Blogroll

Thursday, March 1, 2012

Si Pemalu

Ya Allah, this kid really make me laugh so hard today.


Ni adik aku, baru tingkatan 2 di sekolah asrama. Aku panggil dia paan. 

Alkisahnya, masa cuti semester lepas aku tolong paan ni buat akaun facebook. Yelah, kawan-kawan seangkatan dengan dia hampir semua dah ada akaun facebook. Budak-budak sekarang kan, advance sungguh. Aku dulu waktu form 2, baru nak kenal apa itu dunia internet. Masa tu tengah mahsyuk layan chat kat tutor.com dan MIRC kalau tak silap aku. Haha. Tapi aku tak suka MIRC sebab mostly orang kat situ tak senonoh. Aku suka chat kat tutor.com sebab kat sana semua budak-budak sebaya aku masa itu.

Berbalik ke hujung pangkal entry ni, along aku amik gambar paan ni waktu dia balik rumah hari tu. Gambar paan tak pakai baju tengah studi english. Alah, gambar tu tak sensored pun, nampak separuh badan dari kepala sampai atas pusat sikit je.  Along aku ni tag gambar paan ni kat facebook. Maka semua friends dia boleh tengok la kan?

Then, petang tadi lepas habis kelas aku dapat sms dari paan seperti ini;

Salam kakak boleh tolong paan tak?  Kakak bukak facebook paan padam gambar yang paan tak pakai baju. Kalau tak boleh padam rosakkan je facebook yang tu sebab satu tingkatan dan tahu. Kemudian buat facebook baru untuk paan. Jangan add sapa-sapa termaksuklah kakak.

Serius aku gelak sampai sakit perut dalam bilik masa baca sms ni. Rumate aku jadi saksi.
Jahat kan aku? Hehe

Rosakkan facebook? alala comelnya paan ni...:D

Tapi kemudian aku baru sedar, adik aku ni sejak azalinya pemalu ya amat. Kalau one of family members usik dia dengan mana-mana kawan perempuan, mesti dia bengang sangat-sangat. Haha. Aku la yang selalu usik dia kalau kat rumah. Seronok tengok dia marah sambil kejar aku dan baling barang yang dia mampu capai dalam proses kejar-mengejar tu.

So, tak pelik la kalau dia amat terkesan dengan gambar tak pakai baju tu. Walaupun gambar tu biasa-biasa je.

Kesian dia.

Aku tak sampai hati nak tunjuk gambar tu kat blog ni, walaupun aku nak sangat letak sebagai bukti sebab gambar dia tak pakai baju tu tak sensored mana pun. Maybe kawan-kawan paan ni tengok gambar berkenaan dan sengaja nak menganjing dia. Ataupun maybe paan malu sebab kawan perempuan takpun makwe dia tengok gambar tu. Oooo, paan diam-diam dan pemalu kamu dah ade makwe ye? Hahaha...

Setelah penat gelak sampai sakit perut bila baca sms paan tu, aku pun log in facebook dia untuk untag gambar hot tersebut, dan call along aku suruh dia remove terus gambar tu dari facebook. Along aku pun gelak besar masa dapat tau. 

But I can’t help myself sebab sampai saat entry ditaip pun aku masih tersenyum sendirian macam orang gila mengenang gelagat adikku yang sorang ni. Hahaha. Jahat kan aku?

Paan paan, lain kali akak nak tangkap gambar kamu yang comel bila menjerit dengan bersungguh-sungguh bila nampak lipas kat rumah, boleh tak? Hahahahaha*evil laugh


8 Orang Macho komen:

.........cP~ said...

Adik lelaki saya pun macam tu jugak...Haritu ada seorang budak perempuan datang urut dengan mak, dia terus lari ke rumah sebelah. Malu katanya. Orang tu urut dalam bilik..

Pernah sekali, dia keluar jalan2 naik motor dengan sepupu, seorang budak perempuan tiba-tiba mintak nombor dia, dia buat tak tau je.

Memang adik lelaki macam ni kot. Kalau ada orang perempuan datang tua tau muda, mesti cepat je nak pakai baju. Kalau tak kat rumah...tayang badang kering dia je la.

oops, terpanjang pulak.

.........cP~ said...
This comment has been removed by the author.
muezz@blaz said...

haha kelakar...
*ingatkan td bf dy ;p*

Miss Guinea said...

cp
hahaha..sama la adik kita. :D terutama part tayang badan kering tu.
takpe saya lagi suka komen panjang2. terima kasih sebab selalu singgah sini. :)

muezz
haha..bf? adoi...tak nak letak gambar bf, nak letak gambar husband terus. kih kih.

Miss Guinea said...

cp
hahaha..sama la adik kita. :D terutama part tayang badan kering tu.
takpe saya lagi suka komen panjang2. terima kasih sebab selalu singgah sini. :)

muezz
haha..bf? adoi...tak nak letak gambar bf, nak letak gambar husband terus. kih kih.

pha is said...

ok lagi tuh... kalau takat baling barang yg mampu dicapai... dulu, masa aku kecik2, kak aku usik aku dengan sorang budak pompuan dalam kampung aku. aku amik pinggan kaca, aku baling kat dia... 2-3 pingan jugak la yang aku pecahkan.then, satu rumah aku mengamuk. pastu, sorang pon tak berani usik... hahahahaha

Miss Guinea said...

hahahaha..gila extreme kau!

kalau adik aku buat mcm tu konfem aku tak berani kacau dah. ngee.

Idati Malek said...

hahahahah.....aku nak jugak adiik