Blogroll

Sunday, April 1, 2012

New interest.

Yeay dah habis test 1 yang kebabom ini. Legaa.... tak tahu kenapa aku rasa stress gila test kali ni. Dan soalan semua subjek semua nak bunuh aku. Macam mana dengan impian suci murni tinggi melangit nak dapat 4 flat sem ni kalau test 1 kantoi? haish..haip, merungut ye fatihah. Lempang kang.*monolog dalaman disertai  hembusan nafas perlahan-lahan.

Anyway,  lately aku dah discover beberapa hobi dan interest baru.

1) Aku dah mula berjoging balik. muahaha. tak percaya kan budak debab ni joging? baik kau percaya. Sebenarnya aku rajin gak la berjoging waktu semester 1 kat medic dulu, tapi bila dah makin bizi dan kemalasan melanda dengan dahsyat, maka aku dah stop. sejak itu badan naik seperti di pam2. well, i deserved it. Dah la masa tu asyik makan fast food je. Tapi bila dah tukar kos ni, selepas satu semester aku dah turun 6 kilo beb, akibat banyak berjalan dan takde duit. Current weight rahsia*hahaha malu lah. But honestly, aku dapat rasa stress aku berkurangan bila aku joging. Doa la semoga budak debab ni consistent dengan aktiviti baru yang bermanfaat ni. teehee.

2) Hobi seterusnya, bila aku jalan-jalan aku suka sangat2 pijak rumput kering yang rapuh. Macam tak betul je kan? Hahaha. Suka dengar bunyi daun tu kruk krak akibat pijakan aku. Sampai orang kat depan dan belakang aku waktu tengah berjalan tu pun pandang aku semacam. Yelah, dok pijak2 daun kering tu macam budak dapat mainan baru. (-_-')

3) Next, genre music aku dah beralih paksi 180 darjah. Ni akibat jatuh cinta dengan lagu Avenged Sevenfold yang aku dengar kat blog adik syafiqah yang comel ni. Terus aku suka semua lagu Avenged Sevenfold yang bagi aku agak ganas tu. Kalau sebelum ni, aku cukup pantang dengan lagu-lagu metal. Tapi manusia itu seperti pantai. Haha. Tapi aku boleh layan Avenged Sevenfold je la, group metal yang lain aku masih tak leh terima.




Haha ni lepas gian merepek kat blog sendiri selepas kepala penuh dengan info pasal hubungan etnik. 

Tak sabar nak balik, cepatlah hari khamis!!!!

Till then, bye. :D

7 Orang Macho komen:

pha is said...

smoga ko dapat istiqomah dalam berjoging... aku dah fed up joging.. dulu, masa nk masuk pertandingan silat time cuti ari tu, 2 minggu aku joging. hasilnya, NAIK 6 kilo!!!! tak tau apa yang tak kena dgn badan aku nih.. hahahaha

Bidadari Besi said...

Ehh. blog saya ke tu?? :DDD
Ahaaha. comel lah sangat kan?
Hiihi.
Adek dah bawak perubahan besar dalam hidup akak.
Avenged Sevenfold, foREVer <3

Miss Guinea said...

pha is
aku ada baca kat blog ko hari tu. bila ko last timbang sebelum joging tu?

adik
comel lah. baik mengaku. haha
aah, perubahan besar dari dgr lagu slow ke metal terus. hehe

Bidadari Besi said...

tak comel, so tak bole ngaku.
cikgu kata, tak baik menipu diri sendiri.
ahaaha :D
best kan layan A7X ni? ^^

Miss Guinea said...

okla, kalau tak nak mengaku baik akak je yg cakap adik comel. hehe
aah, best giler! ringtone, sms alert dan alarm semua lagu A7X ni. :)

pha is said...

entah.. tak ingat bila last timbang... yang aku tau, sekarang, aku dah 80+ kg.. hahahah

Bidadari Besi said...

Amboiii! Betul-2 Addicted ni :DD
Ahaaha. Adek punye caller ringtone, Dear God.
Tu pun baru setahun pakai :P