Blogroll

Tuesday, March 13, 2012

Roti Arab.

Usai makan ubat tadi, terus tido dan tak sedarkan diri. Terjaga dari mimpi yang indah disebabkan terdengar pengumuman takde air selama 2 hari mulai esok.

Demam tak demam, baju aku sebaldi terendam dari pagi tadi tak berusik lagi. Apa kejadah pulak nak mengawetkan baju tu selama 2 hari. Maka dengan longai mengagahkan diri ini membasuh baju tengah-tengah malam yang kedinginan ini, berbekalkan sweater dan keazaman di hati.. Amboi ayat tak leh drama lagi ke?haha. Basuh baju je pun.

Anyway, aku kena bangun gak sebab banyak gila asssingment nak kena hantar esok ni.

Disebabkan tak leh nak fokus sangat kerana kepala terasa berpinar-pinar akibat kesan paracetamol*ceh alasan maka blog terpaksa diupdate untuk mengurangkan galau dihati. Eh ada kena mengena ke?

Ahad lepas, semasa di rumah kami adik beradik kelaparan kerana mak mogok masak. Eh takdelah, mak sibuk menjahit amik tempahan kain telekung, dan adik-beradik yang lapar adalah aku sorang je. Lapar pada waktu yang tak sepatutnya.

Maka, setelah menggodek-godek peti ais di rumah dengan sepenuh hati, terjumpa bungkusan menarik ini.



Ya kawan-kawan, roti arab. Pernah makan tak?

Roti arab ini sedap dimakan bersama kuah dalca ayam*entah betul ke aku eja dalca tapi disebabkan aku tiada bakat memasak seperti yang diharapkan oleh ibubapa semenjak dari kandungan, maka aku decide kita gunalah lebihan makan yang ada di dapur sebagai gantian. Ya, tak elok membazir sahabat sekalian*ayat cover.


Ganti dalca dengan lebihan sambal nasi lemak pagi.



Yeah, mari mulakan.*sinsing lengan baju





Kita memerlukan pemanggang ikan ajaib. Aku tak tahu apa yang ajaib, maybe sebab leh bakar macam-macam kota dalam ni. Adik aku kata ajaib sebab bila panggang ikan bertukar menjadi ayam. Haha. Ok, adik aku penipu.*bentakan hati si kakak yang hampir percaya


Letak roti arab dalam pemanggang ajaib ini.


Dan sementara itu panaskan sambal ikan bilis di dalam kuali yang tidak ajaib.


Tadaa..


Sebelum masuk perut.


Ntah pape kunun2 nak buat entry resepi tapi macam memalukan diri sendiri je.Hahaha. Fail2. Kena berguru dengan Anis Amirah lah lepas ni nak buat entry resipi yang hebat-hebat.

Kepala yang tengah berpinar sebegini memang menghasilkan buah fikiran yang 'cukup bernas'. Fuh. Tengok gambar roti arab yang aku upload sendiri terasa perut bergendang2 kelaparan kembali.

Bye.

2 Orang Macho komen:

pha is said...

famili aku, kalau mak aku tak masak, sng je... suruh adik bongsu aku je yg masak. sebab antara kami adik beradik, dia sorg je yg tak duk asrama. so, dia la yg paling banyak experience kat dapur... haeheh

Idati Malek said...

lapaaaa