)
Sekian, thanks for reading.
Bye.
0 Orang Macho komen:
Post a Comment