Blogroll

Wednesday, January 11, 2012

Niat.

Lokasi: Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM.


Masa: Studi week.

Aku membuat kembali tutorial polynomial theory, sambil otak berputar ligat merangka peta minda menyenaraikan theorem-theorem yang berkenaan. Sambil itu, kepala yang tidak gatal dilapisi tudung diketuk perlahan dengan pen, sambil memikirkan kemungkinan soalan final exam nanti.

Oh ya, aku ditemani A dan B di dalam library ini. Asalnya studi group aku dengan si B je, tapi si A join pada saat2 akhir.

Ketenangan pada saat itu diusik dengan suara A berbisik perlahan,

A: Fatihah, carry mark calculus kau berapa? 


Aku: Eh kenapa nak tahu? 


A: Ala, takkan tanya pun tak boleh.


Aku: Bolehlah, alhamdulillah


A: Alah, mesti tinggikan. 


Aku: *eh budak ni. Yang kau ni kenapa? Rezeki masing2 la. 


A: Ala, markah tinggi tak nak bagi tahu.*sinis


Aku: Hmm...*sambil tangan menekan2 kalkulator. B asyik sungguh dengan kerja dia, tak sedar perbualan kami.

A: Tapi kan, ade senior pernah cakap kat aku, carry mark tinggi pun tak guna. Sebab ade satu kes, student ni kalau ikut carry mark dia sepatutnya dia boleh dapat C dah untuk final, tapi bila result keluar dia dapat D.


Aku: Eh? Macam tu pulak. Kesian la kat dia. Tapi apa yang kau cuba sampaikan kat aku ni? 


A: *diam


Aku: pfff...fine.



3 Orang Macho komen:

.........cP~ said...

dia saja nak bakar semangat je tu..biar usaha sungguh2. :)

pha is said...

motif...? haha

Miss Guinea said...

cp

haha ntah la.

faiz

aku pun tertanya-tanya. keke