Blogroll

Friday, February 4, 2011

Abah aku dan fb.

Wah wah wah, enak sungguh aku bersenang-lenang ditambah bermalasan di rumah bagaikan tiada exam sem ini. Well, aku mempraktikkan frasa rumahku syurgaku..Maka, marilah kita bersuka ria!!!!kih kih kih.

Seolah-olah aku telah hilang daya ingatan mengenai Pro Exam yang bakal tiba awal bulan mac nanti..*sigh

Aku bawak balik note sebenarnya. Note cardiovascular system. Adalah menjadi niat suci murni aku membawa notes setiap kali pulang ke rumah terchenta, namun malangnya setiap kali hanya beberapa helai je yang berjaya diimbas.

Tapi niat itu penting, walaupun sekadar niat tetap dapat pahala kan? Hehe..


************

Sape tak pernah ade facebook angkat tangan?

Oh, tiada tangan yang diangkat. Baiklah, aku pasti semua orang yang baca blog aku ni ada facebook. Kalau tak pun PERNAH ada facebook, dan sekarang korang dah diactivate.

Aku bukan nak kondem isu facebook disini, mengatakan facebook tu melalaikan atau buang masa apa semua. Bukan bukan bukan. Isu tu dah basi. Tambahan pula aku pun pernah jadi user facebook yang tegar satu ketika masa dahulu. Dulu la, sekarang still gak guna, nak promote entry dan update pasal group medic. Tapi tak sekerap dulu. Even sekarang aku lebih kerap bukak blog daripada aku bukak facebook. Eh, penatlah taip facebook je. Skema betul. Kita pendekkan kepada fb..;p

Yang menjadi isunya disini, apabila aku dah mula jemu dengan fb ni, tiba-tiba abah aku yang tersayang minta diperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai fb. Baiklah, selaku anak yang selayaknya, aku bercerita la sejelas yang aku mampu. Beliau berminat dan meminta untuk ada akaun fb sendiri. Tapi aku menolak secara baik untuk membuatkan akaun fb untuk abah aku. Bukan ape, aku cuma tak nak abah aku terpengaruh. Baik tak niat aku?;p

Tambahan pula rumah aku mana ada komputer. Dan abah aku pakai handset yang biasa-biasa je waktu tu.

Namun niat abah aku tidak terbantut sama sekali. Bila along aku memberi handset ape-ntah-jenama yang jenis touch screen dan boleh connect dengan internet, azam abah aku untuk ada fb sendiri semakin membara. Bila along aku accident dan patah kaki, maka keadaan along aku dirumah dimanfaatkan sepenuhnya oleh abah aku untuk belajar membuat akaun fb sendiri.

Aku hanya tersenyum apabila di suatu petang yang hening di UPM, abah aku call aku semata-mata untuk memaklumkan aku yang beliau sudah ade akaun fb.

Baiklah, aku mengharapkan abah aku memanfaatkan akaun fb tersebut dengan sebaik-baiknya.

Memang pada mulanya ia menjadi seperti yang aku harapkan. Abah menggunakkan fb dengan sebaik-baiknya untuk contact balik dengan sahabat-sahabat lama beliau.

Tetapi, menjadi isu di sini apabila bila abah aku sudah mula pandai mengupload gambar. Kronologi gambar abah aku dari kecil sampai sekarang sudah pun di upload. Takpelah, itu hak abah aku la nak letak gambar beliau sendiri. Dan, gambar kami ahli keluarga yang lain pun diupload juga. Masalahnya disini, gambar aku di zaman tak berapa cute +serabai+selekeh pun turut diupload...waarghhh!!!apekah? Serius tak cool la cam ni..grrrr.

Nak dimarah abah sendiri. Maka aku berada di dalam keadaan yang dilema.

Aku tak tau sama ada orang lain mengalami apa yang aku alami.Tapi pada aku, gambar-gambar yang diupload oleh abah aku tu selayaknya menjadi private collection je. Aku pun dah delete kot kebanyakkan gambar aku kat fb tu.Sesetengah je aku still publish. Aku menjadi manusia berhati-hati since aku terbaca beberapa artikel mengenai gambar kat fb ni.

Setelah berfikir secara waras, maka aku decide nak slow and soft talk dengan abah aku. Fuh, nasib baik abah aku faham. Dan beliau dah delete beberapa gambar yang kureng sesuai.

Memang nasib baik kerana aku memang tak nak berbalah dengan abah aku pasal hal-hal macam ni. (-_-')

Kalau korang pulak macam ne?




3 Orang Macho komen:

Ḏαᾔṧα said...

lorh ingtkn abh stalk anak die.. upenye tidak.. hihihi. saspen jek

Fatihah said...

dansa

eh, saspen ke?hahaha..aku tak berniat pun untuk buat entry saspen..;p

nurhamizahzuri said...

tadi aku tgk profile amirul..kawan dia bg link blog....link blog note untuk medical student..aku teringt ko...nie..ha link dia
http://medicalppt.blogspot.com/