Blogroll

Friday, December 2, 2011

Nama itu

Dia berlari. Dari kejauhan bas membunyikan hon berkali-kali, menggesa pelajar-pelajar yang lewat sepertinya supaya menepati masa. Di dalam hatinya menyumpah seranah kerana lena yang panjang, menidakkan dia supaya bangun awal hari ini seperti kebiasaannya. Bedebah. Ungkapan itu terkeluar dari mulut, menambah dosa dibahu kiri.

''Hah, semput..boleh kurus gua macam ni hari-hari.'' Ungkapnya perlahan, sambil duduk di seat bas yang kosong.

Sedetik perjalanan bas menuju ke fakulti, dia hanya berfikir perancangan sepanjang hari. Assignment, revision, lab report, dan tutorial. Semuanya di susun mengikut keutamaan.

Dia terperasaan kehadiran manusia di sisi. Seorang lelaki. Lelaki itu menguntumkan senyum, dan dia membalas denga hambar.

Hai, tak naik basikal hari ni?


Eh? Kita kenal ke?


Awak tak kenal saya. Tapi saya kenal awak.*ayat klise.


Err, kau siapa?


Boleh panggil doe. 


Do?


D.O.E... Doe.*senyum

Hah, nama sebenar kau apa? 

Diam.

Dan mata dia menangkap nama di kad matrik lelaki itu.

Oh, DOLLAH..... Hahahahaha.


Bas itu berhenti. Lelaki itu bangun tanpa menoleh, meninggalkan dia ketawa tanpa henti.


image




Sejak itu mereka tak pernah ketemu lagi.









6 Orang Macho komen:

Norfa said...

SamDOEl datang.. hahaha..

Contest Pandrvie 8GB .. anda bakal memiliknya.!!

Azzah said...

ha..ha..bengang je llaki tu..:)

Fatihah Mustapa said...

Norfa

Haha..aah, teringat cerita pramlee samdol samseng kampung selamat tu..

Azzah

Haha, mesti la dia bengang,ketawa yg agak melampau kot.. hehe

Pha Is said...

nama sedap2 last2 tinggal DOE je..??? ape daaa.... aq siap teringin nk buh nama ank aku nnti "abdullah".... dia pulak malu ngan nama tu....

Fatihah Mustapa said...

tau takpe.. aku bukan gelak pasal nama dia dollah, aku gelak sebab nama samaran dia tu..fuh, kenapa la nak malu dengan nama sendiri.

Nurul said...

ingat DO=bodo..

haha...adoi,..sape tu