Blogroll

Tuesday, March 8, 2011

GUINEA PIG idaman kalbu.

Bila dah kenal guinea pig ni, kerja aku bila boring bukak you tube sambil layan video guinea pig yang comel2!
Antara video yang aku tengok:

Cara nak mandikan guinea pig.




Cara nak kerat kuku guinea pig.





Why guinea pig make a good pet?



Floor time of guinea pig.


Macam mana nak belai-belai dia..haha


Dan video yang paling aku suka:




Korang rasa aku gila tak? Aku rasa aku dah gila. What the fish! Dah jadi stalker guinea pig!

Aku dah suka sangat la kat menatang ni. Macam mana ni. Nak beli poket sudah kering, kena tunggu sem depan baru boleh kot. Sob sob. Aku rasa bersalah pulak guna duit scholarship nak beli benda alah ni. Duit rakyat kot fatihah. Takpe, nanti aku bekerja dengan bersungguh siang malam untuk korang.

Takpun pilihan yang lain cari pakwe yang budiman dan mintak kat dia belikan. Hmm. Boleh dipertimbangkan.

Aku memang tak leh tahan kalau bab pet ni. Godaan melihat pet yang comel lantas mahu memilikinya lagi dahsyat dari melihat baju yang cantik dan buku komik yang kelakar.

Semua benda aku nak bela. Mak aku kata aku dah silap pilih kos. Patutnya aku amik veterinar. Cis. Dah rezeki aku kat sini. Tak kan nak menyesal sekarang. Rasa geram bila mak aku cakap macam tu. Tapi aku tahu mak aku hanya bergurau, betul kan mak?

Korang tahu, aku dulu pernah bela ulat beluncas. Haha..lawak la kalau ingat balik. Sampai abah aku yang jarang marah tu pun marah sebab ulat beluncas berkeliaran keliling bilik aku. Eh, dulu la, waktu aku tak cukup umur lagi. Sebab aku bela ulat beluncas tu aku nak tengok macam mana dia bertukar jadi rama-rama.

comel kan? Suka kaler dia.



Then, waktu aku darjah 2, aku jumpa anak ayam katik waktu tengah tolong mak sidai baju. Comel gila ayam tu. Anak ayam tu sorang2, terpisah dari mak dia. Aku kesian, dan anak ayam tu ikut kaki aku makanya aku amik bawak masuk rumah. Malam tu aku siap tido dengan anak ayam tu. Yeeee, tido bersama atas katil. Innocent kan aku waktu tu. Dah tu tak se sape pun bagi tau aku waktu tu yang manusia tidak boleh tido bersama anak ayam. Esoknya off course la anak ayam tu mati kena penyek. :( Ngeri kalau aku ingat balik kebodohan aku yang satu tu.

Tapi aku tak serik pun nak bela anak ayam pas tu. Sebabnya pas kejadian tu aku beli anak ayam yang kaler2 kat pasar malam.



Dan aku tak tido dah dengan anak ayam tu. (-_-')


Tapi tapi dan tapi sekarang aku nak sangat bela guinea pig. Ni namanya tamak haloba. Dengan 2 ekor hamster dan sepasang kura2, nak pulak tambah pet lagi..

Phew...sabarlah wahai hati. Kalau ade rezeki masanya akan tiba. Yoshhh!

Antara Guinea Pig idaman kalbu.



Bulu kerinting..hoyeh!cutenya!


Tak pun yang ni.Macam rabbit dah rupanya.
OMG SO CUTE!

Macam ni pun leh gak.
Ni dah macam anjing kecik. Huhu. Boleh main sikat2 selalu nih.


Hah, yang ni lagi lagi lagi la aku nak!!
Yang ni memang kebabom la bulu dia. Serius nak yang ni!SERIUS!


Wahai bakal encik pakwe/suami. dimanakah anda? Muncul lah sebentar untuk memberi hadiah guinea pig kepada saya. Lepas tu anda leh pergi dan buat hal sendiri. Hik hik hik. Gila keji ko fatihah..

Baiklah2. Esok kena gi HKL. Nak sambung tenung note sambil dengar lagu rock kapak.

Daa~~



2 Orang Macho komen:

Nurul said...

aku penah bela semut ramai2.

aku penah tido ng anak ayam bnyk kali...dye tak mati pun...ko yg ganas sngt.

knp ko nak g hkl sok..hehehe

Fatihah said...

hahaha...sebenarnya anak ayam tu yg pendek umur. ingatkan aku sorang je yg pernah buat kerja gila tu.
aku kena gi hkl esok nak jumpa supervisor untuk research aku kat sana. nak ikut ke?;p