Assalamualaikum.
Berabad rasanya tak update blog. Aku tak tahu nak tulis apa, memandangkan keadaan aku yang tak berapa stabil sekarang. Banyak benda yang berlaku, tapi tak tergerak jari jemari ni nak menaip nak meluahkan rasa, seperti keras hendak bercerita.
Aku dah bukan diri aku rasanya.
Haha. Manusia berubah, itu lumrah alam la kan. Sama ada berubah ke arah lebih baik, ataupun ke dark side.
Anyway, sebelum aku melalut lagi, aku nak memperkenalkan ahli keluarga aku yang baru.
Memperkenalkan, Encik Chubby!
Chubby yang sgt chubby
Chubby ni aku adopt daripada seorang pecinta haiwan jugak. Aku kenal beliau kat fb.Asalnya beliau nak jual je Encik Chubby ni, dengan harga RM180. Aku berminat jugak, tapi memandangkan aku pun takde duit masa tu, aku macam pandang je guinea pig ni dengan mata bersinar2 penuh gemerlapan. Mr Jason pemilik gp ni ade 18 ekor gp lain di rumah beliau! Wow, is that great? Kan bagus kalau aku dapat cari pakwe macam ni...haha, lari tajuk nampak. Nasib baik mr jason ni chinese..;p
Mula2 mr jason ni nak reservekan untuk aku, tapi aku terpaksa menolak sebab aku tak duit lagi masa tu. Tambahan pulak aku tgh bz dgn exam. Dan berjanji nak contact dia after setel semuanya. Then, tetiba dia mesej,
u nak tak gp i kalau i bagi dengan harga RM60 je?
Aku pun wow, betul ke ni?Sambil terlompat-lompat suka...haha. Best giler arr, sebab kalau kat luar mahal kott..sebab gp ni jenis sheltie(bulu panjang)Dalam RM200-300 jugak la kalau kat pet shop. Aku pun taanpa ragu2 terus say yes kat dia dengan hati berbunga-bunga seperti dilamun cinta. HAHAHA. Aku kalau bab haiwan ni memang suka sangat la..aku tak tahu nak habaq macam mana.
Mr jason ni ajak aku jumpa kat bukit jalil pada 19 mei lepas untuk collect gp ni. Dan dengan rasminya pada hari tu aku menamakan gp ini CHUBBY sebab dia tersangat-sangatlah chubby! hik hik.
Chubby syg mama
Aku rasa cukuplah 3 ekor gp aku setakat ni. Walaupun aku rasa nak bela banyak2, tapi keadaan tak mengizinkan. Sob sob.
Sekian, thanks for reading!
6 Orang Macho komen:
lepas bela semua tu..bukak terus kedai haiwan..hehe
hahaha..tak nak. sayangla nak jual ;p
x pe la.. ko amik major medic ngan minor vet... hahaha
hye. boleh tau x fb mr.jason tu ape? :)
anon
ni fb mr jason;
http://www.facebook.com/mypetdays
thanks :) gp u ade 3 ea? jantina ape? i ade 2 gp, jantan, breed abbysinian :)
Post a Comment