Assalamualaikum.
Aku tengah bosan ni. Nak keluar meroyan, nanti duit habis pulak. Sem baru pun tak start lagi, nanti hujung sem depan berbuih pulak aku sebab kena ikat perut. Jadi apa yang perlu kita buat kawan2? Antara aktiviti yang dipertimbangkan;
- Tido sehingga bengkak mata- Oh, cadangan ini tidak berapa bernas, memandangkan aku tak leh tido lately, kerana memikirkan masalah negara
- Online sampai lebam- Ala, bosan gak..balik2 fb, blog....bosan2.
- Berjoget tanpa henti- nak mampus? haha...
- Tengok tv- tv rumah ni rosak la..adeii..
- Berbual2 dengan anak2--hmm...ini sangatlah bernas.
Tengah kami bersembang mengenai masalah negara, tetiba ucop berkata
Ucop: Mama mama...ucop teringin la nak berphotoshoot. Ucop suka tgk Projek X yang annas tu buat. Ucop nak join!!
Chubby: Eeei..chubby tak nak lah mama, nanti chubby femes.
Kiki: Kiki rasa, kiki on je mama. Hik hik
Aku: Hah, demand gile ko ucop.. tak boleh!
Ucop: ala mama ni, tak sporting..sob sob.*ucop mula menangis tersedu2
Aku mula cuak. Ala, dah la ucop ni tak makan pujuk. Dia makan carrot je. Apa nak buat ni?
Tiba-tiba..hah, ucop!mama ade idea...biar mama tangkap gambar ucop nak?
Ucop: Mama mana ade kamera. Tak kan nak pakai kamera handset mama yang cikai tu? Tak nak lah ucop..tak de stail. ucop nak dslr.
Aku: Kuang hajau punya budak..aargh, mama tak kira.
Makanya aku terpaksa menjadi photographer yang tidak bertauliah. Ye adik2, jangan cuba aksi2 ini dirumah. ;p
Dengan berbekalkan camera handset cikai bak kata ucop, maka terhasillah gambar di bawah:
paling pandai posing budak ucop ni..=;= |
dalam keterpaksaan |
alolo comel..pakai sepit rambut sape tu?haha |
kita berpisah jelah.._dramatik korang ni..haha |
Haha..tak semenggah korang kena baca entry syok sendiri aku ni. Ni akibat daripada bosan, salah kan bosan, jgn salah kan aku. Ngeh ngeh.
*semua dialog rekaan semata2 tiada kena-mengena dengan kecelaruan jiwa.
Daa~~
3 Orang Macho komen:
ko try la buat macam blog my milk toof. contoh karya beliau : bored game
haha..kreatif gila blog tu, cute.
thanks faiz, kalau ada masa aku try.
haha :)
Post a Comment