Blogroll

Monday, June 20, 2011

Cerita dalam panggung wayang.

Semalam aku pergi Alamanda tengok movie green lantern. Cerita superhero kaler hijau yang diadaptasi dari komik. Boleh la tahan cerita tu, aku bagi 3/5 bintang. Eh, macam nak buat review pulak.






Sebenarnya aku nak cerita masa aku tengok movie tu, aku dengan housemate aku dok kat seat belakang sekali, kat sebelah tepi. Aku tak suka dok tengah waktu tengok movie sebab aku tak suka lalu depan orang. Sebab pernah ada kes beg aku tersangkut dengan straw minuman orang lain, dan tumpah. Aaargh, benci betul kalau aku ingat balik. Aku ni jenis kalau keluar suka bawak beg sandang macam beg sekolah tu, senang nak sumbat barang. Tak suka beg tangan. So nak senang cite, aku prefer dok tepi sekali. Nak masuk lambat pun takde hal. Housemate aku dok tepi sekali, dan aku 2nd seat dari tepi. Sebelah aku lelaki.

Masa tengah tengok movie tu, ada certain part aku tanyalah housemate aku part yang aku tak paham.Tapi ada satu part yang aku miss agaknya, macam mana ada watak sainstis dalam cerita ni bertukar jadi jahat. Housemate aku pun tak tahu. Tetiba je, mamat yang dok sebelah aku, yang aku tak kenal dengan baik hatinya tolong explainkan. Aku dengan housemate terus terdiam. Aku tak pandang pun muka beliau. Haha.. agaknya dia rimas kot dengan kitaorang yang lambat pick up cerita ni.  Takpun dia peminat komik cerita ni. So dia rasa bersalah pulak kalau tak tolong explain kat kitaorang dengan pengetahuan yang dia ada. Hehe.

Dalam keadaaan terkejut tu, aku balas gak la apa yang dia cakap dengan "oh...ye ke. tak perasan pulak part tu tadi". Kalau tak kesian pulak dia bercakap sorang2. Tapi lepas tu aku dengan housemate aku senyap terus for the rest of the movie. Nanti dapat explanation percuma lagi.

Habis je movie, aku dengan housemate terus angkat kaki chow cepat2. Aku tak cam pun muka mamat tu. Bila dah jauh sikit baru aku dengan housemate gelak sama2. Haha.

So, pengajaranya sila tengok green lantern kalau anda peminat komik tu, dan bila orang sebelah anda tak paham boleh tolong explain kan jugak.

2 Orang Macho komen:

Hans Hanis said...

hahaha...aku rasa dia tension dgn korang la kut tu dia explain tu
hahahaha
saintis tu jadi jahat sebab benda parallax yang ada dalam badan abin sur tu masuk badan saintis tu waktu dia tgh bedah abin sur
:-)

Juvana Episod 9

Fatihah Mustapa said...

hahaha..aku pun rasa macam tulah. dia tension dengan kitaorg.

aku termiss part bullet tu masuk badan saintis tu. sebab tu aku pelik apehal pulak saintis tu jadi jahat..haha. kesian org sebelah aku tu.