Blogroll

Sunday, January 8, 2012

22 eh?

Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me....*clap2 


6 bulan, kot. 

Menyanyi seorang diri sambil ditemani backup singer iaitu yuka yang berdecit-decit kecomelan lantas menggigit tangan mamanya. Anak derhaka.

Eh, dah 22 tahun ye? Macam baru semalam sambut birthday yang ke-21.

Aku nak meluahkan rasa ni. Aku rasa memang nasib badan  la, sebab setiap tahun mesti birthday aku time final exam, atau final exam mesti nak time birthday aku. Kenapa kau mengekori aku kemana saja Encik Final Exam?*haha emo

Tahun lepas aku sambut birthday sorang-sorang gak, sebab waktu tu aku kena resit paper untuk final exam. Memang sorang2 la aku tercangak kat rumah kat k17 tu sambil mengenang untung nasib diri. Housemate semua tengah bercuti.

Memang takdir.

Fine la kan.

Tahun ini menyabut birthday dengan realiti esok paper calculus! Hip hip hooray aku nervous. Damm.



Eh cheer up la birthday girl!

2 tahun.

Ok2, lets forget about final exam first. I mean for a while, as the entry go on.. Aku nak tanya sekali lagi? 22 tahun? Bila boleh kahwin ni?*tetiba. Hahaha.

  • Macam baru semalam aku daftar masuk darjah satu sambil mendabik dada sebab aku tak menangis pun nak masuk sekolah rendah. Mak aku kata, aku siap suruh mak aku balik lagi. 
  • Macam baru semalam aku ade crush kat seorang budak lelaki ni waktu aku darjah 6. Eh gatal!Haha
  • Macam baru semalam aku genggam slip UPSR aku, sambil menangis kat mak sebab dapat 4A 1 C. 1 C tu, sedihnya macam mati laki time tu. ;p
  • Macam baru semalam aku masuk menengah rendah dengan perasaan bangga kunun2nya dah dewasa. Agaknya.
  • Macam baru semalam aku amik exam PMR, dengan target nak masuk sekolah berasrama.
  • Macam baru semalam aku menangis2 menyesal daftar masuk SMK Raja Permaisuri Bainun, sebab hari yang sama aku dapat tahu aku dapat tawaran masuk MRSM Terendak Melaka. 
  • Macam baru semalam aku jalani kehidupan asrama yang amat penuh suka duka, dan di antara precious moment of my life!*mengesat hingus
  • Macam baru semalam aku dapat result SPM yang cukup2 makan untuk lepas masuk matrikulasi, dan kecewa sebab tak layak nak fly ke overseas.
  • Macam baru semalam aku tekad nak tebus result SPM aku, dengan result yang cemerlang kat matrikulasi.
  • Macam baru semalam aku bermandi air mata sebab tak dapat nak ikut flow dalam bidang perubatan, dan aku tahu aku jerat leher sendiri ambil bidang yang aku tak minat sejak mula lagi. 

Doktor tak jadi. Hehe.

  • Macam baru semalam akulah orang yang paling gembira, kerana dapat tukar kos ke bidang yang sangat aku minati sejak dari sekolah rendah ni. Dan lepas azab menghafal nota tinggi mencecah pinggang aku waktu medic. 
Realitinya hari ini, seorang gadis 22 tahun menaip entry hari lahirnya sambil ditemani note calculus dan algebra tercinta. Sendirian lagi. Tapi Allah kan ada? (>_<)



Haha, along aku share video ni kat wall fb aku. Comel gila.


22.

Ah makin tua nampaknya.


Nak tido, esok kena bangun awal, nak bertapa kat library sambil sambut hari jadi sendiri. Sadis. 

Till then. <3
Bye.

3 Orang Macho komen:

Pha Is said...

header baru nampak.. hehehe
hepy besday....

Nurul said...

jom mkn kek

Fatihah Mustapa said...

faiz
alah tukar tulisan je..haha. thanks!

dati
jom jom..bila?haha