Thursday, January 12, 2012

Lawak Kampus

Ok, barang-barang sudah siap dikemas sepenuhnya. Tinggal aku nak balik rumah je. Insyaallah aku balik pagi esok. Lalalala...balik kampung!!!


*******


Oh ya, aku nak kongsi satu kegilaan aku ni.

Kegilaan membaca komik lawak kampus.


Aku mula baca karya KEITH kartunis gempak ni seawal aku tingkatan dua. Aku ingat lagi, masa tu aku pergi latihan bola jaring kat sekolah, waktu petang. Then, ade seorang kawan aku ni, puteri bawak buku ni dan tunjuk kat aku.

Dan aku baca sebelum latihan bola jaring tu mula, dan kesudahannya aku tak join practice pun petang tu sebab asyik baca komik ni. Kah kah kah. Jahat kan aku?

Aku suka lawak kampus ni sebab lawak dia santai. Lawak bodoh. Dulu aku suka beli majalah GEMPAK semata-mata nak baca lawak kampus ni je. Then aku start kumpul komik lawak kampus ni, dari jilid 1 sampai 10.

Mak aku cukup pantang kalau aku beli komik dan seangkatan dengannya. Kalau beliau jumpa sebarang komik kat rumah, dengan rasa tekad mak aku akan buang komik terbabit. Ditambah pulak dengan perangai adinda-adinda aku yang suka membaca, tapi hilang ingatan bila nak simpan balik komik tu. Mengamuk la mak aku nampak benda tu bersepah-sepah dalam rumah.

Makanya, aku beli komik2 ni dan simpan senyap-senyap kat kolej. Habis cerita.

Jilid yang ke-2 aku beli dua kali, sebab kali pertama beli hilang apabila kawan aku pinjam. :(

Jilid 1-10


Yeay sepahkannn!!


Ex-rumate aku dulu tak paham kenapa aku suka baca lawak kampus ni, sebab dia rasa lawak dalam ni tak kelakar. Lain orang lain rasa kan? ;)

Yang penting aku suka. Ngee...Bye.



8 comments:

pha is said...

pergh... aku kalah... ko mmg fanatik tahap gaban.. hahaha.. aku seminat2 lawak kampus pon, x pernah beli komik dia.. aku cuma pinjam kat kawan je... (sep duit).. hehehe...

tapi ari tu aku pi popular ada nmpak kompilasi lawak kampus. buku tu serius tebal, kalah novel. macam kitab agama dah aku tengok sbb kulit dia pon tebal.

aku ingat nk guna baucer buku 1 malaysia untuk beli kompilasi tu.. tak tau lepas or tak... hahahaha

.........cP~ said...

Best kan? Suka baca tapi takk rajin beli. Dulu masa zaman beli gempak baca la. Tapi, bajet dha tak cukup. hhehe

abdooss said...

Dulu masa kerja 7-11, rajin juga baca.. sebab dapat baca FREE!
hahaha :D

Bidadari Besi said...

suke gile kodd baca and beli menatang ni. tapi ade pulak jenis kawan-2 yang suka dan hilangkan buku saya yang dorang pinjamm T.T

Miss Guinea said...

Faiz

Hahaha..aku pun cdg nak guna sikit baucer tu beli novel..hehe

cP
serius best..saya pun beli sikit2..tak la beli sekaligus semua.

abdoss
bestnya dpt baca free!!haha

bidadari besi
tulah, sabar je la. saya sanggup beli yang lain..huhu

Bidadari Besi said...

Dah beli dahhh XD dah tobat bagi orang pinjam lagi. Bhaaha XD

Syafique Azawadi said...

http://www.facebook.com/pages/Guinea-Pig-Malaysia-Arkus/326551267375973

do.do.do said...

tihahaha. aku dah beli yg kompilasi nye... :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...