Blogroll

Saturday, July 16, 2011

Lurus Bendul


6 July. 9 p.m


Pada suatu malam yang kurang dingin, kedengaran sayup-sayup kenderaan diluar rumah. Si anak pulang dari kerja, mengatur langkah yang longlai masuk ke dalam.


Si anak: Assalamualaikum.
Mak: Waalaikummussalam. Hah, akak dah balik.
Si anak: Hmm. (duduk di sofa sambil melihat tv)

Abah keluar bilik lengkap berpakaian.
Si anak: Abah nak pergi mana?
Abah: Abah nak pergi keje la. Budak yang keje malam ni balik rumah tadi.
Mak: Kenapa dia balik? Sakit ke?
Abah: Aaah..sakit dia datang balik.
Si anak: Sakit apa abah?
Abah : Sakit tak nampak.
Si anak : Laa....kesian nya kat dia. Macam mana dia boleh buta?

Bunyi cengkerik.

Abah dan mak ketawa berdekah-dekah.
Mak : Akak, bukan buta lah. Sakit kena gangguan makhluk halus. Kenapa kamu lurus sangat ni?
Si anak: (dengan muka innocent) dah abah kata sakit tak nampak. Akak ingat dia buta.


Pengajaran: Penat bekerja membuatkan kita menjadi lurus bendul.

3 Orang Macho komen:

AesyaZealous said...

hohoo..kalau sy rasenye sy pn igt buta..heheh

Miss Guinea said...

haha... sama lah kita. x)

pha is said...

dah ko kan ex-student medic... mesti la ko x expect penyakit2 yg tak saintfik ni...sbb tu ko terus fikir "buta"... hehehe