Blogroll

Saturday, June 25, 2011

Perkara bodoh yang aku buat kelmarin.

Lokasi: Station komuter Serdang.

Cuaca: Panas redup.

Aku turun dari bas. Kelihatan orang berbaris panjang di hadapan kaunter tiket. Tanpa berlengah aku beratur sambil membetulkan tudung.

Giliran aku membeli tiket semakin hampir. "Fuh, abang yang jaga kaunter tiket ni boleh tahan," kata aku dalam hati.

Sampai giliran aku. Aku menghulurkan note sepuluh ringgit sambil menyebut

Aku: Komuter ye bang.

Abang komuter: Ye adik, nak pergi mana?

Aku: Komuter.  *sekali lagi aku sebut tanpa sedar.

Abang komuter tu mengulang soalan. "Adik nak pergi mana?"

Aku: Komuter

Abang komuter: Adik, adik kat stesen komuter la ni. Adik nak gi turun kat mana? Abang tu mula membentak.

Aku: Err... silap2.KL Sentral. Sorry2. Balas aku gelabah.

Abang komuter: Adik ni baru bangun tido ke.mengelamun je...bla bla.. Abang komuter tu terus membebel sambil menghulur duit baki. Aku mengambil dan terus angkat kaki dari situ dengan pantas. Beberapa orang di belakang aku yang perasan mengekeh-ngekeh ketawa. Muka aku jangan katalah, merah tak payah pakai blusher dah. Damn it. Kan dah malu. Siapa suruh abang tu hensem sangat sampai aku tersasul. Abang tu pun muka je harap hensem, budi bahasa terbaiklah. Grrr..


Ini bukan abg komuter...haha, takde kena mengena.


Pengajaran hari itu: Fokus bila beli tiket macam fokus dalam kuliah. Eh dalam kuliah aku selalu tido, patutlah.Ok, tak leh boleh pakai konsep ni.

Bye

7 Orang Macho komen:

Cik Ila said...

pewittt..kalo jmpe abg tu lagi cmne?hehehe

Miss Guinea said...

haha..kalau jumpa lagi lepas ni, kena fokus supaya tak tersasul lagi. ;p

KiD said...

tikes tu ada rupa macam tikus tak?

Miss Guinea said...

hahaha..cet, typo2...;p

pha is said...

huh.. pntang nmpak laki hensem sikit.... hahahaha

Miss Guinea said...

hahaha... ala, laki pun pantang nampak perempuan cun apa. ;p

Anonymous said...

ko dh wajib kawin daa..hehe