Blogroll

Thursday, December 29, 2011

Penat.

Kadang2 aku rasa aku ni lembut hati sangat dengan manusia yang aku tak suka...*sigh
At the end of the day, aku yang penat menahan rasa.

Dear cik hati yang memendam semua perasaan, kadang2 kau perlu sakit dan sabar menahan akan sikap manusia. Sebab kau pun tak sempurna. Kau pun punya sisi jahat yang kau tak sangka. Atau kau sengaja buat-buat lupa.

Mungkin kau pernah sakitkan hati sesiapa sebelum ni, secara kau sedar atau tak sengaja.

Maka Allah hantar someone itu  sakitkan hati kau sedalamnya supaya kau belajar menghormati orang lain, sebab sudah tentu kau tak nak orang lain rasa apa yang kau rasa, kan?  Supaya kau sedar hidup ini macam roda.

Oleh itu aku minta maaf sangat-sangat kepada semua orang yang pernah sakit hati dengan aku, sebab aku tak mampu nak jaga hati semua.

Mungkin aku pernah sakitkan hati dengan teruk dan kau menangis tanpa aku tahu. Macam yang aku tengah  lalui sekarang.

Dan sekarang baru aku tahu betapa sakitnya rasa diperlakukan sebegini rupa.

I am truly sorry. 

Aku tak sempurna, tapi aku berjanji akan berubah ke arah yang lebih baik. Baik mengikut aturan-Nya. 

Aku cuba jaga sebanyak mungkin hati manusia yang aku mampu. Selagi jantung ini masih berdegup atas izin dari Nya.


Final words~ Sorry, I am really sorry. (T_T)


Oh ya, kalau aku sedih ayat aku automatik jadi skema. Tapi bak kata En Faiz ni, aku memang sejak azali lagi budak skema. Haha. Ah, gasaklah (>_<) 


Bye.





1 Orang Macho komen:

pha is said...

ehem2... patut la tiba2 je rasa gatal hidung aku ni.... hahahaha... tapi tak pe... aku maafkan.. hehehe

untuk cik hati ko tu, sometime, kta kna terima hakikat yg kita x kan dapat menjaga hati semua org... (n_n)