Blogroll

Friday, September 16, 2011

Title-less. Haha.

Sekarang perut tengah penuh dengan makanan. Aku pun tak tahu kemanakah azam diet aku telah dicampak? Haha. The real thing is, aku kat rumah sepupu aku, tengah attend open house. Faham-faham jelah, kalau dah nama open house tu, makanan tersangatlah banyak. Dan aku pun termakan makanan yang tersangat banyak itu. Gulp. Baru hilang beberapa kg last week sebab banyak jalan pergi kelas, hari ni gain balik kg2 tersebut. Ah, lantaklah.



Hari ni first time makan apam polka dot yang comel nikat open house rumah sepupu aku ni, tersangatlah sedap! Haha excited lak bagi tahu. Serius sedap. Aku bukan peminat apam pun, tapi apam polka dot ni sangat menarik perhatian dan rasanya pun nyum nyum menyelerakan!

********

Berakhir sudah minggu pertama sem baru ni. Eh, baru first week. Gaya cakap macam dah habis satu sem je. Haha. Aku sangat suka dengan apa yang aku belajar. Untuk sem ni aku amik calculus dan algebra. 2 kecintaan aku tu.

Dan yang tak berapa bestnya, disebabkan aku fail exam medic sebelum ni, aku kena ulang amik subjek universiti seperti titas, kenegaraan, english, bla bla...fuh, again. Dan tidak dilupakan kokurikulum. Rasa macam azab je nak amik balik semua subjek tu. Aku tak boleh nak buat pengecualian kursus, sebab kat sini kalau gagal subjek utama macam medic, dikira gagal SEMUA. Diulangi, SEMUA.

image

Tapi, aku mengingatkan diri aku berulang kali, marilah kita memandang hal ini dari sudut yang positif. At least aku boleh baiki result aku balik untuk subjek universiti tu, sebab sem ni aku target 4.00. 

Oh yaa, minggu ni gak buat record peribadi sendiri, sebab selain berat yang hilang akibat berjalan kaki secara berlebihan, kasut aku yang baru beli tu pun dah jahanam. Sadis melihat kasut terbabit sudah lingkup dengan bergayanya. Dah la beli masa tengah sale....

image

Takpelah, dah takde rezeki.*memujuk hati sendiri..


Lepas ni nak beli kasut macam nilah, baru tahan lasak dan dan tahan berat badan aku ni...MySpace


Oklah, nak pergi sambung makan apam polka dot. Bye.

Related Posts:

  • Gambar 3D yang awesome Ni gambar 3D yang awesome dari china. Source dari tumblr.  Mak aku mesti suka yang ni. Pokok dia byk kat rumah tu. Haha C… Read More
  • Makhluk yang cute Salam. Jam 8 pagi nanti test PHE 2 dan sekarang aku nak share benda cute yang aku jumpa kat tumblr. Oh yeaah!!! lol. cak! aku nak bela owl p… Read More
  • wordless wednesday ~4 Jumpa nassier wahab di R@R waktu keje. Err aku tak minat dia pun. muahaha. Bila nak jumpa bruno mars pulak ni. haha … Read More
  • wordless wednesday ~4 who?? this girl...did you saw the gloomy face on her? This is her in cartoon mood. Bye bye … Read More
  • Soalan cepu emas. Situasi 1 Mak:Akak ni bila nak ade boipren? Carilah sorang, boleh kenalkan dengan mak. Si anak: ...perlu ke mak? Mak: Eh mesti. Tak kan takde ya… Read More

3 Orang Macho komen:

AnisNorzam said...

apam itu amat la comel lagi sedapp :DD

Pendamba Mawar said...

hurm nak komen tentang apa erk...ok satu2.

apam> hurm best tak? xpernah rasa lagi ni

pelajaran> score taw.usaha2.. :)

kasut>ha kasut cam gambar last tu smart..tapi tapak tak berapa nak tahan la.haha

meh komen entri pendamba jugak

cik Rambutan said...

beb, gua tak baca entri lu (jujur). gua tengok apam polka dot tu je dari tadi. bagi kat gua satu. terliur sat. HAHA.