10.30 pagi, bersebelahan CIMB Bank kampus UPM. Hati sepanas cuaca mentari, setelah kepenatan asyik melihat baki akaun masih di takuk yang lama. Money is not everything, but everything need money. Dan duit JPA tak masuk lagi.
Aku: Assalamualaikum.
JPA: Waalaikummussalam. Ya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?
Aku: Saya Nurul Fatihah, pelajar UPM dalam kos bacelor sains matematik. Kenapa JPA still tak masukkan duit ke akaun saya, sebab kawan-kawan saya yang lain semua dah dapat duit masing-masing.
JPA: Sebentar ya adik, boleh bagi number 1C?
Aku: 900109..... *sambil kaki kuis-kuis rumput
JPA: Nurul Fatihah..oh, adik ni yang tukar kos tu eh?
Aku: Aah, tapi saya dah dapat official letter kata scholarship JPA saya dapat diteruskan untuk kos baru ni.
Bunyi ketukan papan keyboard.
JPA: Ok, JPA adik memang dapat disambung. Nama adik tercicir untuk semester baru ni.
Aku: Tercicir?* sambil tahan nafas.
JPA: Pegawai yang key in data untuk proses ni tengah bercuti. Mungkin minggu depan baru boleh setel.
Aku: Ooohhhhh....
JPA: Mungkin dalam masa 2 minggu baru duit masuk ke akaun adik.
Aku: erk*sambil melepaskan nafas yang ditahan tadi. Kalau macam tu takpelah. Terima Kasih.
JPA: Nanti kami akan hubungi adik untuk maklumat lanjut.
Aku. Ok.
Telefon dimatikan. Handset dipandang sepi. Rumput yang dikuis tadi agaknya sudah mati. Demmit, mana aku nak cekau duit untuk hidup 2 minggu lagi?
Wednesday, October 3, 2012
Home »
» Duit oh duit
Duit oh duit
Related Posts:
Aku suka merepek macam ni, kan?Pada suatu petang yang hening, seorang budak seorang perempuan yang agak comel duduk di tepi tingkap di biliknya, sambil melihat tupai melompat dari s… Read More
Nilai perbezaan.Hati ni kalau Allah nak balikkan sekejap je. Sebab tu kalau bercakap dan menulis jangan sesedap rasa, kau kena tapis. Apa yang kau cakap dan tulis tu,… Read More
Happy birthday, mom! :D Bangun pagi ni dengan tekak yang perit. Rupa-rupanya sakit ni tak kebah sepenuhnya lagi. Semalam pun waktu pergi downtown memang control diri s… Read More
Aura negatif.Huaargh, finally dah habis kelas dan test untuk minggu ni. Tapi jangan risau, minggu depan ada 3 test lagi yang menanti. Sesiapa hamba Allah yang per… Read More
Jalan-jalan gi I City. Sepanjang semester satu lepas, aku jadi pasif dengan menahan hati dan perasaan untuk merambu-ramba kemana-mana kerana kekangan kewangan. Maka apab… Read More
5 Orang Macho komen:
ko sempit duit sungguh ke? kalau emergency, gitau aku, kot2 aku boleh tolong.. hehehe..
Wah..terharu nya aku.. :'). Takpe, aku leh pinjam duit kwn2 kat sini dulu. Thanks eh. :)
Wah..terharu nya aku.. :'). Takpe, aku leh pinjam duit kwn2 kat sini dulu. Thanks eh. :)
Dua minggu lagi? Satu cabaran yang agak perit tu. Akak kene berjimat sekarang! Tak boleh makan selalu :P
adik, tulah masalahnya. akak kan kuat makan. hahaaha. ;p
Post a Comment