Blogroll

Wednesday, October 3, 2012

Duit oh duit

10.30 pagi, bersebelahan CIMB Bank kampus UPM. Hati sepanas cuaca mentari, setelah kepenatan asyik melihat baki akaun masih di takuk yang lama. Money is not everything, but everything need money. Dan duit JPA tak masuk lagi.

Aku: Assalamualaikum.

JPA: Waalaikummussalam. Ya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?

Aku: Saya Nurul Fatihah, pelajar UPM dalam kos bacelor sains matematik. Kenapa JPA still tak masukkan  duit ke akaun saya, sebab kawan-kawan saya yang lain semua dah dapat duit masing-masing.

JPA: Sebentar ya adik, boleh bagi number 1C?

Aku: 900109..... *sambil kaki kuis-kuis rumput

JPA: Nurul Fatihah..oh, adik ni yang tukar kos tu eh?

Aku: Aah, tapi saya dah dapat official letter kata scholarship JPA saya dapat diteruskan untuk kos baru ni.

Bunyi ketukan papan keyboard.

JPA: Ok, JPA adik memang dapat disambung. Nama adik tercicir untuk semester baru ni.

Aku: Tercicir?* sambil tahan nafas.

JPA: Pegawai yang key in data untuk proses ni tengah bercuti. Mungkin minggu depan baru boleh setel.

Aku: Ooohhhhh....

JPA: Mungkin dalam masa 2 minggu baru duit masuk ke akaun adik.

Aku: erk*sambil melepaskan nafas yang ditahan tadi. Kalau macam tu takpelah. Terima Kasih.

JPA: Nanti kami akan hubungi adik untuk maklumat lanjut.

Aku. Ok.

Telefon dimatikan. Handset dipandang sepi. Rumput yang dikuis tadi agaknya sudah mati. Demmit, mana aku nak cekau duit untuk hidup 2 minggu lagi?


Related Posts:

  • Jatuh hati kali ke-2.Assalamualaikum. Tajuk tak boleh blah. Sila baca sampai habis untuk  mengelakkan salah faham. x) Korang kenal Fida Aishah? Ala, blogger yang cet… Read More
  • Terkejut lihat doktor hospital kerajaan bertugas 34 jamTerkejut lihat doktor hospital kerajaan bertugas 34 jamSAYA bersetuju dengan pendapat 'suami doktor' yang disiarkan pada 13 April lalu bahawa kebajika… Read More
  • Penakut.Adeh...abah aku baca blog aku siot. Ingatkan abah aku pandai main fesbuk je. Rasa tak best la nak terus berblog macam ni. Aku rasa macam nak delete bl… Read More
  • Bertukar!!!Template bertukar kepada putih, untuk mendapat feeling snow white. Tiada motif. Dan header ikhlas dari org pemalas, iaitu aku. Sekian berita hari ini.… Read More
  • The worst condition ever. Rasa nak menangis sebab exam kurang dari 2 minggu dari sekarang. Fine, sebenarnya dah nangis petang tadi. Tiap2 hari. Research yg memeningkan kepala… Read More

5 Orang Macho komen:

Pha Is said...

ko sempit duit sungguh ke? kalau emergency, gitau aku, kot2 aku boleh tolong.. hehehe..

Fatihah Mustapa said...

Wah..terharu nya aku.. :'). Takpe, aku leh pinjam duit kwn2 kat sini dulu. Thanks eh. :)

Fatihah Mustapa said...

Wah..terharu nya aku.. :'). Takpe, aku leh pinjam duit kwn2 kat sini dulu. Thanks eh. :)

BidadariBesi [SYAA] said...

Dua minggu lagi? Satu cabaran yang agak perit tu. Akak kene berjimat sekarang! Tak boleh makan selalu :P

Fatihah Mustapa said...

adik, tulah masalahnya. akak kan kuat makan. hahaaha. ;p