Blogroll

Friday, December 16, 2011

Serabut.


Assalamualaikum.

Aku tak tahu apa yang tak kena dengan aku hari ni. Serabut.

  • Aku TER-bangun lewat walaupun tidor awal, dan lambat 15 minit ke kelas algebra. I5 minit! Lecturer algebra aku garang woo..(-_-’)
  • Dalam kelas algebra, bukak beg dan tersedar pencil case tertinggal. Fine, nasib baik ada pensil sebatang yang terselit kat bawah buku.
  • Habis kelas algebra pukul 10, bergegas ke kedai print untuk print front page assingment calculus. Kemudiannya tersedar pendrive dalam pencil case! Pencil case tertinggal! Adoi...terpaksa balik kolej dulu, dan menangguhkan submit assingment ke sebelah petang.
  • Habis je kelas bi jam 4 petang, gigih menaiki bas ke fakulti ekonomi untuk print front page calculus. Kali ni memang tersangat pasti bawak pendrive. Malangnya front page je yang ada, isi assingment tu tertinggal kat kolej. AGAIN! Rasa nak berguling-guling je kat kedai print tu. Kenapa dengan aku ni? Awat cuai sangat?
  • Makanya dengan langkah longlai balik ke kolej, amik assingment, naik bas balik ke fakulti. Aku submit assingment jam 5.30 petang. Mintak2 la lecturer tu tak kisah.
  • Eh tak habis lagi cerita ni. Lepas submit assingment tu aku ke library. Masa aku tengah buat tutor algebra, aku tersedar kalkulator aku takde. Aku angkat segala nota yang berterabur atas meja, masih tiada. Panik! Kalkulator tu macam nyawa bagi budak math macam aku wei! Takkan la hilang pulak..:’( 
  • Aku duduk, tarik nafas panjang2...dan berfikir. Aku rasa aku bawak masuk kalkulator sekali waktu aku masuk library. Aku bangun, dan keluar library untuk check sama-ada kalkulator aku tertinggal dalam beg di pigeon hole.
  • Tiada. Bertenang, fatihah...bertenang. Aku kembali masuk ke library, dan ke meja aku dengan fikiran berputar ligat. Dan, guess what? Kalkulator tu terletak elok atas nota aku. Padahal masa cari tadi takde pun.
  • Aku tak tahu la sama ada aku yang blurr, atau ada orang pinjam sekejap kalkulator aku then pulangkan balik. Tapi takpelah, asalkan kalkulator tu selamat. Aku cium kalkulator aku tu berkali2. Dah macam orang gila.


Bad day.

Semoga hari esok lebih baik. Amin.

Related Posts:

  • Contest Mata Paling MenawanSalam.Oh yeah!!Join contest lagi. Lets check it out..Contest dianjurkan oleh Miss Farah.Syarat contest sila klik banner ini okeh..Dan gambar yang dipe… Read More
  • SAYA SUKA BLOG AWAK LA !SalamYaa, aku join aktiviti encik Ben lagi! Sila tepuk tangan untuk aku sebab join dalam kesempitan waktu ni. Nak marah pun boleh gak..hehe.Okeh ,sepe… Read More
  • Kalau setiap hari seperti hari ini..x)Assalamualaikum.1.49 pagi waktu entry ditaip.Aku cadang tak nak tido, sebab nak studi sampai ke pagi untuk test esok(mungkin).Hari ini family aku data… Read More
  • Lapar iTu Nikmat tahu!!Salam.Aaargh...rasa nak lari round satu bilik sambil pegang perut, dan jerit lapar berulang-ulang kali. Lapar, lapar, lapar..(mereng)Tambahan tengok g… Read More
  • SalamKul 3.51 pagi sekarang.Oh yeaah, baru bangun dan boleh ucapkan selamat pagi malaysia!!(haha, bajet cam orang baca)Ingat nak balas singgahan blogg… Read More

4 Orang Macho komen:

Si GadisSemasa said...

yang baca pun jadi penat and serabut . huhuh ^^

Fatihah Mustapa said...

haha..sorry. :)

abdooss said...

syukur semua okay & selamat di penghujung cerita... Alhamdulillah

Safzwan said...

hahahaha ko nak tau tak, ak dulu macam mula2 math camni gak la...kabut tetiba padahal bukan nye first tym masuk upm...hahaha takpe...cabaran sbg ujian nak tgk ko btul2 suka dgn pilihan ko ^^