Blogroll

Tuesday, March 15, 2011

Terupdate la pulak. Hehe.

Assalamualaikum!!

Whatz up yaww!*buang tebiat.

Okeh. Hari ini hari selasa=i am dead!

Fuh.

Dugaan nak exam aku adalah akibat terlalu byk studi sampai spec patah. Okeh, saya tipu. Patah sebab jatuh kat bilik air, bukan sebab studi yg keterlaluan..ngee.


Sadis, dan ganas.


Spec ni patah hari ahad. Memang la aku ada contact lens, tapi tak kan nak pakai dari celik mata sampai tido kot. Gila?Aku memang tak leh survive tanpa spec.
Oh ya, power mata aku 5.00, for both side. (-_-'). Agak tinggi, so kalau aku tak pakai spec akan mengakibat kan aku pening kepala dan tidak dapat membezakan dengan jelas antara rumate aku dan yuka. HAHAHA. Penipu besar fatihah. Tapi part pening tu betul la. Macam mana saya nak studi tanpa spec, sedangkan exam hari jumaat ni!!!

Maka,penyelesaiannya adalah dengan membuat spec baru, yeay!!

So, semalam, hari isnin, dengan penuh tekad aku gi mines sorang diri dengan membawa nota repro. Semangat!
Aku gi sorang2 sebab semua tak nak ikut, yelah exam hari jumaat ni kot. Sape yg nak bazir masa dengan aku membuat spec pulak? Ecece..dramatik gila. Sebenarnya aku yg tak bagi sape2 ikut sebab rasa bersalah pulak kena bazirkan masa diorg dalam suasan genting begini.

Aku memang jarang keluar sorang2 ni. So sebelum keluar tu aku layan video ni untuk menguatkan semangat.



Haaa..okeh, sekarang confident.

Hahaha..dramatik betul ko fatihah.

Aku keluar dalam tengah hari, sampai je mines terus aku gi foodcourt dulu. Lapar.


tadaa...

Set sotong kat stall thailand food. Sedap.

Macam nak cari gaduh je muka. Cis.

Ni spec lama, serius aku tak nampak dengan jelas pakai spec ni. Sabar je la. Aku bertahan jelah sementara nak buat spec baru. Fuh.

Sambil maka dan jalan2 kat mines tu, aku memang buat muka sehabis ganas mungkin. Motif? Paham sendiri la.
Habis makan, terus melilau cari kedai spec. Pilih2, terberkenan spec kaler purple. Orang kat kat kedai tu kata amik masa 1 jam lebih gak la nak siap, dan dia akan call.

So, nak buat ape sementara tunggu spec siap ni?

Ahah! Housemate aku kata beliau terjumpa pet shop kat mines. Aku baru tahu hari sabtu lepas. Sedih gila selama dah nak masuk 4 sem kat sini, aku baru tahu kewujudan kedai pet kat sini.

Tapi tak pe, hari ni aku akan bertapa di sana.

Pet shop ni kat aras G, sebelah RHB bank je. Cis. Sampai depan kedai terus excited tgk guinea pig!

Tapi tak banyak sangat la pet kat situ. Yang aku perasan banyak hamster, guinea pig dan green turtle.

Kedai yg diperkatakan.



Hamster

Comelnya!!


Ni spesies yuka.


Guinea Pig.



Tiba2...Eh?
.
.
.
.

Guinea pig baka peruvian?

Comelnyaaaaaaaa....*PENGSAN.



sekali usha harga, tadaa...

Pengsan sekali lagi. Mahal siot. Tapi standard la harga dia.

Cuma sekarang ni memang tak mampu la nak beli. Tunggu next sem la..sob sob.
Maafkan saya guinea pig yang gojes.
Nanti next sem saya beli anda.


Dah penat tangkap gambar, masuk kedai usha barang untuk pet pulak. Boleh tahan la harga dia, dan banyak pilihan. Aku beli aquarium baru untuk kulen dengan momoko dan makanan hamster.


Sebab mereka dah besar gedabak, maka kena beli tempat yang besar. Aku amik yang tengah.

Semoga mereka bergembira dalam aquarium yang baru...horay!!.


Keluar kedai pet dengan perasaan gembira. Lepas ni kalau dtg mines, pet shop ni adalah destinasi wajib bagi aku.

Aku bawak nota repro, dengan niat suci murni nak studi kat starbuck kunun2 nya. Tapi apabila lalu depan kaunter tiket cinema.....


sedar2 dah terbeli tiket Hikayat Merong Mahawangsa.

Hahaha.. terbeli ye fatihah? Tak boleh blah statement tu.

So, sebab orang kedai spec tak call lagi, kita layan movie dululah.*pujuk diri sendiri.

Aku tukar pakai contact lens dulu semata nak tgk movie ni.. Kalau tak sesia je lah. Tak nampak ape dengan spec lama tu. First time gak masuk cinema, so masa cari seat tu agak gelabah sikit sebab dah gelap..

Dah tawaf satu panggung pun. tak jumpa gak seat aku...dah rasa berangin dan malu. Last2 aku keluar balik, mintak pekerja kat situ tolong carikan.
Rupanya ada org amik seat aku.

Pekerja kat situ berpaling kat aku, dan berkata,''awak dok kat kapel seat lah.''.

Lebih kurang macam ni la rupa dia.

Aku macam ''eh, betul ke ni?' dan duduk dengan cuak. Okeh, besar gak seat dia. Tapi aku memang tak berani pandang kiri kanan la sebab takut nampak yg bukan2..*sigh. Best giler aku bayar RM8 untuk couple seat yg berharga RM14. HMM tu overall bagi aku not bad la. Malas aku nak buat review. Korang tgk sendiri la. Aku bagi 3 star la untuk cite ni.

Then, habis cite HMM tu, orang kedai spec call aku.

Tadaa...old skool (tak sure ejaannya) kaler purple. Cantik tak?
;p



Hahaha..skema!


Sebenarnya ape motif entry ni?
Err...aku tengah bosan baca CNS, tiba2 terupdate pulak..hohoho*abaikan.

Baiklah. Sambung perah otak untuk hafal area of cerebrum.

Bye.


6 Orang Macho komen:

Mr. Straw said...

kamu mmg macho dgn spek mata baru. sgt ganas study smpai patah spek..duk buat strategi apa tu??heran..aahha..bersiap sedia!! moga berjaya...

Fatihah said...

hahaha..thanks!!! x)

Pha Is said...

kat pet shop tu ader nmpak sugar glider x??? bleh belikan utk aku... hahahaha

Fatihah said...

hahaha..tak delah. kalau ade mesti mahal siot. tak mampu aku nak belikan untuk ko. hamster nak?;p

fatty fatty bom bom said...

cun dowh..spek kite mcm sama....dan alasan tukar laen pun..alasan yg sama.ahahah

Fatihah said...

miza

ternyata kita sama ganas..;p