Blogroll

Tuesday, May 17, 2011

Aman itu bahagia.


Aku manusia yang cepat jemu kamu tahu. Adakah itu menjadi satu kesalahan? Aku tak tahu. Yang pasti, sikap aku ini menyakitkan hati orang lain. Seperti sekarang, apabila aku berkawan dengan ‘seseorang’, pastinya berlainan jantina, aku akan jadi cepat jemu jika aku tidak diendahkan. Ataupun, dalam erti kata lain, seseorang itu sibuk. Sibuk dengan kerjanya. Aku akan jadi end up dengan ke- fed up yang melampau, lantas memutuskan untuk tidak mahu berbalas mesej, mahupun menjawap call.

Ya, aku manusia yang tidak bertimbang-rasa. Aku akui, dan tidak bangga. Tapi mengertilah bahawa aku mahu sendiri, sebab sendiri itu adalah aman untuk aku. Aman dari mesti memberitahu apa kegiatan aku, apa yang aku fikit hari ini, aku dah mandi ke belum...oh my, its boring u know. I am to tired, to answer that kind of question. Seriously. Takde ke manusia lain yang rasa apa aku rasa? Atau, adakah aku manusia yang paling rugi, sebab tak tahu menghargai?

Aaargh..persetankan. Kepala aku dah sarat dengan masalah sendiri, kenapa mesti difikir yang tidak pasti. Aku percayai, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Dan kepada kamu, aku tak pasti kamu baca atau tidak blog ini, aku minta ampun, dari hujung rambut ke hujung kaki. Sesungguhnya diri ini adalah insan kerdil yang tidak tahu mengawal rasa di hati, Moga kamu ketemu perempuan yang lebih baik. Seribu kali lebih baik dari aku. Sebab diri ini insan yang mempunyai seribu satu kekurangan, maka berpalinglah.

Aku tidak tegar memberi harapan palsu.

Betul la kata orang, single is simple.

Yeayy, single single single...*macam orang gila.

Aku aman disini, maka jangan diganggu gugat ketenangan aku kerana aku sendiri seperti laut yang tengah bergelora..hahahaha. hak tuih. Ape kejadahnya fatihah?


Eh, aku rasa aku dah kena sampuk hantu kesusasteraan la 2-3 minggu ni. Entry aku semua semacam je. Hahaha.









0 Orang Macho komen: