Blogroll

Sunday, May 1, 2011

Update ke book fair PWTC.

Assalamualaikum.


Hari jumaat yang lepas, aku telah dipaksa ke book fair pwtc. Ecece, ayat nak dramatic.

Tak delah dipaksa, rela je I ikut..(miza jangan jeles..;p)

Tapi berbekalkan RM50, pemergian ke book fair tersebut hanyalah mencuci mata semata2. Scholarship tak masuk lagi. Makanya hanya meneman cik housemate zati, membeli-belah disana.

Kitaorang keluar dalam jam 9, nak bas-komuter-lrt and tadaa.....dah sampai pwtc. Dalam kul 10 lebih cam tu. Sebelum membeli-belah, aku menasihatkan cik izati dan cik ama supaya mengisi perut terlebih dahulu. Baru ade tenaga nak berjalan sepanjang hari. Kalau tak nanti pancit cepat. Ngeh ngeh.

Dan mereka setuju, tanpa berdolak-dalih kerana masing2 sudah kelaparan. Haha, ape lah aku ni. Yang tu pun nak cerita.

Well, kami ke McD the mall, sebelah je pwtc tersebut. Cik zati kepingin nak makan breakfast McD yang hangat diperkatakan dalam tv. Dan beliau dengan baik hatinya mengofferkan nak belanja aku dan cik ama. Hoyeh2. Aku menggangguk dengan laju2 tanda bersetuju. ;p




Cik zati yang baik hati. *bodek. haha

Pas mengisi perut, kami bergegas ke pwtc. Orang punyalah ramai. Destinasi pertama adalah karangkraf, masuk2 je cik zati terus hilang. Aku dan cik ama tercangak2 disitu.

Cik ama: kita nak kemana ni?

Aku: kita tengok jelah buku and majalah yang ade kat sini.

Cik ama: Ko nak beli tak?

Aku: Mana ade duit seh..aku nak beli komik je..ahaks. eh, buku ni cantik, cepat tangkap gambar aku. Mana tahu bertambah comel ke.



bajet comel..haha. perahsantan.sekian


Cik ama: (-_-‘)



Disebabkan cik zati masih membelek2 novel yang ade, aku dan ama keluar untuk ke booth yang lain.
Bila aku lalu booth lingua phone, seorang abang yang kiut telah menahan aku. Eh, abang ni nak mengorat  ape?-kata aku dalam hati

Abang kiuthaa..adik, meh abang nak terang pasal english language..bla bla bla..

Aku: ..........ceh.

Tapi aku dengar jugak penerangan beliau. Haha.

Habis je abang kiut membebel, aku terus cabut ke booth lain. Dan ternampak booth yang di cari2, iaitu GEMPAK.

Bersinar2 mata aku melihat komik2 yang ade.

Dan terus sambar 2 komik gempak, 1 komik lawak cambest. Yang tu je aku minat, kalau komik2 cinta ni aku tak berapa layan sangat. Tapi kalau lawak kampus memang aku suka. Suka sesangat. Aku sanggup beli majalah gempak ni, semata2 nak baca komik strip lawak kampus dalam tu je.



Ngee...gembira2.
Dapat beg yang comel pulak tu.

Habis je aku bayar komik2 tu, tetiba akak yang jaga booth tu kata:  kartunis2 gempak akan datang esok, adik datang la lagi.

Aku : hah....ala...x(

Takpelah...tak de rezeki. Kalau tak leh jumpa keith, yang buat cerita Lawak kampus ni.

Malu gak nak mengaku budak medic ni, pergi bookfair tak beli medical book pun. Beli komik je..adeh.

Kenapa la book fair ni buat waktu scholarship tak masuk lagi.

Takpelah, kita tunggu next year. x)

8 Orang Macho komen:

Syuk Ry said...

smlm g last min.. smue kedai stok dh packing dh.. T.T
film review : THE ROOMMATE

syukrihasshan said...

hahahaha..beli komik ja..adoiii...

Fatihah Mustapa said...

la..ye ke. huhu. takpe2, nanti next year leh pegi lagi. x)

Fatihah Mustapa said...

tak de duit la encik syukri..haha. ;p

Anonymous said...

ow yeh ! gempak starz :)

Pha Is said...

aq tringin sangt2 nk pi sbb time tu ada jualan pertama utk novel "permata bidadari", novel siri ke-5 dari novel bagakan bidadari by ramlee awang murshid...
hdayah x pi kew? kalau dia pi mungkin dia akn beli sbb dia pon pminat penulis tu... heheheh

Fatihah Mustapa said...

nur dhiya' aida

haha..anda pun minat ke? sama lah kita. x)

Fatihah Mustapa said...

faiz

dayah pegi gak. aku tak sure la beli atau tak.haha. kena tanya dia. xD