Blogroll

Friday, March 16, 2012

Aku suka merepek macam ni, kan?

Pada suatu petang yang hening, seorang budak seorang perempuan yang agak comel duduk di tepi tingkap di biliknya, sambil melihat tupai melompat dari satu pokok ke satu pokok yang lain, ditemani suara merdu burung yang berkicauan.

Wah, lama tak buat intro karangan cenggini. Kalau la cikgu bm kat bainun dulu tahu semak intro aku ni, tentu beliau kecewa kerana anak muridnya yang satu ini sudah tumpul skill menulis, yang mana satu ketika murid ini amat suka menulis. Tapi yang pasti, cikgu syuk aka cikgu add math dan math aku mesti bangga sebab aku mewarisi legasi beliau sekarang. Kan cikgu syuk? macam la cikgu-cikgu kat sekolah aku baca blog ni. muahaha.

Today is friday. However there is no fun fun fun like Rebecca Black singing, because I will having a hectic weekend! Wah terspeaking pulak. Banyak gila assingment dan revision yang menanti, ditambah aktiviti kolej menjadikan weekend aku diadun secukup rasa. Oh yeah, next week 4 test yang menanti aku dengan penuh kesetiaan.



Tenangnya aku pada hari ini adalah kerana aku belajar dan bangkit dari kesilapan lalu, dan jalan di depan masih panjang menanti aku.* pepatah yang aku cipta 283 saat lepas.

********

Oh yea aku tak tahu diorang baca atau tak, good luck and all the best untuk budak 2nd year medic yang bakal menduduki profesional exam minggu depan!!! Aku doa semoga semua lulus dan proceed ke 3rd year dengan jayanya, ok. :D

Do the best, have faith and let Allah do the rest.



Ok bye. (>_<)

Related Posts:

  • Jiwa Kacau. Rasa hendak menjerit. tapi tiada suara.Rasa mahu menangis, tapi tiada air mata.Bagai mentari pagi, hadir mahu menerangi semua, tapi malam akan tiba… Read More
  • Aman itu bahagia. Aku manusia yang cepat jemu kamu tahu. Adakah itu menjadi satu kesalahan? Aku tak tahu. Yang pasti, sikap aku ini menyakitkan hati orang lain. Sepert… Read More
  • Bantuan wonderpets diperlukan dari anda!Assalamualaikum. Hai, aku ade hal yang nak mintak korang tolong sesangat ni. Atas nama rakan2 blogger sekalian*ecece, aku nak mintak korang tolong aku… Read More
  • Perkara yang membuat aku senyum lebar-lebar..;pAlkisahnya, pagi tadi, aku tergerak hati nak bukak blog. Dan aku terbaca komen kawan aku; Baiklah. Korang baca entry ni dulu. Klik sini. Dah? Bagus… Read More
  • Mr Chubby.Assalamualaikum. Berabad rasanya tak update blog. Aku tak tahu nak tulis apa, memandangkan keadaan aku yang tak berapa stabil sekarang. Banyak benda y… Read More