GILA.
Phew.. ini namanya cakap tanpa berfikir. Tapi dalam waktu yg meruncing sekarang memang aku dah buntu. Rasa nak rebus nota2 yg ada ni, dan bancuh dengan air bandung laici. Okeh, itu dah lari tajuk. Sekarang tgh giler minum air bandung laici, itu je sebabnya.
********
Sape tak pernah bergurau langsung angkat tangan! Nasib baik korang tak angkat tangan. Maksudnya korang pernah bergurau la dalam hidup korang kan. Kalau ada yang angkat tangan tu, aku sarankan jumpa aku dalam 10 tahun lagi, bila aku dah jadi pakar psikiatri nanti. Ecece, memandai je aku. Tak de lah, mana tahu panjang umur aku nak jadi seorang psikiatri satu hari nanti. Hopefully la kan..Sebab ape lain kali lah aku cerita.
Jadi, aku mengaku siap2 pada awal entry ni bahawasanya aku memang seorang manusia yang sensitif. Nak tahu macam mana sensitif aku adalah apabila aku menerima gurauan, sebagai contoh diejek seperti berikut;
''eh fatihah, nak panggil ko fatty la. Sebab ko gemuk.''
Dan ya, aku akan menangis waktu tu.
Takpun bila mak aku membebel bila aku malas nak kemas rumah, mak aku akan amik hanger dan pukul kaki aku, aku akan nangis. Heh, benda tak sakit pun, sebab tak la kuat mana mak aku pukul. Tapi aku sakit hati kena pukul, jadi nangislah.
Tapi 2 situasi di atas berlaku waktu aku sekolah rendah. Sebab sekarang kalau orang kata aku gemuk pun aku akan makan dengan lahapnya dan mak aku off course la tak pukul aku dah sekarang. Dah 21 kot. Boleh mengundi dah. Tak pun ayat bombastik mak aku, dah boleh kahwin dah akak oii, tak sedar lagi ke?(-_-')
Mak aku kata aku dari kecik memang agak dimanjakan oleh abah aku, sebab aku the only daughter among 3 heroes until aku 11 tahun. Maka selama 11 tahun tu bila aku gaduh je dengan along atau adik aku, aku akan dimenangkan oleh abah aku. Mak aku pulak sama rata je.Kalau gaduh, semua dia balun dengan hanger.
Jadi korang leh faham kat sini yang aku bila masuk sekolah, kalau kawan2 aku usik lebih2 aku akan nangis. Aku tak tahan kena ejek. Aku dah biasa kena back up dengan abah aku bila gaduh dengan along atau adik. Bila malu aku nangis. Kadang2 benda kecik je pun. Balik sekolah selalu ngadu kat abah. Hahaha, chilldish sungguh.
Benda ni terbawak2 sampai sekolah menengah, sampaikan kalau kawan aku usik aku terlebih sikit, aku akan cover dengan sehabis boleh sampai aku gi tandas dan nangis sorang2 kat sana. Lawak pulak kalau aku ingat balik. Sikit punya touching la aku dulu. Haha.Sampai kawan2 aku pun notice agaknya aku ni tak tahan kena usik atau dijadikan bahan ketawa secara berlebihan.
Tapi keadaan berubah sedikit bila aku masuk bainun, sebab tinggal di asrama mengajar aku supaya jadi tabah, dan kena kuatkan hati sebab kakak senior dorm aku dulu garang gila. Aku rasa tak larat nak nangis hari2, ditambah homesick lagi, maka di situ memang aku belajar nak kawal perasaan sensitif berlebihan tu. But still, kalau kawan2 aku bergurau secara dahsyat, aku end up dok atas katil dan pekup muka dengan bantal dan menangis sorang2.
Memang pengalaman mematangkan aku jadi seorang yang kuat hati. Cuma sampai sekarang pun, aku jadi tak beberapa gemar kalau orang bergurau secara kasar dengan aku. Kasar di sini bermaksud apabila menggunakan selain kata2, dan menyebabkan kecederaan atau kesakitan pada hati yg paling dalam. Hahaha. Dramatik.
Tapi tak la teruk macam dulu.
Dan kadang-kadang aku sendiri tak sedar yang aku bergurau secara kasar dengan manusia sekeliling aku. Sebab itu kita kena mengamalkan konsep bermaafan dalam kehidupan, supaya hidup dengan harmoni. Ceh, ayat tak leh skema lagi ke. ;p
Nape aku tulis entry ni? Sebab tadi waktu aku tengah mandi dengan riang gembira, tiba2 kena dibaling dengan belon yang berisi air, terkena kepala dan bahu aku. Tup tup dapat idea nak merapu ni. Hahaha. Sebenarnya sakit hati sebab tak dapat nak balas balik.;p
Moral of the story? Aku nak jadi kuat hati dan cekal. Sebab nanti bila dah jadi doktor kena tabah. Tak kan tiap2 hari nak nangis bila kena marah dengan MO bila dah jadi houseman? Takpun bila diri sendiri dah jadi MO(insyaallah) mesti kena tabah kan? Sebab manusia ni karenahnya pelbagai.
Oleh itu Nurul Fatihah, sila lah jadi seorang yang kuat hati, cekal, bersemangat waja, berwawasan tinggi dan bla bla....(tak larat nak tulis)
2 Orang Macho komen:
agak2..ko mesti pernah terasa dengan aku kan?
hahahaha..tak ingat dah. aku cakap secara random je.;p
Post a Comment