Blogroll

Tuesday, September 13, 2011

Sakit tekak.


Assalamualaikum.


Dah  2 hari bermulanya kehidupan aku sebagai *new student* math. Fuh, ulang-alik ke main campus agak memenatkan rupanya. Sementara nak biasa, bak kata orang, alah bias tegal biasa kan. Sebelum ni bila ade kuliah, lagi 5 minit kuliah nak start, baru kelam kabut berlari pecut ke kelas. Tapi sekarang, kalau kelas kul 8, 7.15 dah kena keluar pergi membawa diri menunggu bas.

Hari pertama iaitu semalam, aku memang sesat kat main campus. Baru aku sedar yang upm ni besar rupanya. Sebab aku sesat bagai anak hilang ibu bapa. Haha. Ok tak kelakar. Dan muka aku ni memang ade muka senior kot, sebab budak-budak baru kat sini dok tanya, akak, kat mana dks? akak tahu tak kat mana dk9? Ohoi, aku pun budak baru mana aku tahu jalan kat situ. (-_-')

Tapi yang bestnya aku suka dengan apa yang aku belajar. Suka sangat. Sebab sepanjang kelas tu asyik senyum je. Tak dapat jawab soalan fizik yang basic tu pun aku senyum gak. Tengok soalan math yang macam senang, tapi blurr sebab lama tinggal pun senyum jugak. Dah macam orang gila pun ada. Haha. Terasa macam kat matrik balik. Cuma aku tak amik kimia je kat sini.

Dewan kuliah kat sini agak berterabur, so katakan kelas kau kul 8-9, dan next kelas 9-11 di dk yang jauh nun di sana, kau kena berlari-lari untuk ke kelas tersebut. Fuh, boleh kurus aku macam ni. Hooray!! *tak ikhlas. Tapi nasib baik la jadual aku tak pack, so aku tak la merungut sangat. Haha

Dan petang ni tekak aku sakit, sebab aku rasa aku memang kurang minum air 2 hari ni. Ditambah pulak cuaca panas. Badan terasa seram sejuk. Hoho, nak demam ke? Takpe, cobaan...

So, korang doa je lah anak manja ni cepat adapt dengan new environment kat sini. Chow.

Related Posts:

  • Tuan PuteriAssalamualaikum w.b.k Dagu rasa panas sebab tadi potong cili api, lepas tu secara tak sengaja terpegang dagu sendiri. Mak aku kata, tangan aku ni tan… Read More
  • Broken HeartMak: Akak, kawan kamu, Z tu dah beli kereta. Aku: Owh.. Mak: Lawa kereta dia, myvi putih. Best la mak dia, senang nak gerak gi mana-mana. Aku: Hurm… Read More
  • Cuti cuti cuti. Assalamualaikum w.b.k Wah, sudah genap seminggu aku bercuti. Ini adalah fasa menggemukkan badan dengan tidak sengaja. Huh. Setiap hari bangun tido… Read More
  • Assignment= Telekung ZaifaMy mom asked me to create website for her telekung business. Whoaa.. Feel like assignment MGM during holiday! Haha Anyway, within a night i manage to… Read More
  • 23 23 23. Officially 23. Tahun ni aku buat experiment, di mana aku hide notification birthday aku kat fb, dan buat-buat tak tahu birthday aku hari semalam. Ha… Read More

2 Orang Macho komen:

abdooss said...

banyakkan minum air ye dik.. & banyakkan rehat bila lapang2 tu.. badan tak cukup rehat tu.. :)

Pha Is said...

smoga dipermudahkan olehNya...('',)

btw, baru prasan kewujudan ayat kat atas tu... yg kat bawah iklan nuff.... hehehehe.. sangat stuju...!!!