Blogroll

Thursday, January 3, 2013

Pakcik Teksi.

Hooray!!Dah lepas satu paper, linear algebra petang tadi. Rasa gembira tu macam dah habis exam pulak. Hehe. Alhamdulillah boleh jawab smoothly..eh betul ke frasa tu? Gasaklah.

Okay, nak cerita pengalaman aku naik teksi baru2 ni.

So far sepanjang hidup aku kat UPM ni, kerap jugak lah aku amik teksi bila balik dari rumah ke UPM. Dari puduraya, aku naik lrt sampai station Sg. Besi. Dari situ aku akan amik teksi terus ke UPM Serdang. Nak jimat masa kononnya. Tapi duit pun melayang lah naik teksi kan. T_T

Nak dijadikan cerita, balik baru ni aku pun naik teksi macam biasa. Then, pakcik teksi yang bawak aku ni dalam lingkungan umur 40-an kot.

Biasanya kalau naik teksi, driver teksi yang aku jumpa selalunya agak ramah gak la. Tanya asal mana, amik kos apa, bla bla bla...

Tapi, driver teksi hari tu agak pelik sikit.

Driver Teksi: Adik orang mana? 
Aku: Perak. 
Driver Teksi: Perak kat mana? 
Aku: Bidor. 
Driver Teksi: Eh, sama lah kita. Saya orang Langkap
Aku: eh excited pulak Pakcik nih.*dalam hati. Berani ko nak cakap depan2? Haha
*perbualan dipendekkan. Sebab aku tak ingat. Banyak sangat formula Linear Algebra dalam kepala nih.*alasan. hehe

Driver Teksi: Adik dah makan? 
Aku: Dah
Driver Teksi: Alaaaa....baru ingat nak ajak adik gi makan
Aku: Err..
Masa ni dah sampai betul2 depan kolej kediaman aku.

Aku: Berapa tambang Encik? 
Driver Teksi: RM15. Nah ini kad saya 
Aku: *amik kad, terus hulur duit. 
Driver Teksi: Eh adik, saya dah bagi no tel tu, kalau nak kemana2 nanti telefon lah ye. Nak kemana2 pun saya boleh bawakkan.*memang ayat beliau sebijik 
Aku: Ok encik, terima kasih. 
Driver Teksi: Eh jap2. Saya dah bagi no tel ni, adik tak bagi no adik pun. Esok free? Jom lah saya bawak pergi makan
Aku: ........er.. Haha*gelak tak ikhlas 
Driver Teksi: Ketawa pulak dia. Saya serius nih. 
Aku: Ok, terima kasih encik.*sekali lagi. Amik barang tutup pintu teksi, lari masuk kolej.


Pergh, first time aku kena dengan pakcik teksi sebegini. Mulalah aku cuak naik teksi lagi lepas ni.

Kepada pembaca sekalian, berhati-hati lah naik teksi. Nasib baik aku dapat pakcik teksi yang terlebih ramah je. Ada sesetengah kes kat paper aku baca, yang siap kena bawak lari dan rogol pun ada. Ya Allah mintak simpang.

Kena cari pepper spray untuk keselamatan.


Ke nak bawak pisau rambo dalam beg? 
 
 


4 Orang Macho komen:

pha is said...

daripada pisau rembo, aku lebih prefer kerambit.. hehehe

Fatihah Mustapa said...

kerambit? apa tu?


okay aku google sekarang. haha

Aiesyah Mohd Isa said...

kdg2 pak cik teksi mmg macacm tuh ! naik meluat betul dgn sikap depa !

Anonymous said...

Mintak nombor teksi?