Blogroll

Friday, March 11, 2011

Ni yang nak marah ni.

Perkara-perkara yang sering membuatkan kepala aku berasap dan hati bengkak!!!



  • Bila someone jumpa aku marah2 kenapa aku tak pernah jawap call atau reply sms dia sedangkan hakikatnya aku tak pernah dapat waima satu call atau sms pun! Derr..u salah no ni. No manusia mana ko call pastu claim sebagai no aku. Aiseh! Gua angin tau tak u marah tanpa usul periksa ni.

  • Bila barang aku dipinjam tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu, pas tu rosakkan dan pulangkan tanpa meminta maaf. Cis, yang ni aku rasa nak pijak kaki manusia tu laju2! Aku tak kisah sangat kalau orang yang bertanggungjawap tu minta maaf. Fine, dah tak de rezeki aku. Aku masih lagi leh bersabar. Tapi bila buat muka tak bersalah tu aku rasa nak emo je. Serius. Sorry la gua memang tak cool brader dalam bab manusia tak reti nak minta maaf ni.

  • Bila aku nak studi, tiba2 ada housemate datang ajak sembang. Takpun rumate sendiri. Haha..yang ni tak la marah sangat sebenarnya, sebab aku pun suka gak kacau diorang..ngee..

  • Bila line internet lembab. En. broadband dah lama off, kesian beliau. Dan pula En. Uspot(nama wifi kat upm) jarang memberi kerjasama kepada aku untuk beronline dengan efektif! Ini adalah satu penindasan! Macam mana aku nak update blog selalu? Fine, aku tahu En uspot suruh aku studi. cis cis.

  • Bila baju banyak nak kena basuh, dan nota pulak setimbun menyamai timbunan baju berkenaan. Mana yang harus diutamakan?(tak yah jawap, aku boleh jawap sendiri..) eh, ni bukan sakit hati. Ni namanya pemalas.

  • Bila tengah homesick dengan amat dahsyat, call mak dan mak kata "akak, call mak nanti la, mak tengah sibuk ni" .............Fine.

  • Bila tengah menyanyi dengan penuh perasaan, tiba member kata"woi, suara ko tak sedap"..... Awat ko jujur sangat wahai sahabatku? Sob sob sob.

  • Bila balik kampung. dan sepupu sepapat dengan pantas berkata "fatihah, ko dah gemuklah"...... Baiklah, saya sedar diri. Fine.

  • Bila mengaku amik kos medic, dan orang bertanya.."wah, dulu spm dapat berapa?" dan aku menjawap"5A je..." dan manusia berkenaan dengan pantas bertanya"eh, macam mana leh amik medic ni? Mesti anak orang laoded kan?" Halloooo..ayah aku kerja cleaner hospital je. Aku dapat kos atas usaha aku sendiri masa kat matrik dan dah rezeki aku kat sini. Kenapa soalan anda 'berhikmah' sangat? Ingat kalau tak straight A spm tak leh amik medic ke?



Haisshh..kan dah emo. Sorry aarr, ni amarah aku yang disimpan setelah beberapa ketika. Rasa nak luahkan jap.




Nak minum air bandung laici la. *tiba2




Fuh fuh fuh. Ok, saya dah sejuk kembali.



Chow.


2 Orang Macho komen:

pha is said...

yess..!!! ader geng... aq masa beraya umah sedara mara pon selalu diorg kata aku makin gemuk.... hehehe

Anonymous said...

haha..yang neyh ak terasa cket.. hehehe