Blogroll

Friday, July 15, 2011

Fuh fuh jampi masa cepatlah berlalu.

Yosh, dah jumaat. Baru seminggu aku start kelas. SEMINGGU??

Oh my, seminggu? Kenapa lambat sangat masa berlalu? Aku rasa macam seram-sejuk memikirkan kelulusan pertukaran kos aku ni. Kat fesbuk mostly tgh kecoh pasal result upu. Aku pulak masih terumbang ambing kat sini.

Lulus atau tak permohonan ni, aku tengah mempersiapkan diri menghadapi semua kemungkinan. Tapi, kalau aku kena teruskan jugak dalam kos aku sekarang, boleh bawak mati woo. Hahaha. Takdelah, maybe aku akan jadi seorang yang mengalami depresi yang melampau kat sini. Beside, ini satu cabaran. Setiap saat dan ketika, aku rasa berdebar2 sementara nak tunggu pengesahan dari bahagian akademik kat sini. Penantian itu satu penyeksaan. Kan?

Dan aku bersyukur budak2 batch medic aku yang baru ni semua ok je. Tak sombong dengan aku yang repeat year ni. Dan aku cuba sedaya mungkin niat aku masuk kuliah tu memang semata2 untuk ilmu je, kalau semata-mata untuk exam memang tak nampak la batang hidung aku kat kelas tu.

Aku tak tahu apa orang yang pikir pasal aku, dan aku tak kisah. Sebab hak masing2 nak berfikir, nak buat andaian. Dah itu memang fitrah manusia. Cuma baik atau buruk andaian korang, itu urusan korang dengan Tuhan.

Isnin ni first test untuk sem ni, hooray!!! Haha, sarkastik.

0 Orang Macho komen: