Blogroll

Wednesday, March 2, 2011

Guinea pig, babi yang comel!

Assalamualaikum.

Hari ini berasa macam ada kupu-kupu dalam perut. Sebab walaupun kepala tengah sesak dengan informasi pasal haematology, tapi berasa sangat gembira kerana dapat membeli sepasang babi!

Erk...kasar sangat tu fatihah.MySpace

Adjust sikit.

Berasa sangat gembira kerana berjaya membeli sepasang guinea pig!
Yosh! Syabas mera beta!


Yaa..aku dah ada sepasang kura2, seekor hamster dan sekarang guinea pig pulak?

Kah kah kah. Kalau lah realitinya seindah begitu.

Hakikatnya tidak mungkin sama sekali rumate aku membenarkan aku mengubah bilik kami menjadi zoo. Seekor hamster dan sepasang kura2 sudah mencukupi, kata beliau dengan tegas. :(

Baiklah. Sebenar-benarnya guinea pig yang comel lote ini adalah hadiah kepada adik aku, yana. Adik aku sudah genap 10 tahun pada 10 feb yang lepas. Tapi disebabkan aku kat upm, dan busy dengan studi, makanya aku berpura-pura wish birthday semata pada hari berkenaan dan berdalih bahawa tahun ini tiada hadiah buat si kecik ni.

Well, i am a 'good' sister. Kih kih kih.




Si kecik yang sebenarnya besar.

Aku malas nak janji ape2 kat budak ni, sebab takut dia asyik mengharap pulak. Tetapi disebabkan aku nak balik rumah hujung minggu ni, jadi bolehlah aku beli hadiah untuk dia sekali. Guinea pig menjadi pilihan sebab si kecik ni suka sangat hamster yang aku dapat waktu besday aku yang lepas.

Babi 1

Babi 2.

Korang tahu, sambil studi untuk pro-exam sepanjang minggu ni, aku menyelitkan masa untuk search pasal guinea pig ni. Pada asalnya aku cadang nak beli je kat Pet Wonderland di Mid Valley dalam perjalanan balik hari jumaat nanti, tetapi disebabkan bajet aku yang tidak mencukupi, maka aku menggunakan alternatif lain. Disebabkan aku pun busy dan tiada masa untuk keluar, aku menggunakan mudah.my sebagai alternatif.

Terima kasih kepada entry ni yg sangat membantu aku sebagai user baru mudah.my. Sebelum ni memang aku tak amik port ape kejadahnya mudah.my ni.

Godek punya godek, maka aku decide nak beli guinea pig dari En. Sahril di Banting. Syukur En. Sahril ni menyediakan khidmat penghantaran. Jadi aku hanya mesej beliau, dan tadaaa... beliau baru je hantar sampai kolej malam tadi. Senang doh keje aku.

Eh, tak jugak. Aku kena angkut 2 ekor ni balik rumah naik train. Ho ho ho.

Tapi, 2 ekor hamba Allah ni comel sangat la. Sampai aku kena mengingatkan diri aku berkali-kali bahawa ini adalah hadiah untuk adik aku. Bukan untuk aku. Cis.

Harap-harap adik aku suka. Kalau tak aku akan belasah dia sampai dia suka. Gila ganas punya kakak. ;p

Oh ya, kepada sesiapa berminat silalah ke entry ini. En. Sahril ni memang buat bisnes jual guinea pig dengan isteri beliau. Arnab dengan kambing pun ada.

Okeh, nak sambung studi.

daa~~







Related Posts:

  • Tips menjadikan rumate anda gila.Hai hai.. Kepala aku tengah senget sekarang, (bayangkan aku menaip entry ini sambil menyengetkan kepala) sebab terlalu banyak info mengenai CNS. Maka … Read More
  • Teman Hari Ini.Teman, Terima kasih kerana hadir pada hari ini,Terima kasih kerana ada disaat aku memerlukan walaupun kalian punya masalah sendiri,Terima kasih atas … Read More
  • Main salji???Aku tengah menggigil kesejukan..aku kat England sekarang, tengah melambung-lambung salji sambil bergelak ketawa.........Ok ok, aku tipu.(haha..pang se… Read More
  • Selamat Tahun Baru!!!x)Gambar dari siniSalam Maal Hijrah semua.Bersama mengimbau sejarah hijrah Rasulullah dan para sahabat, semoga teladan baginda terus dapat kita ikuti. .… Read More
  • Luahan dari thalamus..;pNape eh rasa tak bersemangat?rasa nak just ignore note CNS yang berlambak-lambak tu..rasa nak balik rumah..ape yang tak kena?Ni final topic, Fatihah..… Read More

5 Orang Macho komen:

cik FIFFY said...

babi yg comel. hee~ eh2, adek awk pun comel la. geramnye.. hehe

Pha Is said...

nanti kirim salam kat adik ye, "kak fatihah"
hehehe

Fatihah said...

efyna.pinkladies

kakak dia lagi comel..;p

Fatihah said...

pha is

hahaha...cis.
baiklah, 'adik' faiz.
;p

Mrs Nurul said...

cayalah beb dah ade guinea pig !! =)