Blogroll

Tuesday, September 6, 2011

Public transport.


Assalamualaikum.

Public transport amat penting dalam kehidupan seharian bagi orang yang tiada kenderaan macam aku. Tanpanya kita bagaikan manusia yang patah kaki, sebab larat ke nak jalan kaki 10 km semata2 nak pergi kerja? Atau pergi shopping? Atau pergi beraya? Bukan semua orang mampu punya kenderaan sendiri. Terutama sekali student macam aku ni. Lesen pun takde lagi, apatah lagi mampu nak ada motor atau kereta sendiri. Berangan je lah kau fatihah nak pergi kelas naik mini cooper.

Mukadimah tak boleh tahan. Sebenarnya aku bukan nak story pasal kepentingan public transport atau dalam bahasa melayunya pengangkutan awam. Bukan juga nak story mengenai penjimatan petroleum apabila berkongsi kenderaan. Bukan juga nak cerita aku dah mula diet nak menguruskan badan. Eh, lari tajuk nampak? Hehe.

Focus focus murid-murid sekalian. Sebab disini aku nak cerita mengenai peristiwa berkaitan pengangkutan awam dalam kehidupan aku. Ini adalah kisah benar.*poyo haha

Ok mari mulakan.


 *****

1) Aku tak ingat bila, tapi benda ni rasa macam baru lagi jadi kat aku. Waktu sem lepas kot. Ntah aku tak ingat tarikh yang tepat. Waktu tu aku on the way nak balik rumah, maka aku dengan riang ria naik bas untuk ke ktm serdang, Aku naik bas metro, masuk je hati berkata cantik, seat belakang kosong. Maka duduklah aku di situ tanpa ragu2.

Then, nak dijadikan cerita depan seat aku ada 2 orang indian guy. Takpelah. But, halfway nak sampai ktm tu aku perasan something. Salah seorang Indian guy yang betul depan aku ni tengah menggaru leher dia. Fine. Lantak ko lah nak garu apa pun. Masalahnya, garuan mamat ni tak berenti. Dan aku mula macam kegelian. Sebab mamat ni mengaru macam kurap yang kaler putih kat leher dia. Aku tak tahu apa benda tu. Serius aku tak tahu. Menggelikan sebab hasil garuan dia menghasilkan kepingan putih, dan benda alah yang tak dapat dikenal pasti tu terbang tepat ke arah muka aku. Di tambah pulak kelajuan bas yang agak extreme, menambahkan daya pecutan kepingan putih terbabit. Damn. 

Aku nak tukar tempat duduk, tempat lain dah penuh.. Dalam hati mula tercetus kata-kata yang tidak enak di dengar. Aku merendah diri sehabis mungkin. Bukan rendah diri yang tatabahasa tu, yang ni memang rendah betul.

 Aku bukan nak mengutuk, memang mamat tu tak sendiri tak mintak sakit macam tu, tapi kekurangan sensitiviti beliau mengenai perasaan orang lain di tempat terbuka macam tu amatlah tidak disenangi.  

*****

Kalau tadi pasal bas, ni pulak pasal komuter. Sape yang selalu naik komuter, akan paham perasaan menunggu komuter yang lama, dan berhimpit-himpit di dalam komuter pada waktu kemuncak sehingga tiada ruang untuk menggerakkan badan sedikit pun. Sadis. Tapi alah bisa tegal biasa, siapa yang pergi kerja naik komuter mesti dah lali. But, attitude sesetengah orang yang naik komuter ni kadang kala menjengkel kan. Bukan semua, tapi segelintir. 

Aku pernah lihat ibu mengandung, hampir menangis sebab terhimpit. Waktu tu time orang berpusu-pusu keluar, dan sepatutnya orang yang nak masuk dari luar komuter tu tunggu orang habis keluar, memang dah terang-terang tulis kat signboard kat komuter station tu, sila beratur dan biarkan orang dalam komuter keluar dahulu.Macam tu kot dia tulis.  Siap ada translator ke english lagi. Tapi tak paham jugak. Dan kesian kat pregnant women tu, terjerit-jerit sebab himpit perut dia. Kalau dia terberanak kat situ sape nak sambut? Fuh. 

Kalau ikut peraturan, sesesak mana pun dalam komuter tu, dan semua orang tolak ansur tak kan jadi kes macam tu. Kalau aku ade power masa tu memang aku nak terbangkan perempuan tu keluar dari train. Kesian dia. Dan aku berdiri agak jauh dari beliau. Dah la takde sape yang pelawa dia duduk dari awal sebelum komuter tu berhenti lagi. Consider la wei, ingat senang ke nak bawak budak dalam perut tu? Tapi aku tengok orang sekeliling dia rilek je. Entah la manusia. Nasib baik ade pengawal keselamatan yang perasan, dan bantu menguraikan keadaan. Fuh.

*****

Pasal komuter gak. Korang pernah tengok kan gambar ni?



Hah, mesti tau apa yang aku nak cakap. Terang lagi bersuluh tulis wanita sahaja sepanjang masa. Tapi ada gak segelintir kaum lelaki bermuka tebal join sekali. Salah masuk majlis la bro. Tak reti membaca ke? Tak paham betul aku.Kalau ye pun tersilap masuk koc, pergi la tukar bila dah perasan. Ini buat tak tahu je. Tak yah nak bercerita, memang aku nampak sepanjang masa setiap kali aku naik komuter ni, agaknya  mistaken identiti sendiri, lelaki atau perempuan.

Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita pasal komuter dan bas ni, tapi nanti tulis panjang gaya korang baca sampai habis je. Haha. Kalau rajin nanti aku sambung. Ni lepas gian lama tak update. ;p

 Bye.






3 Orang Macho komen:

pha is said...

aku pon ader experience yg menarik masa aku naik komuter masa aku pi UPM dulu.. hehehe.. nnti aku publish... hahaha

Miss Guinea said...

haha.. sila2. x)

pha is said...

dah siap. ni entrynya : shinigami dalam LRT