Kelas kenegaraan.
Aku duduk di hadapan 3 pelajar perempuan. Salah seorang daripada mereka menyapa aku.
Perempuan 1: Eh, kamu baru masuk kelas ni ke? Tak nampak pun last week
Aku: Hai. Aah, baru boleh daftar kursus semalam. *tersenyum
Perempuan 2: Oh, kenapa lambat sangat daftar?
Aku: Ade masalah sikit.*tersenyum lagi
Perempuan 1: Oooohh. Mesti budak 2nd intake ni. *nada sinis. Baru daftar masuk eh?
Aku: Errr. Lebih kurang la.
Perempuan 2: Oh. Kalau macam tu kamu mesti tak tahu pasal UPM ni lagi. Bla bla bla. UPM ni besar. Bla bla bla. Waktu kitaorang orientasi hari tu habis dah satu UPM kita orang lawat. Bla bla bla. Tulah kamu rugi la dapat 2nd intake ni. * dan akhir sekali mereka ketawa berdekah-dekah. Aku tak faham apa yang kelakar di situ.
Aku masih
tersenyum. Hambar.
Aku: Oh.. thanks for the info.
Perempuan 2: Nanti kalau tak tahu pape tanyalah kitaorang eh.
Aku: Ok.
Mereka masih ketawa.
Perempuan 3: Eh korang ni. Serius la sikit. Kita kena tunjukkan contoh teladan yang baik untuk budak 2nd intake ni. Haha.
Perempuan 3 pun
ketawa sama. Dan aku tak pasti atas sebab apa. Damm. Malas aku nak layan budak2 ni.
7 Orang Macho komen:
Sabar ye dik.. Jurus yang saya ajar tu cuma boleh digunakan ke atas siswa / pelajar2 lelaki sahaja.. untuk siswi, tunjukkan yg adik boleh score walaupun '2nd intake' .. 2nd intake ye? nanti korang tau lah, adik aku ni akan tunjukkan langit tu tinggi atau rendah...
speechless..:')
huhu cian akak,,, over plak dak2 tu,,, ignore je yg pntg senyum,,,hehe
haha...memang senyum je la. malas nak layan. x)
jangan la layan kanak2 tu..hehe
haha. kita kena beralah dengan kanak2. ;p
nanti buli balik budak tu...tau..haha
Post a Comment