Blogroll

Wednesday, June 22, 2011

Surat untuk cik rumate.

Kehadapan cik rumate,

Sila bawak bersabar kerana cik rumate dijangkiti virus zoster a.k.a demam campak. Kesian cik rumate.

Silalah pulih dengan cepat, jangan lupa makan dan sapu ubat. Makan kena pantang tau. Jangan lompat2 dan buat tarian ballet dalam rumah, rest je sampai sembuh.. Jangan stress sangat, sila tenangkan diri dan bayangkan berada di Bali macam bercuti. Eh , jangan lupa bawak saya sekali.

Cik rumate,

Saya sorang2 kat sini tanpa cik rumate, tapi saya tabah. Nanti esok lusa semua orang dalam rumah ni angkat kaki dan angkat beg balik kampung, saya tetap disini bagai pungguk rindukan bulan gerhana. Menunggu sistem smp yang tak pulih2 jua.

Tapi tidak mengapa cik rumate, sebab saya ada anak2 yang setia. Mereka menemani saya di kala susah dan senang. Penghibur ketawa di kala duka saya. Cuma kadang kala kami bertelagah anak beranak. Sebabnya mereka sangat nakal cik rumate. Bila dilepaskan bermain di lantai, berdesup desap mereka berjalan dan berlari2 tanpa henti. Saya yang akan termengah-mengah mengejar anak2 untuk dimasukkan ke sangkar mereka semula. Berpeluh2 dibuatnya. Mereka mahu mama mereka yang pemalas ini bersenam agaknya.

Cik rumate,

Mereka juga sering berasa kecil hati kerana baby carrot yang dibeli khas untuk mereka telah dimakan oleh saya sedikit. Sebab baby carrot tu sedap dan rangup. Tetapi mereka terpujuk apabila saya telah menawarkan bapak carrot sebagai galang ganti.

Cik rumate,

Kadang2 apabila mendukung mereka, dengan muka innocentnya mereka melepaskan bahan kumbahan mereka kepada saya. Mereka kata itu tandanya mereka sayangkan mama mereka ni. Sebagai mama mereka saya terpaksa redha.




suspek utama suka membuang kumbahan di atas riba mamanya. Alasannya beliau bahawa itu adalah tanda kasih sayangnya. Cet. haha


Begitulah kehidupan saya setelah sehari cik rumate pulang ke kampung meninggalkan saya disini. Baru sehari saya dapat mengarang satu entry untuk cik rumate. Cepat sembuh tau. Nanti cik rumate nak masuk clinical year. Boleh usha houseman yang hensem2 kat sana dan rekemen kepada saya seorang. 



aku dan cik rumate


p/s-àaku tahu cik rumate tak baca, sebab dia tu bukan hantu online macam aku.

Related Posts:

  • Salam Ramadhan. Assalamualaikum. Oh yeaah, setelah sekian lama berpuasa di perantauan, tahun ini dengan riang ria nya saya berpuasa sebulan dirumah. Since fo… Read More
  • Cerita tv yang mengurangkan pahala puasa. Assalamualaikum. Aku ni jenis manusia yang jarang sangat2 beremosi bila melihat drama di tv atau wayang atau seumpamanya. Kalau housemate berse… Read More
  • Relief...x)Alhamdulillah. Secara tak rasminya permohonan pertukaran kos aku dah diluluskan. Terima kasih kepada Puan Norlea daripada bahagian akademik kerana mem… Read More
  • Damn. Sedihlah nak tinggal korang. Komen2 budak batch aku ni buat aku nangis. :') Walaupun baru 3 minggu kelas dengan diorang serius sangat terasa bila nak tukar kos ni. Tu … Read More
  • 25 things about me. Assalamualaikum. 5 pagi. Aku telah di tag beberapa hari yang lepas oleh cik suria untuk entry ni. Dah beberapa hari baru sempat nak buat,… Read More

3 Orang Macho komen:

Unknown said...

ohhooo. ur GP look just like mine yang dulu:( TSK TSK



huhu. semoga cik rumet cepat sembuh ea =)


btw, jomlah join giveaway weweweweeeee~

hana said...

hantu sekarang mmg pandai online kan..
hahah

semoga cik rumate cepat smbuh..
=D

Fatihah Mustapa said...

bunbun

haha..sama? mesti comel gak kan?

hana

hahaha..sayalah hantu itu. ;p